Jumaat, 30 April 2010

Muzium Polis Diraja Malaysia


Muzium Polis DiRaja Malaysia merupakan sebuah muzium yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di Jalan Perdana, antara Masjid Negara dan Taman Tasik.
Muzium Polis DiRaja Malaysia telah diilhamkan oleh Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis, iaitu PGB Waller pada tahun 1950. Muzium Polis DiRaja Malaysia kemudiannya dirasmikan pembukaannya 9 Januari 1961 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-3.
Muzium ini mempamerkan beribu-ribu barangan menarik berkait dengan janayah dan menghalang jenayah. Terdapat himpunan menarik semua perkara berkenaan kerja polis, dari zaman kesultanan sehingga hari ini, menggambarkan kejadian dan mempamerkan memorabilia.
Koleksi senjata mempamerkan senjata-senjata yang pernah digunakan oleh Polis Diraja Malaysia dan juga yang dirampas. Selain itu terdapat juga koleksi anugerah yang diperolehi oleh anggota polis turut dipamerkan. Pingat-pingat seperti Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa, Pingat Gagah Berani, Service Medal dan King's Police Medal turut dipamerkan.
Perjuangan dan pengorbanan anggota polis dan kerjasama masyarakat tempatan turut diberikan perhatian dalam Era Darurat dan Tragedi Bukit Kepong.
Galeri Muzium Polis DiRaja Malaysia terbahagi kepada 3 galeri iaitu galeri A, B dan C. Terdapat juga pameran di sekitar bahagian luar muzium. Pameran Kereta Perisai (GMC), Ferret Scout Car, Sankey, Kapal terbang CESSNA, Meriam-meriam dan bot marin PA4. Turut terdapat pameran kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM. Dataran perwira mempamerkan nama-nama anggota PDRM yang telah terkorban sewaktu menjalankan tugas.
Sebuah Muzium Muzium Polis DiRaja Malaysia yang baru telah dibina pada tahun 1983, diilhamkan oleh Tun Hanif Omar di Mes Pegawai Kanan PDRM di Jalan Venning. Muzium Polis DiRaja Malaysia itu siap dibina dan dibuka pada orang awam pada 2 Oktober 1998. Muzium Polis DiRaja Malaysia ini telah dirasmikan pada 24 Julai 1999 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Dato’ Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi.

Selasa, 27 April 2010

Unit Selam Tempur - Sejarah Pasukan Polis


Unit Gempur Marin atau UNGERIN adalah nama jolokan yang diberi kepada pasukan elit anti-pengganas polis marin yang terbaru dalam cawangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi pada akhir tahun 2007. Pasukan anti-pengganas maritim ini berpengkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak bagi menangani keadaan kritikal di Selat Melaka dan Pangkalan Polis Marin Lahad Datu, Sabah bagi pengoperasian di Sabah dan Sarawak, khasnya Laut Sulu. Sebahagian anggota terdiri daripada anggota Komando 69 Pasukan Gerakan Khas.
UNGERIN memulakan operasi menjelang akhir tahun 2007, ditubuhkan khusus untuk menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara.

Sejarah

Ditubuhkan pada bulan Mac 2006, dibawah Cawangan Marin PDRM atas keperluan semasa berikutan insiden serangan lanun yang terus berleluasa dari semasa ke semasa sungguhpun pelbagai langkah telah dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Sepanjang tahun 2006, sebanyak 239 kes serangan lanun telah dilaporkan mengikut statistik Biro Maritim Antarabangsa, Kuala Lumpur. Hasil usaha bersepadu oleh Indonesia, Malaysia dan Singapura, kegiatan lanun ini berjaya diselesaikan. Walaupun begitu pihak berkuasa dari 3 negara baik TNI (Tentera Nasional Indonesia), POLRI (Polis Republik Indonesia), PDRM, ATM, APMM, Tentera Singapura mahupun Polis Singapura tidak akan lalai dalam melaksanakan tugasnya menjaga perairan Selat Melaka yang merupakan antara kawasan peraiaran yang paling sibuk di dunia.

Pembentukan

Atas keperluan ini, satu doktrin khusus dari PDRM telah membawa kepada penubuhan sebuah unit elit marin dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut. Terdapat 30 orang anggota (berkemungkinan dari pasukan Komando 69 Pasukan Gerakan Khas dihantar ke unit ini), akan dipertingkatkan keanggotaan kepada 100 orang dengan baki 70 anggota diambil secara berperingkat dalam tempoh dua tahun setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dipecahkan kepada 3 detasmen, bagi mengawal perairan Selat Melaka dan Laut Sulu. Unit yang sebelum ini digelar sebagai Unit Selam Tempur ini mendapat latihan asas komando marin daripada Komando 69 PGK dan US Navy SEALs (Amerika Syarikat) melalui siri latihan yang dipanggil Fusion Mint.
Anggota UNGERIN memanjat dinding kapal secara taktikal untuk menggempur musuh.
 
Dalam fasa pertama, 30 pegawai dan anggota menjalani latihan di Langkawi dan Kota Kinabalu yang dikendalikan 10 jurulatih SEALs AS. Selain latihan asas menyelam, anggota didedahkan kemahiran lasak yang lain, termasuk kaedah pertempuran secara taktikal. Setiap anggota UST juga akan membuat pengkhususan kepakaran sebagai penembak tepat, pemusnah bom dan paramedik, selain melakukan misi mustahil yang tidak mampu dilakukan anggota marin biasa.
Pada tahun 2008, atas keperluan dan perstrukturan semula, nama Unit Selam Tempur telah digantikan dengan nama Unit Gempur Marin atau UNGERIN dan nama unit ini terus kekal sehingga sekarang.

Persenjataan

Pasukan elit terbaru PDRM ini dilengkapi dengan sistem persenjataan khas dan kenderaan marin seperti pistol Glock 19, senapang patah Remington M870, submesingan HK MP5A3 dan HK MP5-Navy, karbin tempur Colt M4A1 (dipercayai dibiayai oleh Amerika Syarikat) dan raifal penembak tepat Heckler & Koch PSG 1. Unit ini juga turut memiliki bot tempur jenis Rigid Hull Inflatable Boat berkapasiti 10 penumpang dengan kemampuan mencapai kelajuan maksimum 60 knot menggunakan dua enjin, menggunakan 250 kuasa kuda setiap satu untuk memperkasakan mobilitinya. Semua persenjataan dan kelengkapan yang diberikan, adalah bertujuan untuk meningkatkan kekuatan pengoperasian pasukannya di laut.

Jumaat, 23 April 2010

Pasukan Gerakan Am - PGA


Pasukan Gerakan Am (PGA) merupakan salah satu daripada cawangan Polis Diraja MalaysiaPDRM bagi mengendalikan operasi yang bersifat punitive dengan tujuan untuk memberi tekanan terhadap sebarang bentuk pakatan bersenjata, kegiatan-kegiatan subversif, pemberontakan dan ancaman yang berlaku di dalam negara Malaysia. Pasukan ini bersifat ‘highly mobile’ dengan kebolehan bergerak dalam apa juga keadaan persekitaran. (PDRM). Pasukan ini merupakan elemen tempur

 Sejarah Penubuhan

Anggota Jungle Squad semasa operasi menentang pengganas komunis semasa darurat.
 
Pasukan Gerakan Am yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan telah ditubuhkan sejak 58 tahun yang lalu. Keperluan bagi penubuhannya adalah ekoran peranan besar yang dimainkan oleh PDRM dalam menerajui perjuangan menentang insurgensi yang dilancarkan oleh pengganas komunis semasa Darurat 1948 – 1960 dan 1969 – 1989. Penubuhannya adalah sebagai tindakbalas dan memenuhi keperluan pasukan polis di dalam merealisasikan strategi peperangan sekatan menyeluruh terhadap gerila komunis menerusi Rancangan Briggs. Rancangan Briggs yang dikuatkuasakan pada 1hb Jun 1950 oleh Sir Harold Briggs adalah menjadi satu titik permulaan terhadap dasar pembesaran pasukan polis yang drastik dimana antara lain menyaksikan satu unit khas ditubuhkan dan dilatih khas dalam taktik peperangan gerila bagi menangani insurgensi yang dilancarkan oleh gerila komunis itu. Pasukan ini memberi tumpuan khusus dalam taktik peperangan gerila malah sangat efektif sekiranya digerakkan dalam jumlah keanggotaan yang kecil. Diawal penubuhannya, ia dikenali sebagai ‘Jungle Squad’ yang kemudiannya ditukar kepada ‘Jungle Company’ sebelum disusun semula pada tahun 1953 dengan nama baru – Pasukan Polis Hutan (PPH). Penyusunan semula yang dilakukan itu adalah bertujuan menetapkan dan menentukan garis panduan kepada peranan-peranan yang harus dijalankan oleh anggota-anggota PPH antaranya seperti dikehendaki membekalkan keanggotaan bagi kubu-kubu hutan (jungle fort), membekalkan anggota bagi tugas operasi menentang pengganas komunis di kawasan sempadan Malaysia – Thailand dan juga untuk menjalankan operasi-operasi tertentu dalam rangka keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Semasa konfrontasi melibatkan ketenteraan antara Malaysia-Indonesia, pasukan ini turut melibatkan diri bersama pasukan tentera Persekutuan Malaysia dan British dalam mencegah penyusupan pasukan-pasukan tentera Indonesia pimpinan Presiden Soekarno di kawasan Sabah dan Johor. Didalam hal ini, kemahiran dan kewibawaan yang telah dipamirkan oleh pasukan ini tidak boleh dipertikaikan lagi.

Fungsi

Peranan utama pasukan ini sejak ditubuhkan adalah bagi menyediakan satu pasukan simpanan khas bertujuan untuk menghadapi dan menindas semua jenis ancaman dalam bentuk ketenteraman awam, aktiviti subversif, keganasan atau pemberontakan bersenjata yang berlaku dalam negara selain menyediakan bantuan kepada polis daerah untuk memelihara undang-undang dan ketenteraman awam. Ia juga berperanan untuk membantu pasukan tentera didalam operasi menentang gerila komunis dan pemberontak-pemberontak bersenjata serta menghapuskan penyusupan musuh kedalam negara ini.

Persenjataan

Data Senjata
Pistol/Revolver Senapang Patah Submesingan Raifal Penembak Tepat Mesingan Grened
Browning Hi Power Remington M870 HK MP5A2 Colt M16A1 Colt M16A2E3 FN MAG HK 69
Glock 17 Remington M1100 HK MP5A3

HK 11A1 M79
Glock 19



M60E2 M203
HK P9S




Grened M67
Rev. Smith & Wesson .38




Bom Berkuasa Tinggi
Sig Sauer P226




Gas Pemedih Mata
Sig Sauer P228












Steyr M-9





Yavuz 16 Compact





Penugasan PGA

Anggota PGA semasa operasi dikawasan penempatan orang asli.
 
Pasukan Gerakan Am diaturgerak, dilengkapkan dan dilatih khusus untuk sedia melaksanakan tugas semasa aman dan darurat. Antara tugas semasa aman meliputi tugas mencari dan memusnahkan penjenayah yang bergerak atau bersembunyi di hutan belantara, meronda sempadan, pantai, pulau-pulau di perairan negara dan kewasan yang terpencil, luas dan kurang penduduk bagi tujuan menghalang sebarang bentuk kemasukan secara haram dan memberi perlindungan keselamatan kepada rakyat yang terasing di pendalaman. Ia juga membantu Polis Cawangan Tugas Am didalam tugas-tugas mengawal ketenteraman awam, pencegahan jenayah, mengepung dan memeriksa rumah – bangunan dan semasa penugasan yang memerlukan keanggotaan yang ramai. Semasa darurat pula, ia akan ditugaskan bagi menjalankan operasi menindas pemberontakan bersenjata dan subversif di dalam negara, memberi perlindungan kepada pusat-pusat kediaman dan perindustrian serta tempat-tempat penting dan strategik dari serangan pengganas dan pemberontak bersenjata, menjalankan operasi menyekat makanan dan bekalan daripada jatuh ketangan musuh dan membantu Angkatan Tentera Malaysia didalam menghapuskan musuh dalam negara.
Walaupun pada dasarnya PGA disusun, dilengkapkan dan dilatih terutamanya untuk peranan para-militeri di hutan rimba dan kawasan luar bandar, tetapi ia juga berkebolehan dalam membantu atau menjalankan tugas di pekan dan bandar. Ini kerana setiap anggota PGA telah dilatih dan didoktrinkan sebagai anggota polis biasa terlebih dahulu sebelum ia boleh diterima sebagai seorang anggota PGA. Anggota tersebut dikehendaki menjalani dan menamatkan kursus asas peperangan hutan dengan jayanya sebelum disahkan menjadi seorang anggota infantri PGA. Ini bermaksud seorang anggota infantri PGA bukan sahaja berfungsi sebagai seorang anggota infantri tetapi boleh juga ditugaskan untuk melaksanakan penugasan anggota polis tugas am sekiranya diperlukan. Didalam keadaan dimana ketenteraman negara terancam, PGA pada lazimnya akan menjalankan tugas sepertimana yang dijalankan oleh pasukan tentera. Statusnya sebagai salah satu cawangan dalam Polis DiRaja Malaysia juga agak unik kerana dalam keadaan-keadaan tertentu dimana aturgerak oleh pasukan tentera mungkin boleh menimbulkan ketegangan atau provokasi, PGA akan dikerahkan untuk mengambilalih kedudukan-kedudukan strategik Malaysia di sempadan. Selain itu juga, PGA turut membekalkan unit-unit pencegah rusuhan (PORU) yang terlatih apabila diperlukan bagi membantu penugasan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Ini kerana setiap anggota PGA turut dilatih bagi penugasan mencegah rusuhan. Sekalipun berupaya memberikan bantuan yang pelbagai dalam penugasan kepolisan, tetapi bagi memastikan bahawa mutu pasukan ini kekal sebagai satu pasukan yang terlatih khusus dan sedia diaturgerak dalam tempoh singkat maka tugas-tugas yang dijalankan oleh pasukan ini dihadkan kepada tugas bantuan khas, darurat dan luar biasa. Selain itu juga, pasukan ini berkebolehan untuk diaturgerak dalam semua situasi dan keadaan muka bumi selain berkebolehan melaksanakan tugas peperangan khas (special warfare) di hutan, perairan dan bandar serta suasana pertempuran jarak dekat (CQB) selain kemahirannya didalam peperangan gerila (CIW).

Organisasi

Pasukan ini ditubuhkan dalam formasi Briged, Batalion, Kompeni, Platun dan Seksyen yang boleh dikerahkan didalam sebarang operasi untuk jangka masa panjang sama ada secara bersendirian ataupun bersama-sama dengan pihak tentera.

Kawasan Markas PGA

Senarai Batalion, Kepakaran dan Ibupejabat
Batalion Kepakaran Ibu Pejabat
Batalion 1 PGA Pasukan Khas Ulu Kinta, Perak
Batalion 2 PGA
Kulim, Kedah
Batalion 3 Senoi Praaq Pengesan Bidor, Perak
Batalion 4 PGA
Cheras, Kuala Lumpur
Batalion 5 PGA
Simpang Renggam, Johor
Batalion 6 PGA
Bakri, Muar, Johor
Batalion 7 PGA
Kuantan, Pahang
Batalion 8 PGA
Pengkalan Chepa, Kelantan
Batalion 9 PGA
Kuala Terengganu, Terengganu
Batalion 10 PGA
Sibu, Sarawak
Batalion 11 PGA
Kuching, Sarawak
Batalion 12 PGA
Miri, Sarawak
Batalion 14 PGA
Tawau, Sabah
Batalion 15 PGA
Sandakan, Sabah
Batalion 16 PGA
Kota Kinabalu, Sabah
Batalion 17 PGA
Lahad Datu, Sabah
Batalion 18 PGA Pengesan Keroh, Pengkalan Hulu, Perak
Batalion Khas 19 PGA Kawalan Rapat VVIP Cheras, Kuala Lumpur
Batalion Khas 20 PGA Petugas Lapangan Terbang KLIA, Sepang

Briged PGA

Terdapat 5 buah Briged PGA di seluruh Malaysia dan setiap Briged diketuai oleh seorang pegawai berpangkat Senior Assistant Commissioner II (SAC II) sebagai Komander. Jumlah batalion dibawah kawalan dan perintah setiap Komander Briged PGA berbeza berdasarkan keperluan. Briged Utara, Sabah terdiri daripada 4 buah batalion. Briged Tengah pula terdiri daripada 5 buah batalion, manakala Briged Tenggara dan Sarawak terdiri daripada 3 buah batalion. Setiap Briged PGA juga turut dianggotai oleh 1 skuadron perisai.

Batalion PGA

Terdapat sejumlah 20 buah batalion PGA di seluruh Malaysia dan pemerintahan bagi setiap batalion PGA diketuai oleh seorang Pegawai Pemerintah berpangkat Superintendent (Supt). Setiap batalion PGA terdiri dari 3 Kompeni infantri dan 1 platun mortar.

Senoi Praaq

Senoi Praaq yang bererti 'Orang Perang' merupakan sebahagian daripada keanggotaan Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM. 2 daripada 18 batalion PGA adalah merupakan Batalion Senoi Praaq. Sebilangan besar keanggotaannya adalah terdiri dari penduduk peribumi suku kaum Orang Asli. Ditubuhkan pada tahun 1957 dengan fungsi sebagai ‘trekker’ selain memainkan peranan besar sebagai penghubung kepada masyarakat Orang Asli di pendalaman. Senoi Praaq juga dihormati kerana kepakaran mereka dalam menjejak pengganas komunis semasa darurat. Diawal penubuhannya, pasukan ini juga turut mendapat latihan daripada Pasukan Special Air Service (SAS), United Kingdom.

Tiger Platoon

Dengan pemisahan Batalion 69 Komando yang kini membentuk Pasukan Gerak Khas daripada Pasukan Gerakan Am, maka satu unit baru ditubuhkan dalam PGA iaitu Tiger Platoon. Platun ini ditubuhkan khusus bagi melaksanakan tugas-tugas khas, covert dan overt operation serta SAR. Satu platun Tiger Platoon ditempatkan bagi setiap batalion PGA di seluruh Malaysia.

Penugasan Masa Kini

Sejak ditubuhkan, organisasi yang bersifat para militeri ini telah mencapai banyak kejayaan terutamanya dalam menumpaskan pemberontakan bersenjata oleh pengganas komunis, mengawal rusuhan dan kegiatan lanun di negara ini. Apabila termetrainya perjanjian persetujuan menamatkan perjuangan bersenjata oleh PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand di Haadyai, Thailand pada 2hb Disember 1989, maka tugas menentang insurgensi oleh pasukan ini juga turut berakhir. Dengan berakhirnya ancaman komunis, PDRM telah menggubal semula fungsi utama penugasan PGA. Penugasan pasukan ini kini tertumpu kepada usaha menjaga keselamatan di sempadan dan perairan negara, ancaman pencerobohan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), aktiviti rompakan di laut, penyeludupan, anti pengganas, ketenteraman awam, mencari dan menyelamat (SAR) dan pencegahan jenayah. Keanggotaan pasukan ini juga turut dikecilkan. Berkuat kuasa pada 20 Oktober 1997, Pasukan Polis Hutan telah ditukar namanya secara rasmi sebagai Pasukan Gerakan Am. dengan keanggotaannya kini terdiri dari 20 buah batalion dibawah 5 buah Briged di seluruh Malaysia.

Operasi

  • 1948 - 1960 - Ketika darurat, PPH terlibat dalam menjaga keselamatan dan gerakan ofensif ke atas insurgensi komunis.
  • 1963 - 1966 - Pasukan ini turut berganding bahu bersama pasukan tentera dalam menghadapi gerakan Ganyang Malaysia oleh tentera Indonesia semasa konfrontasi.
  • 1968 - 1989 - PPH terlibat dalam memburu pengganas komunis sebelum PKM meletakkan senjata pada tahun 1989.
  • 1969 - PPH bersama pasukan tentera terlibat dalam menjaga keselamatan semasa rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969 di Kuala Lumpur.
  • 2001 - PGA membantu skuad anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas memburu Mat Komando, ketua kumpulan penjenayah Gang 13 sebelum beliau terbunuh dalam kejadian berbalas tembak di dalam pondok di Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah.
  • 2007 - PDRM menghantar seramai 136 pegawai dan anggota PGA Briged Sarawak ke Timor Leste. Briged ini akan menyertai Misi Bersama PBB di Timor Leste, ditugaskan sebagai unit pengaman.

VAT 69 KOMANDO - Pasukan Elit PDRM

 Sejarah

69 Komando telah dilatih khusus oleh pasukan United Kingdom Special Air Service Regiment pada tahun 1969 untuk membanteras sebarang kegiatan insurgensi oleh Parti Komunis Malaya. Nama 69 Komando ini diambil bersempena tahun 1969 ditubuhkan sebagai unit tempur khas untuk menghapuskan sebarang bentuk teknik pertempuran dan taktik gerilaTun Dr. Ismail mengemukakan cadangan untuk menubuhkan satu pasukan elit untuk menentang sebarang bentuk ancaman insurgensi komunis pada tahun 1969. Pada bulan Oktober 1969, lebih kurang 60 daripada 1600 pegawai dan anggota Pasukan Polis Hutan (sekarang Pasukan Gerakan Am, PGA) telah dipilih dalam sesi latihan 69 Komando dan akan menjalani latihan asas komando. Sepasukan jurulatih dari United Kingdom Special Air Service Regiment telah dihantar ke Fort Kemar Grik , Perakpengganas komunisNew Zealand Special Air Service serta mengadakan kursus khas untuk melatih para jurulatih 69 Komando yang terdiri daripada anak watan Malaysia sendiri. Program ini berjaya pada tahun 1980 dan unit ini mempunyai sebarang kelengkapan khas dan keperluan logistiknya sendiri. oleh pengganas komunis. Penubuhan unit ini bermula apabila Menteri Pembangunan dan Keselamatan Dalam Negeri, Allahyarham untuk melatih platun percubaan 69 Komando. Diakhir latihan ini, hanya 30 orang sahaja yang berjaya dan merupakan trup nukleus pertama 69 Komando. Pada tahun 1970an, unit ini memulakan operasi komandonya dan telah dihantar untuk menghapuskan di hutan. Keputusannya, ramai di antara pengganas komunis telah dibunuh, dicederakan dan lain-lain berjaya ditangkap serta jumlah senjata dan kelengkapan komunis berjaya dirampas. Pada tahun 1977, skuadron 69 Komando telah pertingkatkan kepada 3 pasukan dan telah dilatih oleh

Motto

WARISAN DARAH PERWIRA

Maksud Lambang

Hitam
Melambang kerahsiaan terhadap sesuatu operasi yang dijalankan unit ini
Merah
Melambangkan keberanian setiap Pegawai dan anggota
Kuning
Melambangkan Ketaatsetiaan kepada Raja dan Negara.
Lembing / Tombak
Merupakan salah satu senjata tradisional yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu.
Kerambit
Merupakan salah senjata tradisi bagi masyarakat melayu yang tersembunyi dan digunakan oleh mereka yang mahir

Organisasi

69 Komando Adalah Sebuah Batalion yang dibahagikan kepada empat skuadron dan beberapa cawangan, manakala kekuatan anggota tidak melebihi 1000 anggota. Kepakaran dan unit atau elemen khusus yang terdapat dalam setiap skuadron merupakan maklumat yang tidak boleh dihebahkan sewenang - wenangya, Seperti unit - unit khas lain, 69 Komando dilatih agar mampu menyerang dan memusnahkan musuh dari semua dimensi iaitu, darat, udara dan air.

Patrol 69 Komando/CIW

Unit asas bagi pasukan ini ialah unit patrol atau CIW. Jumlah anggota setiap unit asas ini adalah seramai enam orang. Bagi Patrol Penyusupan udara/hantaran udara ,ereka lazimnya akan digugrkan kira-kira lima kilometer dari kawasan sasaran dengan menggunakan teknik payung terjun yang dikenali sebagai HAHO (High Altitude High Opening - Penerjunan dan pembukaan payung pada jarak tinggi)

Latihan

Latihan asas 69 Komando terdiri daripada 3 fasa;
Fasa Pertama
Setiap pelatih akan diberi latihan khusus dalam teknik rondaan khas.
Fasa Kedua
Setiap pelatih akan diberi latihan dan teknik seperti penyusupan khas, komunikasi, perubatan perang dan penggunaan bahan letupan. Para pelatih diajar memasang jerangkap samar, mematikan bahan letupan dan pelbagai teknik pertempuran.
Fasa Ketiga
Latihan yang terakhir, para pelatih akan diuji dengan pelbagai aspek berkaitan teknik-teknik yang telah dipelajari. Diakhir latihan, perhatian khusus akan diberi kepada pelatih-pelatih untuk menentukan siapa diantara yang mempunyai potensi sebagai anggota unit ini.

Payung Terjun

Pasukan payung terjun 69 Komando bermula pada 1978 dimana 65 pegawai dan anggota dihantar ke Hua Hin, Thailand untuk dilatih oleh tenaga pengajar dari Pusat Latihan Payung Terjun Pasukan Polis Sempadan Polis Diraja Thailand. Latihan asas payung terjun dijalankan selama sebulan dimana setiap pelatih dikehendaki melakukan terjun statik. Setiap peserta hendaklah melakukan 10 kali penerjunan termasuk sekali di permukaan air. Setelah mendapatkan sayap penerjunan, semua pelatih akan dilatih dengan penerjunan bebas atau kursus lanjut (HALO / HAHO).
Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando bertanggung jawab untuk mempertingkatkan latihan payung terjun dari asas hingga ke peringkat lanjutan, termasuk rappelling & abseiling dari helikopter. Secara fakta, 69 komando juga turut melatih kemampuan mereka tersendiri.

Tempur Jarak Dekat (CQB) dan Menyelamat Tebusan

Latihan tempur jarak dekat dijalankan oleh jurulatih 69 Komando sendiri. Kursus ini dikhaskan untuk taktik dan teknik operasi anti-pengganas. Antaranya adalah menyelamat tebusan di dalam bangunan, pesawat dan kereta api.

Selam Tempur/Combat Diving

Keanggotaan lain yang diterapkan dalam 69 Komando adalah selam tempur, separuh dari anggota 69 Komando mampu melaksanakan misi penyelaman. Latihan selama sebulan dilanjutkan dengan kursus ’Dive Master’ dengan kemampuan menyelam sedalam 150 kaki (50 meter). Mereka mampu dikerahkan dari pesawat helikopter.
Umumnya, kemampuan anggota 69 Komando berkemungkinan mengikuti kursus peringkat master untuk pertempuran gerila/hutan, FIBUA / OBUA / MOUT, penembak tepat, mencari dan menyelamat, payung terjun, tempur jarak dekat, tempur tanpa senjata, komunikasi, selam tempur, perubatan, kawalan rapat dan juga serbuan kapal.
Keputusan 69 Komando untuk menjadikan kemampuan cross-training dibuat bagi semua anggota untuk memiliki lebih dari satu keanggotaan. Setiap tahun beberapa anggota 69 Komando juga turut dihantar untuk mengikuti kursus di luar negara.

Kelengkapan

Pasukan 69 Komando dan Unit Tindak Khas dilengkapi dengan peralatan khas sepertimana pasukan khas SAS, SWAT dan SEAL. Disini adalah senarai senjata dan kelengkapan yang digunakan oleh kedua-dua unit ini.

69sejarah.jpg

Pasukan Gerakan Marin - PGM


Pasukan Polis Marin adalah salah satu pasukan keselamatan di dalam cawangan Polis Diraja Malaysia. Pasukan yang berkhidmat dibawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam ini berperanan menjaga keselamatan perairan negara daripada sebarang ancaman yang tidak diingini.

Sejarah

Pasukan Polis Marin telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1947 dengan jumlah keanggotaan seramai 90 pegawai dan anggota dan 19 buah bot laju, sumbangan Jabatan Kastam dan Tentera Laut Simpanan Diraja Persekutuan (kini Tentera Laut Diraja Malaysia yang ketika itu masih dibawah pengaruh British). PPM ditubuhkan untuk mengawal perairan negara dengan mengekalkan keamanan, menegakkan undang-undang dan memberi perlindungan nyawa dan harta benda di laut, membuat serbuan dan operasi di sepanjang pantai dan pulau serta mempertahankan negara dari serangan anasir-anasir laut, khasnya lanun dan pendatang asing tanpa izin serta mencegah penyeludupan dari laut. Kini PPM mempunyai keanggotaan seramai 170 pegawai kanan dan 2,376 Anggota Pangkat Rendah / Konstabel serta 56 kakitangan awam. Pasukan ini memiliki 15 buah bot ronda kelas PZ, 33 kelas PX, 68 PA/PB/PC dan 4 buah bot ronda kelas PSC/PGR/PAR. Dari dua buah pangkalan semasa ditubuhkan, kini cawangan ini mempunyai 5 pangkalan utama, 11 pangkalan kecil dan 24 pangkalan hadapan.

Rabu, 21 April 2010

TAHUKAH ANDA ? - Sejarah Perjuangan PDRM

SEJARAH PERJUANGAN PDRM DALAM MENCAPAI DAN MENGEKALKAN KEMERDEKAAN NEGARA
'SEMANGAT DIJULANG, BAKTI DIKENANG'

Pendahuluan
Imbasan awal sejarah kepolisan Negara yang telah mencapai usia 200 tahun adalah bermula dengan berkuatkuasanya Piagam Keadilan (Charter Of Justice) di Pulau Pinang pada tahun 1807. Namun begitu, menyusuri sejarah awal peranan kepolisan negara,ia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi yang telah mewujudkan jawatan seperti Bendahara dan Temenggung yang bertindak sebagai pelaksana dan penguatkuasa undang-undang yang menjurus kepada undang-undang adat atau undang-undang syariah.
Penubuhan institusi polis yang moden dan sistematik telah bermula di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807 yang menjadi titik permulaan kepada lahirnya pasukan polis di Negara ini. Ketua Pasukan Polis yang pertama ialah Encik James Carnegy yang dilantik sebagai Sheriff bagi Prince of Wales Island (Pulau Pinang). Pasukan yang dianggotai sepenuhnya oleh anak tempatan ini telah menjadi perintis kepada pasukan polis di negeri-negeri lain. Negeri Melaka telah menubuhkan pasukan polisnya pada tahun 1827. Kedua-dua pasukan in kemudian bergabung membentuk pasukan Polis Negeri-Negeri Selat.
Manakala pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pula telah ditubuhkan serentak dengan pembentukkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896. Kapten H.C Syers, Penguasa Polis Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang pertama. Sementara itu, penubuhan pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula seperti negeri Johor, telah mula ditubuhkan pada tahun 1882, di negeri Kedah dan Kelantan pada tahun 1909 dan di negeri Terengganu pada tahun 1914. Di negeri Borneo Utara pula, pada 1862 pasukan Polis Sarawak ditubuhkan diikuti dengan Sabah pada tahun 1882.
Setelah Tanah Melayu bebas daripada pendudukan Jepun, pentadbir British yang mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu telah mengabungkan pasuka Polis Negeri-Negeri Selat, pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah pasukan Polis Malayan Union yang berpusat di Kuala Lumpur pada tahun 1946. Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948, nama pasukan Polis Malayan Union ditukar kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu dan diletakkan di bawah perintah seorang Pesuruhjaya Polis. Pada 16 September 1963, pasukan Polis di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis Diraja Malaysia dengan diterajui oleh seorang Ketua Polis Negara.
Ujian Getir Pasukan Polis
Pengisytiharan 'Darurat' di Persekutuan Tanah Melayu pada 16 Jun
1948 merupakan detik-detik penuh getir bagi pasukan polis yang telah diberi mandat utama dalam mempertahankan kedaulatan dan keamanan negara daripada digugat oleh pengganas komunis. Negara pada ketika itu, baru sahaja mengorak langkah memulihkan keadaan setelah mengalami pendudukan Jepun hampir tiga tahun yang telah melumpuhkan pasukan-pasukan Polis Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat.

Anggota "Special Constabel" dalam Satu gerakan Ketika Darurat
Sepanjang tempoh Darurat daripada tahun 1948-1960, pasukan polis bersama pasukan keselamatan yang lain menjadi teraju utama dalam merancang strategi dan bertindak membanteras keganasan komunis. Berikutan daripada itu, kekuatan 11,288 anggota yang terdiri daripada pelbagai pangkat telah bertambah secara mendadak ketika kemuncak Darurat dalam tahun 1952 iaitu sebanyak 7 kali ganda menjadi 75,281 orang anggota yang terdiri daripada 31,164 polis biasa dan 44,117 Konstabel Khas. Disamping itu, pasukan polis juga telah memperolehi bantuan seramai 88,000 orang anggota Polis Bantuan (Auxiliary Police). Beberapa unit telah ditubuhkan seperti Flying Squad pada 1948, Jungle Squad dan seterusnya disusun semula menjadi Jungle Company pada tahun 1951. Pada tahun 1953, Jungle Company telah dilakukan penyusunan semula menjadi Pasukan Polis Hutan.
Dalam jangka masa 12 tahun, seramai 10,698 pengganas komunis telah dibunuh, ditangkap dan menyerah diri di seluruh Negara. Daripada itu, sejumlah 5,792 orang yang telah dihapuskan adalah hasil usaha gigih pasukan polis. Manakala di kalangan anggota pasukan polis sendiri turut mengalami kecerderaan yang tinggi. Daripada sejumlah 4,425 kecederaan dan kematian yang dialami oleh anggota pasukan keselamatan ketika Darurat, seramai 1,346 orang anggota adalah daripada pasukan polis yang terbunuh manakala 1,601 orang lagi mengalami kecederaan.


Polis Malaya dalam rondaan menghapuskan komunis
Kebangkitan semula Parti Komunis Malaya (PKM) pada tahun 1968 telah membawa kepada penubuhan pasukan 'Elit' Polis Hutan yang dinamakan Komando PPH 69 pada 25 Oktober 1969. Kemahiran dan kepakaran mereka dalam selok-belok peperangan di hutan telah berjaya menghapuskan pengganas komunis. Perjuangan PKM telah berakhir dengan termeterainya Perjanjian Perletakkan Senjata yang telah ditandatangani oleh pihak PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Thailand di Haadyai, Thailand pada 2 Disember 1989. Manakala pada 17 Oktober 1990, satu lagi perjanjian damai di antara kerajaan Malaysia dan Biro Ke-2, Parti Komunis Kalimantan Utara telah ditandatangani di Kuching, Sarawak. Perjanjian ini telah berjaya menamatkan semua kegiatan komunis di Malaysia.
Wanita Dan Polis
Sumbangan kaum wanita dalam bidang kepolisan telah bermula seawal sebelum kemerdekaan lagi, iaitu apabila pasukan Polis Wanita telah ditubuhkan secara rasmi pada bulan Ogos 1955. Usaha melatih golongan perintis Polis Wanita yang sebahagiannya terdiri daripada wanita-wanita tempatan yang telah direkrut sebagai Polis Khas ini telah dilaksanakan dengan meminjam khidmat kepakaran daripada seorang polis wanita Inggeris, Cik B.D.B Wentworth. Penubuhan pasukan Polis Wanita ini adalah bagi membantu usaha kerajaan menyekat gerakan subversive PKM dengan melancarkan operasi menyekat bekalan makanan kepada pengganas.
Kini, pasukan Polis Wanita telah berkembang maju dan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam mengekalkan kemerdekaan dan keamanan Negara. Pasukan ini bukan sahaja menjalankan tugas mengawal pesalah wanita dan kanak-kanak, malah diberi tanggungjawab menjalankan tugas kepolisan yang mencabar dan berbahaya seperti mengawal rusuhan.
Pengiktirafan Kepada Pasukan Polis
Tanggal 24 Julai 1958, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Mohamad telah berkenan menganugerahkan gelaran 'DIRAJA' kepada pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Penganugerahan ini merupakan penghargaan dan perhormatan atas pengorbanan dan perkhidmatan cemerlang semasa Darurat oleh pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu kepada Negara.
Pada 11 November 1961, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail telah berkenan mengurniakan Panji-Panji Utama kepada pasukan Polis Diraja Persekutuan. Pengurniaan tersebut merupakan satu penghargaan sebagai mengenang jasa dan pengorbanan anggota polis dalam memelihara keselamatan rakyat dan mempertahankan keamanan Negara daripada ancaman pemberontakkan bersenjata komunis semasa Darurat yang berlaku selama 12 tahun.
Pegawai-pegawai Polis Wanita.
Dari Kiri ke kanan: Kairunisa Karim, Zaharah, Emily Mathew, Irene Lee,
ASP B.D.B. Wentworth, Raja Nor Jasmin, NG LEng Sim dan Lee Yok Lin
Penutup
Pelbagai onak dan duri besulamkan keringat dan air mata terpaksa dilalui oleh anggota pasukan polis dalam mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan undang-undang demi memastikan keharmonian rakyat pelabagai kaum dan kemakmuran Negara dipertahankan.
Kini, pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menginjak usia dua abad meneruskan kesinambungan usahanya dengan menumpukan perhatian kepada usaha membenteras kegiatan jenayah yang boleh mengancam kesejahteraan umat sejagat.
Selari dengan peredaran masa dan globalisasi, pasukan polis kini telah dilengkapi dengan kemahiran untuk menangani sebarang permasalahan bagi mendukung tugas utamanya, iaitu menjaga ketenteraman Negara dan kesejahteraan rakyat. Sesungguhnya, segala perjuangan dan pengorbanan anggota pasukan polis dalam mencapai dan mengekalkan kemerdekaan akan tetap terus dikenang dan dijulang sebagai wira-wira penegak undang-undang negara.
Profil Tokoh Pengkisah:Y.A.Bhg Tun Mohamed Haniff Bin Omar
Y.Brs. Encik Paul Kiong
Y.Brs. Puan Kairunisa Binti Karim
Y.Bsr. Tuan Haji Aris Bin Musa

Sumber Rujukan:
Majlis Pengkisahan Sejarah 'Perjuangan PDRM Dalam Mencapai dan Mengekalkan Kemerdekaan Negara'


TAHUKAH ANDA ? - Sejarah Penubuhan Pasukan Polis Wanita

Polis Wanita
 
Unit Polis Wanita mula ditubuhkan dalam masa darurat. Sejumlah besar wanita-wanita tempatan telah direkrut sebagai Polis Khas. Kerajaan pada masa itu sedang giat melancarkan operasi mencegah bekalan makanan kepada pengganas-pengganas komunis. Selepas pengisytiharan darurat dibuat, didapati bahawa salah satu cara yang paling berkesan untuk menentang pengganas komunis ialah dengan menyekat mereka dari mendapatkan bekalan makanan dari orang ramai. Projek ini memerlukan pemeriksaan yang rapi di pintu-pintu masuk ke sesuatu kawasan atau perkampungan.

Oleh kerana sebahagian besar rakyat yang bekerja sebagai penoreh getah di negara ini terdiri daripada kaum wanita, maka pengambilan wanita-wanita untuk tugas-tugas memeriksa itu adalah perlu. Polis Khas juga menjalankan tugas di lokap-lokap dan menjadi polis pengiring kepada wanita dan kanak-kanak yang ditahan. Dalam bulan Ogos 1955, Pasukan Polis Wanita ditubuhkan dengan rasminya. Seorang pegawai polis wanita Inggeris, Miss B.D.B. Wentworth telah dipinjamkan kepada Pasukan Polis untuk membantu dalam usaha-usaha melatih golongan perintis Polis Wanita di negara ini. Sejak itu Pasukan Polis Wanita terus berkembang maju memainkan peranan penting untuk mengekalkan keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.


Konstabel Khas Wanita (1948-1956)

Pegawai wanita menjalani latihan Inspektor Kumpulan 3 tahun 1957. Duduk di kiri sekali ialah Dato Zakiah Bt Laidin (Beliau bersara sebagai Deputi Komisioner Polis )

TAHUKAH ANDA ? - Lencana Integriti

Lencana Integriti Amalan Kita
 

   
 LENCANA INTEGRITI AMALAN KITA

Tulisan Integriti Amalan  Kita di dalam Pita
- Motto yang menjadi tunjang kepada perjuangan PDRM
Bentuk bintang 5
- Membawa maksud 5 prinsip dalam PDRM, Rukun Negara
dan rukun Islam
Bentuk Bunga Raya
- Membawa Maksud Kemesraan / Semangat Patriotisma
Latar Belakang Biru
- Membawa Maksud Keharmonian
Warna bagi bendera Sang Saka Biru


TAHUKAH ANDA ? - PENGERTIAN TEMA TEGAS ADIL DAN BERHEMAH


Pengertian Tema Tegas, Adil dan Berhemah
TEGAS (FIRM)
Bermaksud sebagai pengaman (safe/peace) dan penjaga keselamatan (secure) yang menguatkuasakan (enforce) kedaulatan undang-undang, tubuh kerajaan memerintah dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, setiap pegawai dan anggota pasukan adalah terdedah kepada persekitaran tugas setempat dan kepelbagaian jenis masyarakat yang perlu dilayan, dikawal atau diawasi sepanjang masa. Mengambil semangat yang terkandung dalam etika perkhidmatan pasukan, serta memperakui harapan setiap insan dan lapisan masyarakat baik dalaman dan luar negara untuk mempunyai pasukan Polis yang profesional, maka sikap tegas adalah sikap yang wajib dimiliki, diperlihatkan dan diamalkan oleh semua. Ia diasaskan kepada pengetahuan yang mendalam akan sumber dan kanun perundangan bagi memantapkan keyakinan dalam membuat keputusan setelah menimbangkan keadaan sesuatu peristiwa dan kes. Ia diperkukuhkan dengan pengalaman pasukan dan kepimpinan sepanjang tugasan.


ADIL (FAIR)
Boleh ditafsirkan seperti berikut, sebagai sebuah institusi yang wujud dari kesepakatan tiga paksi sebuah negara, iaitu legislatif, eksekutif dan judisiari, yang membentuk sebuah kerajaan, mempunyai sifat adil adalah satu nilai murni yang mewarisi tonggak-tonggak etika dan integriti sejak zaman berzaman. Ia menjadi kata kunci kepada semua niat, buah fikiran, perilaku perbuatan dan tindakan berterusan semua pemimpin dan anggota pasukan. Ia membentuk gerak kerja yang tekal dan telus kerana setiap tujuan siasatan, pencegahan dan gerakan difokuskan bagi mencapai sabitan kes yang dihakimi secara saksama mengambilkira segala butiran bukti, perakuan sukarela pihak berkaitan dan kebenarannya.


BERHEMAH (COURTEOUS)
Adalah sikap tegas dan sikap adil yang difahami benar dan diamalkan sentiasa akan menghasilkan diri peribadi dan susunan struktur institusi pasukan Polis yang beradab, iaitu yang saling hormat menghormati dan mempercayai, mengambil berat sesuatu perkara dan semua manusia yang mempunyai interaksi atau hadir dalam ruang tugas rasmi. Tabiat berhemah pasukan ini membolehkan persepsi masyarakat dapat dihargai dan diperakui sebagai satu petanda ukuran kecekapan dan keberkesanan setiap tindakan dan keputusan. Ia akan membentuk anggota yang jujur dengan realiti semasa dan kemungkinan masa depan yang berubah. Ia juga boleh menjadi sumber rasa bangga berkhidmat sebagai warga pasukan Polis Diraja Malaysia.

KETUA POLIS NEGARA KETUJUH - Tan Sri Musa Tan Sri Dato' Hj Hassan


Tan Sri Musa Tan Sri Dato' Hj Hassan merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang ketujuh dan berkhidmat bermula 12 November 2006 hingga kini. Beliau menggantikan Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai polis.

Keluarga

Musa Hassan merupakan anak sulung kepada , Tan Sri Dato' Hassan Azhari, seorang guru al-Quran dan Qiraati yang terkenal di Malaysia. Beliau dipelihara oleh neneknya dan menerima pendidikan di Kuala Lumpur. Adiknya, Mohammad Izzat Hassan megikuti jejak langkah beliau di dalam bidang kepolisan.[1] Adik-adik yang lain terutamanya Dato' Fuad Hassan adadalh seorang ahli perniagaan, pemimpin belia dan ahli politik serta pernah menjadi ADUN kawasan Ulu Klang serta Dato' Jalaluddin Hassan merupakan pelakon terkenal di Malaysia.

Perkhidmatan

Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Dato' Hj. Hassan.
  • 1969 -Insp. Pelatih (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru)
  • 1970 -Insp. Siasatan Khas (IPD Melaka Tengah, Kontinjen Melaka) / Inspektor Percubaan
  • 1973 -Pegawai Pendakwa (IPD Alor Gajah, Kontinjen Malaka) / Inspektor
  • 1975 -PT Rekod / Perangkaan CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / Inspektor
  • 1981 -PPP Bah. 'A' CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
  • 1985 -PPP Pakar Bantuan Teknik CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
  • 1986 -Pensyarah Undang-Undang (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / ASP
  • 1988 -Timbalan Ketua Sekolah Perundangan (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / DSP
  • 1991 -TPP Latihan B1 (Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / DSP
  • 1992 -PP Latihan (Peperiksaan)(Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / SP
  • 1995 -Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-Undang)(JSJ Bukit Aman) / ACP & SAC II
  • 2000 -Timbalan Pengarah II (JSJ Bukit Aman) / SAC I
  • 2001 -Timbalan Pengarah I (JSJ Bukit Aman) / DCP
  • 2003 -Ketua Polis Johor / DCP
  • 2004 -Pengarah JSJ (JSJ Bukit Aman) / CP
  • 2005 -Timbalan Ketua Polis Negara / DIGP
  • 2006 -Ketua Polis Negara / IGP

KETUA POLIS NEGARA KEENAM - Tan Sri Mohd. Bakri Bin Hj. Omar


Tan Sri Mohd. Bakri Bin Hj. Omar (lahir 10 September 1948) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keenam dan berkhidmat dari 6 November 2003 hingga 11 September 2006.
Dilahirkan di Manjung, Perak, Bakri memulakan perkhidmatan beliau sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971, dan seperti kebanyakan pegawai lain, telah menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL). Beliau menjadi Ketua Polis Kedah pada thaun 1996 dan Ketua Polis Kuala Lumpur pada tahun 1997. Kemudian, pada 2002, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Sewaktu Tan Sri Norian Mai bersara pada 5 November 2003, Bakri dilantik sebagai ganti.
Seperti kesemua Ketua Polis Negara sebelum ini, Bakri juga merupakan lepasan Kolej Diraja Kajian Pertahanan ("Royal College of Defence Studies"), United Kingdom. Beliau juga mempunyai Sarjana Sastera.

KETUA POLIS NEGARA KEENAM - Tan Sri Norian Mai


Tan Sri Norian Mai (lahir 5 November 1946) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keenam dan berkhidmat dari 8 Januari 1999 sehingga persaraannya pada 5 November 2003.
Dilahirkan di Hilir Perak, Norian menceburkan diri dalam pasukan polis sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis pada 8 November 1969. Pada 31 Disember 1984, beliau dilantik menjadi Ketua Polis Terengganu dan kemudian pada 31 Disember 1992, beliau pula dilantik menjadi Ketua Polis Selangor. Norian Mai menjadi Timbalan Ketua Polis Negara pada 6 Julai 1997.
Pada 8 Januari 1999, Norian menjadi Ketua Polis Negara sewaktu Tan Sri Rahim Noor meletakkan jawatan atas peristiwa pemukulan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di lokap polis Bukit Aman.

KETUA POLIS NEGARA KELIMA - Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor


Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor (lahir 6 Jun 1943) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang kelima dan berkhidmat dari 16 Januari 1994 sehingga 7 Januari 1999.
Dilahirkan di Serkam, Melaka, Abdul Rahim menjadi Ketua Polis Negeri Selangor pada 21 Julai 1984 dan Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Jun 1989. Beliau meletakkan jawatan Ketua Polis Negara pada 7 Januari 1999 kerana memukul bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan matanya tertutup pada 20 September 1998 ketika berada dalam tahanan polis di lokap polis Bukit Aman.
Rahim telah dijatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Mac 2000. Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 2000 dan hukuman penjara dua bulan dikekalkan.
 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB