Rabu, 12 Mei 2010

Jawatan Kosong Polis Di Raja Malaysia (PDRM)

Jawatan sebagai : - Konstabel

Taraf jawatan : Tetap

Cara memohon:
Calon-calon hendaklah menghadiri temuduga terbuka seperti yang ditetapkan dalam iklan dalam akhbar-akhbar tempatan dan laman web dibawah berserta dokuman peribadi yang berikut:

3 keping gambar berukuran pasport
Kad pengenalan (berserta 2 salinan fotostat)
Sijil Beranak (berserta 1 salinan fotostat)
Sijil peperiksaan, Sijil Berhenti Sekolah dan lain-lain sijil kemahiran, jika ada, (berserta 1 salinan fotostat setiap sijil)
Pemegang Resit Kad Pengenalan (JPN 1/11) yang dicop dan disahkan oleh Pejabat Pendaftaran Negara, Petaling Jaya atau negeri-negeri
Surat sokongan Ketua Jabatan. 1salinan fotostat Penyata Perkhidmatan (kepada mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan)
Baju 'T' dan seluar pendek
Alatan tulis – ( Ball point pen )
Nama, No. Kad Pengenalan, Tarikh Lahir keluarga (adik-beradik) yang berumur 18 tahun ke atas
1 salinan fotostat bagi setiap perkara 3 hingga 5 di atas.

Kelayakan Fizikal:
Ketinggian melebihi atau sekurang-kurangnya 1.63m bagi calon lelaki dan 1.57m bagi calon wanita tanpa sepatu
Berat badan tidak kurang 50kg bagi calon lelaki dan 48kg bagi calon wanita
Ukuran dada yang biasa 81cm dan 86cm ketika menarik nafas bagi calon lelaki sahaja
Lulus ujian penglihatan untuk kedua-dua belah mata dalam ujian berasingan
Tidak buta warna dan pendengaran yang sempurna
Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (termasuk pemeriksaan x-ray)



Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.rmp.gov.my 

Selasa, 11 Mei 2010

Organisasi PDRM

Anggota wanita PDRM mempertunjukkan demonstrasi T-Baton.
 

Anggota Kadet Polis Wanita PDRM. Kadet Polis merupakan pasukan kadet yang mendorong remaja mendisiplinkan diri dan tidak terjebak dengan kancah jenayah.


Selain 2 jabatan yang terlibat dalam pentadbiran iaitu Jabatan Pengurusan dan Jabatan Logistik, PDRM mempunyai 5 jabatan yang terlibat dalam pencegahan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis (Jeneral Tiga Bintang)
 
 Jabatan Pengurusan

Secara amnya, Jabatan Pengurusan bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Berperanan dalam menggerakkan sistem pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM.
 
Fungsi
 
Perkhidmatan/Perjawatan
Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan
Pentadbiran Am dan Dasar
Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP
Latihan
Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan
Tatatertib
Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.
Cawangan
Pentadbiran
Cawangan Kebajikan
Bahagian Latihan
Cawangan Penyelidik/Pembangunan
Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan
Bahagian Hal Ehwal Awam
Cawangan Perhubungan Awam
Unit Pengambilan
Bahagian Istiadat
Cawangan Kem Komandan
Majlis Sukan PDRM

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.


Unit K-9 berperanan membantu JSJN dalam tugasnya mengesan dadah.
 
Fungsi

-Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran dadah
-Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan dadah
-Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket pengedaran dadah
-Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah
-Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah
-Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam negeri
-Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan perkara yang berkaitan dengan dadah
-Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah
-Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik samada di dalam dan luar negeri
-Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di dalam dan di luar negeri

Cawangan-cawangan di bawah jabatan

Bahagian Siasatan Khas
Bahagian Penyelaras/Perhubungan Antarabangsa
Bahagian Pentadbiran
Bahagian Tahanan
Perlucutan Harta
Soalsiasat
Pakar/Bantuan Teknik
Rekod/Perangkaan
Pendaftaran
Bahagian Logistik
Petugas Lapangan Terbang

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

Rakan Cops - Sertailah Untuk Membanteras Jenayah


Idea 'RAKAN COP' diilhamkan atas kesedaran bahawa pihak Polis adalah elemen pelengkap kepada sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni. RAKAN COP bererti rakan Polis. 'COP' adalah singkatan dari perkataan "Cooper" yang diberikan kepada anggota Polis. Di Amerika Syarikat, panggilan COP kepada Polis amat digemari oleh kerana lebih ringkas dan ledih mesra digunakan.

RAKAN COP adalah medium perantara untuk merapatkan jurang antara Polis dan masyarakat. Ia mengambil konsep yang mudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan hubungan kukuh dengan org ramai melalui pendekatan yang lebih jelas, lebih mudah, bersepadu dan berterusan.

Program RAKAN COP adalah bersifat "Community Oriented Policing" dan "Smart Partnership". Pendekatan ialah dengan menggalakkan pembabitan orang ramai, terutamanya mereka yang terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan masyarakat, termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta supaya menjadi 'mata dan telinga' Polis disamping menggalakkan interaksi dua hala antara kedua-dua pihak melalui saluran yang ditetapkan.

Gandingan usahasama pihak Polis dan orang ramai di bawah naungan RAKAN COP untuk memerangi dan mencegah jenayah telah dipermudahkan melalui penggunakan sistem penyampai maklumat dua hala, iaitu Saluran HOTLINE dan SMS Polis dipasang di Pusat Kawalan Polis (CCC).

Semua pertubuhan masyarakat dan agensi berkaitan amat digalakkan untuk mewujudkan PUSAT SEHENTI (One Stop Centre) untuk memudahkan Polis memyalurkan maklumat melalui CCC agar cepat dan tepat diterima oleh orang ramai. Interaksi pantas dua hala ini sudah pasti akan membantu komitmen PDRM untuk memberi respons dalam masa 15 minit sebaik menerima maklumat

Antara impak positif dari perlaksanaan program RAKAN COP adalah :

1. Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut
keselamatan seperti mencegah jenayah dan keselamatan jalanraya.

2. Mengeratkan hubungan mesra antara Polis dan masyarakat. Ini sekali gus akan
meningkatkan keyakinan masyarakat kepada PDRM.

3. Memberi maklumat tepat untuk manfaat masyarakat.

Harapan dari perlaksanaan RAKAN COP, pihak Polis dan orang ramai akan saling mengembeling tenaga untuk memerangi jenayah dan apa jua masalah keselamatan. Kesemua lapisan masyarakat adalah RAKAN COP, lantas menjadi "mata dan telinga" pihak Polis. Kejayaan program RAKAN COP sudah pasti akan menjanjikan persekitaran yang lebih kondusif dan selamat di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur.

LAMAN RASMI RAKAN COPS :


Isnin, 10 Mei 2010

Tanda Pangkat PDRM

Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.

Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Penolong Penguasa Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Ketua Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan.

Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Pertengahan (ACP - IGP), Kumpulan Diwartakan (ASP - SUPT) dan Kumpulan Tidak Diwartakan (INSP - C/INSP).

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

Pangkat setiap anggota polis umumnya dapat dikenali melalui nombor pengenalan polis. Pemegang pangkat IGP sehingga SUPT menggunakan 'G' sebagai pangkal, INSP sehingga C/INSP menggunakan 'I' dan kumpulan rank and file menggunakan 'RF'.

 Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

Pasukan Simpanan Persekutuan


Anggota FRU semasa dalam perbarisan.

Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU telah ditubuhkan sebagai sebuah pasukan khas yang boleh dikerah tanpa mengira waktu untuk bertindak secara tegas dan sistematik terhadap sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia.

Sejarah

Pasukan ini ditubuhkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan iaitu pada 5 Disember, 1955. Bermula dengan 3 terup di awal penubuhannya, FRU telah menempa kejayaan mengatasi masalah ketenteraman awam seperti pemogokan, tunjuk perasaan dan rusuhan yang berlaku di awal tahun 1950-an. Pada akhir tahun 1990-an, FRU juga memainkan peranan yang penting dalam menangani rusuhan yang tercetus akibat penangkapan Anwar Ibrahim.

 Peranan
 

Remaja Kadet Polis ini menggayakan peralatan FRU. Adakah remaja-remaja ini bakal menjadi pelapis kepada pasukan ini dimasa yang akan datang?

Peranan pasukan ini khusus untuk menyuraikan perhimpunan haram, penumpasan rusuhan dan menjalankan tugas-tugas lain berkaitan dengan keadaan Ketenteraman Awam. Unit ini adalah serba lengkap dan berkemampuan, bermobiliti tinggi dan menjadi Unit Simpanan Ketenteraman Awam. Apabila unit ini tidak terlibat dalam tugas-tugas Ketenteraman Awam, mereka boleh digunakan oleh Pegawai Memerintah dalam tugas membantu Ketua Polis Daerah, Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas yang merangkumi:-

Tugas mencegah jenayah seperti rondaan khas sebagai tambahan kepada rondaan Bit/Patrol di kawasan yang sering berlaku jenayah;

Bantuan keanggotaan semasa bencana (banjir, kebakaran, tanah runtuh, nahas udara dan lain-lain ) untuk menyelamatkan nyawa, memindahkan penduduk, mengepong kawasan dan mencegah rompakan;
 
Operasi polis secara besar-besaran seperti kepongan dan pemeriksaan, penapisan, rondaan intensif dan lain-lain
Tugas Kawalan Orang Ramai semasa lawatan orang kenamaan, sukan, perarakan, perhimpunan dan lain-lain.

Oleh sebab peranannya yang semakin penting, pasukan ini telah diperbesarkan kepada 7 unit, dengan jumlah keanggotaan pada 2003 seramai 2,481 orang. Setiap unit, mengandungi 3 terup. Di samping itu FRU juga mempunyai unit water canon, unit berkuda dan institusi latihan di Sungai Senam, Ipoh, Perak. Sejajar dengan keperluan semasa dan tuntutan undang-undang, serta bagi melicinkan perlaksanaan tugas, satu terup khas wanita telah diwujudkan dan terup ini berpengkalan di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Prestasi FRU ini dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Ini jelas apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memohon kepada PDRM bagi menempatkan pasukan pencegah rusuhan di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste. Pasukan ini ditugaskan untuk mengawal rusuhan dan ketenteraman awam di sebuah negara yang baru mencapai kemerdekaan.
 
Organisasi

Setiap pangkalan FRU mempunyai sayap ibupejabatnya sendiri dengan tiga terup (iaitu trup 'A', 'B' dan 'C'). Setiap trup terdiri dari dua seksyen Baton, iaitu seksyen senjata rifel/gas pemedih mata/grened, seksyen pengawal kenderaan, dan anggota lain seperti pemandu, pencatat buku harian, jurugambar, penterjemah, penembak tepat, pengendali semboyan dan mempunyai pasukan simpanannya yang sendiri.

Selain itu pasukan ini juga menjalankan tugas-tugas pencegahan jenayah bg membantu ketua polis daerah dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.Di samping itu FRU telah menunjukkan kejayaan yang tidak boleh dipertikaikan lagi apabila dipertanggungjawabkan untuk mengarak Panji-Panji DiRaja ketika menjalankan tugas kawalan kehormatan.
 
Penugasan

Beberapa Terup PSP sebagaimana yang ditentukan oleh Pengarah Jabatan KDN/KA hendaklah dikekalkan sebagai Simpanan KPN.Mereka tidak boleh ditugaskan kecuali dengan arahan atau dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan Pengarah Jabatan KDN/KA.
 
Ibupejabat

Rusuhan 13 Mei menggambarkan bagaimana anggota FRU diaturgerakan ke kawasan operasi yang dikatakan berprofil tinggi dalam PDRM.

Setiap trup FRU ditempatkan secara strategik dibeberapa kawasan bandar utama diseluruh Malaysia:-
FRU No 1 - Kuala Lumpur
FRU No 4 - Kuala Lumpur
FRU No 2 - Johor Bahru, Johor
FRU No 3 - Pulau Pinang
FRU No 5 - Ipoh, Perak
FRU No 6 - Kuala Terengganu, Terengganu
FRU No 7 - Seremban, Negeri Sembilan
Terup Wanita - Jalan Semarak, Kuala Lumpur
Unit Berkuda - Kuala Lumpur
Sekolah Latihan FRU - Ipoh, Perak
 
Operasi yang diketahui
 
Peristiwa 13 Mei 1969 - Rusuhan perkauman yang mengorbankan seramai 196 orang, dan 149 orang cedera. Pasukan polis dan tentera (terdiri daripada Rejimen Askar Melayu Diraja dan Rejimen Renjer Diraja) berjaya mengawal keadaan daripada terus berpanjangan.
Terlibat dalam operasi penangkapan Ibrahim Libya ketika insiden Memali di Baling, Kedah.
1997 - Operasi mengawal rusuhan akibat penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Anwar Ibrahim.
2007 - terlibat dalam operasi menangani rusuhan daripada kumpulan Hindu Right Action Force (HINDRAF) yang memprotes dasar ketidakdiskriminasi terhadap kerajaan. Para perusuh yang melibatkan kaum Hindu seramai 8, 000 orang berjaya disuraikan oleh polis dengan lima ahli kumpulan Hindraf ditahan dan dibicarakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB