Isnin, 30 Ogos 2010

Majlis Penyerahan Kenderaan Polis dan Ambulan kepada PDRM




Majlis Penyerahan Kenderaan Polis dan Ambulan kepada Polis Diraja Malaysia, Persatuan Bulan sabit Merah dan St. John Ambulance
Tarikh : 3 September
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Menara Korporat, Persada PLUS, Petaling Jaya
Sebanyak 15 buah motokar Mitsubishi lancer 2.0 GT akan diserahkan oleh PLUS kepada PDRM (Peronda Lebuhraya) bagi tujuan pemantauan, meningkatkan keselamatan pengguna jalanraya dan membantu kenderaan yang bermasalah di jalanraya atau lebuhraya termasuk membantu cegah jenayah.
Kehadiran :
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara
Y.Bhg Puan Noorizah bt Abd hamid (Pengarah Urusan PLUS)
Y.Bhg dato' Thomas George, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya

Khamis, 26 Ogos 2010

860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan dapat bantuan Aidilfitri


PUTRAJAYA: Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan menerima hadiah Aidilfitri apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 seorang, semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata separuh daripada bantuan berkenaan dibayar sebelum Aidilfitri, manakala bakinya pada Disember.
"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini. Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata pembayaran itu akan membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan sebanyak RM430 juta. Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman, menyifatkan pemberian bantuan khas itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan berpendapatan sederhana bagi menceriakan sambutan Aidilfitri.
Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil, kakitangan kerajaan tidak seharusnya berasa kecewa, sebaliknya bersyukur kerana kerajaan masih prihatin dengan bersetuju memberi bantuan dalam keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya. "Pemberian ini bukannya bonus, sebaliknya bantuan khas atau sagu hati yang diberi kepada kakitangan sokongan. "Kita tidak boleh membandingkan pemberian bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 yang diterima tahun lalu," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Cuepacs sebelum ini merayu kerajaan membayar bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam dengan separuh daripadanya dibayar sebelum Aidilfitri, manakala bakinya pada Disember.
Omar berkata, Cuepacs sebenarnya tidak pernah menekan kerajaan supaya memberi bantuan kewangan itu, malah sedia menerima keputusan jika peruntukan berkenaan tidak boleh diberi tahun ini. Sehubungan itu, beliau menasihatkan kakitangan yang menerima bantuan itu supaya bijak mengurus perbelanjaan. Beliau berkata, pembayaran dua kali bagi bantuan khas kewangan itu juga bertujuan membolehkan kakitangan awam merancang perbelanjaan untuk menyambut Aidilfitri dan membeli kelengkapan persekolahan anak.

Selasa, 24 Ogos 2010

Kadar Kompaun Baru - KADAR KOMPAUN BARU SAMAN TRAFIK -



Kadar kompaun kesalahan trafik baru adalah seperti berikut. Jadi kepada semua pesalah-pesalah trafik marilah ramai2 kita menyerbu TRAFFIC COPS untuk membayar saman kerana kadar saman yang terlalu murah berbanding negara2 lain. Cepat bertindak sebelum kerajaan ubah fikiran. Kalau tak bayar awal2 nie rugi.. jadi apa tunggu lagi.. JOM

KADAR KOMPAUN BARU SAMAN TRAFIK -

Informasi Polis DiRaja Malaysia - KEGANASAN RUMAHTANGGA

KEGANASAN RUMAHTANGGA - Keganasan seumpama ini adalah pada asasnya suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya.

Beberapa Contoh Keganasan Rumahtangga?

* Memalukan wanita tersebut di hadapan kawan-kawannya.
* Memutuskan perhubungan wanita daripada kawan-kawan atau saudara-maranya.
* Menyekat beliau dari menggunakan telefon atau kereta.
* Memaksa wanita tersebut sering terpaksa memberitahu ke mana beliau pergi dan dengan siapa beliau berada.
* Penderaan fizikal atau psikologikal ( penghinaan dan tomahan)
* Menjadikan wanita terpaksa bergantung dari segi kewangan.
* Mengasingkan wanita tersebut dari sokongan yang beliau perlukan untuk meninggalkan pendera.

kesan Keganasan Rumahtangga Terhadap Anak-Anak:

* Kanak-kanak yang menyaksikan penderaan tersebut akan lebih mudah menjadi sugul atau berasa kurang berupaya/ berkuasa.
* Mereka mungkin akan merasa bersalah atas penderaan itu atau malu akan kesannya.
* Mereka mungkin akan merasa diketepikan atau takut menyuarakan keadaan emosi mereka.
* Kanak-kanak ini mungkin akan mengalami kepayahan untuk mempercayai orang lain.
* Mereka juga mungkin bertindak agresif terhadap ibu mereka sendiri.
* Ramai kanak-kanak yang menyaksikan penderaan ini di rumah akan samaada menyisihkan diri mereka atau menjadi agresif. , Mereka akan menjadi pasif atau membuli kanak-kanak lain.
* Mereka juga mungkin menjadi kurang peka kepada rasa sakit.

Memahami Keganasan Rumahtangga, mengapa lelaki memukul?

* Memang benar, semua lelaki bukannya besifat pendera, tetapi lazimnya, lelaki adalah pendera dan wanita menjadi mangsa. Lelaki memukul kerana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak demikian atau berfikir bahawa perasaan mereka adalah lebih utama dari wanita.
* Lelaki membuat pilihan bagaimana mereka harus meluahkan sikap agresif mereka dan ke atas siapa mereka harus berbuat demikian.
* Selalunya, lelaki yang memukul isteri mereka tidak akan memukul majikan mereka, rakan sepejabat atau sahabat mereka sendiri.
* Mereka selalu memilih seseorang yang mereka anggap sebagai lebih lemah dan tidak dilindungi oleh masyarakat atau seseorang yang mereka tersalah anggap sebagai insan yang haknya lebih rendah dari mereka.

Teori Kitaran Keganasan

* Peringkat Pembangunan: Peningkatan rasa tertekan
* Peringkat Pemerhatian: lelaki tersebut menjadi ancaman
* Keganasan meletus: keganasan berlaku/ bermula
* Peringkat penyelesaian: lelaki tersebut meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.
* Peringkat Berusaha: Lelaki tersebut berusaha untuk memenangi kembali hati wanita tersebut dengan berjanji untuk berubah.
* Peringkat Bulan Madu: keadaan adalah tenang dan juga mungkin penuh kasih-sayang.
* Peringkat Pembangunan: Rasa tertekan bermula kembali.

Bolehkah pendera itu berubah?

* Lelaki yang mendera mestilah bersedia untuk berubah.
* Lelaki memang boleh belajar untuk mengubah bagaimana mereka bertindak dan mempelajari cara-cara lain bagaimana untuk memahami wanita.
* Jika seseorang lelaki itu betul-betul ingin menghentikan sikap ganasnya terhadap pasangannya, dia mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tindakan yang dilakukan
* Dia mesti berhenti dari menyalahkan pasangannya, alkohol, dadah atau tekanan yang dihadapinya sebagai alasan sikap ganasnya.
* Lelaki boleh mendapatkan kaunseling dan mestilah bersetuju untuk menghadiri beberapa sesi.

Beberapa tanda yang beliau sedang berubah:

* Dia sudah berhenti sepenuhnya dari mengatakan atau melakukan perkara-perkara yang menakutkan anda.
* Bolehkah anda berasa marah kepadanya tanpa dihukum?
* Bolehkah dia berselisih pendapat tanpa bertindak ganas atau cuba menguasai keadaan?
* Adakah dia menghormati kehendak anda tentang seks dan sentuhan fizikal?
* Sudahkah dia berhenti dari dari mengharapkan anda melakukan perkara untuknya?
* Bolehkah anda bersama rakan-rakan anda tanpa merasa takut yang pasangan anda membantah?
* Bolehkah anda melakukan perkara-perkara penting seperti ke sekolah atau mencari pekerjaan?
* Adakah anda berasa selesa dengan cara beliau berinteraksi dengan anak-anak?
* Adakah anda berasa selamat untuk meninggalkan anak-anak dengannya?
* Adakah dia menyokong anda dan memberi pujian? Adakah dia mendengar apa yang anda katakan?
* Adakah dia melakukan bahagian kerja-kerjanya dalam rumahtangga dan menjaga anak-anak?

Beberapa tanda yang beliau tidak berubah:

* Adakah ianya selamat untuk membangkitkan topik-topik yang anda tahu akan menyebabkan dia marah?
* Bolehkah dia mendengar pendapat anda dan menghormatinya walaupun dia tidak bersetuju?
* Jika dia sedang menerima kaunseling, adakah dia akan menggunakan alasan ini terhadap anda?
* Adakah dia memberitahu anda yang anda ini bersikap pendera?
* Adakah dia menyatakan kepada anda yang anda perlu memberi dia peluang kali kedua?
* Adakah dia menyatakan yang dia tidak boleh berubah tanpa sokongan anda?
* Adakah dia cuba mendapatkan simpati dari anda dan anak-anak?
* Adakah dia cuba untuk menakutkan anak-anak dengan menyatakan tentang masa hadapan, kewangan atau di mana-merka akan tinggal serta sebagainya?
* Adakah anda sentiasa terpaksa mengingatkannya tentang sesi kaunseling yang dia terpaksa hadiri?
* Adakah dia cuba menyatakan yang penderaannya terhadap anda adalah tidak seburuk mana apabila dia bercakap tentangnya?
* Adakah dia memberi tekanan yang berterusan kepada anda untuk menggugurkan Perintah Lindungan terhadapnya?

Apa Yang Mangsa Keganasan Rumahtangga Boleh Lakukan?

* Anda boleh membuat aduan kepada pihak polis dan pejabat kebajikan.
* Anda boleh tinggal di rumah perlindungan jika anda tidak berasa selamat di rumah.
* Anda boleh memohon Perintah Perlindungan Sementara (IPO) dari mahkamah yang akan menghalang pendera tersebut dari memukul anda.
* Anda boleh meminta mahkamah untuk menambah kuasa untuk menangkap kepada perintah tersebut , jika anda khuatir yang pendera akan mencederakan anda lagi.
* Jika anda sedang menjaga seseorang yang didera, ( seperti anak atau orang yang kurang upaya), anda boleh juga memohon Perintah Perlindungan Sementara untuk mereka.
* Jika orang yang melakukan kesalahan itu melanggar perintah tersebut, beliau boleh dihukum oleh mahkamah.

MENJAGA KESELAMATAN KENDERAAN ANDA

Kecurian kenderaan merupakan antara pengalaman buruk yang mungkin dihadapi seorang pemilik kenderaan. Walau bagaimanapun, anda boleh mencegah daripada menjadi salah seorang mangsa jenayah ini. Di antara langkah-langkah utama yang boleh diambil adalah:-
  1. Tempat letak kereta awam - Kompleks membeli-belah
  2. Di hadapan rumah, tepi jalan raya
  3. Tempat letak kereta di hotel-hotel
  4. kesan dan kerugian dari segi ekonomi, sosial dan jenayah.
Faktor berlaku kecurian;
  1.  Tidak dikunci 
    2.    Tiada kunci tambahan
    3.    Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
1.   
Bagaimana mencegah kecurian kereta;
  1. Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik
  2. Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac.
  3. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu  malam letak di tempat yang terang berlampu
  4. Pastikan anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis Jangan serahkan kunci kepada Jockey' kereta adalah lebih baik untuk menukar nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting') Bersiap sedia dengan kunci kereta apabila menuju ke kereta.
  5. Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang).
  6. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam kenderaan anda. Tetapi, jika terpaksa, letakkan barang-barang berharga di tempat yang tidak dapat dilihat atau di dalam but.
  7. Pastikan tiada sesiapa melihat anda menyimpan barang-barang berharga di dalam but kenderaan anda.

Informasi Polis Diraja Malaysia - Kes Penipuan




  • KES TIPU MACAU (MENYAMAR PEGAWAI POLIS)


Kes penipuan ini melibatkan ahli sindiket yang menggunakan talian nombor telefon menyerupai talian nombor pejabat polis Bukit Aman (03-22626222) dan akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman.Saspek memberitahu mangsa bahawa dokumen seperti kad pengenalan mangsa telah digunakan untuk kegiatan haram di luar negara seperti di Hong Kong.Saspek kemudian meminta mangsa menghubungi polis Hong Kong di talian yang diberikan oleh saspek (nombor kebiasaannya mengandungi 13 angka).Kadangkala mangsa diminta menghubungi pegawai Bank Negara Malaysia di nombor telefon 03-26988044.Apabila mangsa menghubungi nombor telefon tersebut,saspek akan memperdaya mangsa dengan menyatakan bahawa mangsa mesti memindahkan kesemua wang dalam akaunnya ke dalam akaun yang diberikan oleh saspek dengan alasan sekiranya mangsa gagal,wang di dalam akaun pengadu akan dibekukan dan dirampas oleh pihak Bank Negara Malaysia.Pengadu akan mengikut segala arahan saspek dengan memindahkan wang di dalam akaunnya ke dalam akaun yang diberikan oleh saspek.Setelah wangnya telah dipindahkan ke dalam akaun saspek,barulah mangsa menyedari dirinya telah ditipu kerana mangsa tidak terlibat dalam aktiviti kegiatan haram.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN;

Orang awam dinasihatkan supaya jangan mudah terpedaya sekiranya menerima panggilan telefon/sms daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai polis dari Bukit Aman atau daripada Bank Negara Malaysia.. Orang ramai juga boleh merujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil untuk nasihat lanjut


  • PERUBAHAN TREND KES PENIPUAN SMS


Kes-kes penipuan SMS yang sebelum ini diterima oleh mangsa yang didakwa telah memenangi hadiah wang tunai hasil dari peraduan Power Root, Petronas telah ditukar kepada peraduan Coca Cola. Mangsa kebelakangan ini menerima panggilan telefon terus daripada suspek yang mengatakan bahawa mangsa telah memenangi hadiah wang tunai melalui cabutan bertuah. Dalam trend baru ini, mangsa perlu menjawap beberapa soalan yang akan di ke utarakan. Soalan-soalan yang di tanya adalah amat mudah dan seterusnya suspek akan meminta mangsa untuk memasukkan wang ke dalam suatu akaun yang diberikan bagi tujuan memproses pemindahan wang yang dimenangi oleh mangsa, Kebanyakan mangsa masih terpedaya dengan suspek dimana mangsa akan pergi ke mesin ATM untuk mengaktifkan sistem perbankan internet dan suspek akan memberi tunjuk ajar cara-cara mengaktifkan sistem perbankan internet. Dengan cara ini suspek boleh mempunyai akses kepada akaun mangsa seterusnya wang mangsa dapat dikeluarkan oleh suspek dalam sekelip mata. Mangsa-mangsa juga pernah kehilangan wang dari akaun mereka selepas beberapa bulan kerana suspek masih mempunyai nombor pin serta kata laluan untuk akses ke akaun mangsa.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN;

Orang ramai dinasihatkan agar jangan mudah terpegaruh dengan tawaran tersebut sebaliknya menghubungi pihak-pihak berkenaan untuk memastikan kewujudan peraduan serta tawaran hadiah yang dikatakan atau memaklumkan kepada ahli keluarga atau rakan-rakan sebelum membuat keputusan berhubung dengan suspek. Orang ramai juga boleh merujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil untuk nasihat lanjut.


  • KES PENIPUAN TEPUK BAHU


Suspek bergerak secara berkumpulan selalunya dua atau tiga orang dan dipercayai warganegara asing. Suspek akan tepuk bahu atau menegur mangsa semasa mangsa sedang membuat transaksi di mesin ATM dengan memberitahu bahawa duit mangsa telah jatuh di atas lantai. Apabila mangsa menoleh untuk melihat wang tersebut kesempatan ini digunakan oleh suspek yang seorang lagi. untuk mengambil kad ATM mangsa dan meletakkan satu kad ATM kepunyaan orang lain dan beredar dari sana. Pada hari yang sama wang dari akaun mangsa akan dikeluarkan oleh suspek.

LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN;

Orang ramai dinasihatkan agar jangan melayan sesiapa semasa membuat transaksi di mesin ATM dan pastikan nombor pin tidak terdedah semasa membuat transaksi.Orang ramai juga boleh merujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil untuk nasihat lanjut.


  • KESELAMATAN NOMBOR PIN ATM


Orang ramai dinasihatkan agar jangan menyimpan nombor pin bersama dengan kad ATM dengan cara melekatkan/menulis nombor pin di atas kad ATM.Ini adalah untuk mencegah dari nombor pin terdedah kepada orang yang menjumpainya jika kad ATM tercicir atau dicuri.Adalah dinasihatkan juga agar nombor pin yang dipilih itu bukannya nombor kad pengenalan atau nombor tarikh lahir.Semasa berada di mesin ATM untuk membuat transaksi orang ramai dinasihatkan agar memasukkan nombor pin dengan cara terlindung agar tidak dapat dilihat oleh orang yang berdiri di barisan sebelah atau yang beratur di belakang



  • SKIM PENIPUAN PELABURAN WANG


Pada kebiasaannya mangsa akan ditawarkan untuk melabur dalam skim yang memberikan pulangan yang lumayan dan jaminan yang tinggi seperti pelaburan emas dan pelaburan berbentuk sijil dividen.Pada mulanya,syarikat-syarikat ini dapat memberi pulangan dalam bentuk dividen kepada pelanggannya tetapi lama-kelamaan tidak mampu untuk membuat pembayaran kepada semua yang terlibat (skim piramid).Syarikat-syarikat ini dikatakan melakukan kesalahan kerana mengambil deposit wang tunai tanpa mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.Contoh-contoh syarikat adalah seperti Bestino dan G Gold Trading.Syarikat-syarikat ini ada yang masih dalam siasatan dan ada yang telah diambil tindakan oleh Bank Negara Malaysia di mana aset-aset syarikat dan akaun-akaun bank dibekukan kerana menjalankan skim pelaburan tanpa lesen.Ini adalah satu kesalahan di bawah sek:25 Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA 1989).Hukumannya ialah tidak melebihi 10 tahun penjara atau denda tidak melebihi RM10 juta atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan yang berterusan,dikenakan denda harian tidak melebihi RM100 ribu sehari.
Kesalahan ini juga boleh disiasat di bawah sek: 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram/Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.Hukumannya ialah denda tidak melebihi RM 5 juta atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
Pihak polis juga menjalankan siasatan terhadap skim pelaburan yang tidak wujud dan merupakan satu penipuan seperti penternakan ikan air tawar dan projek ternakan ketam di mana biasanya saspek akan menawarkan satu projek atau ternakan dan mangsa diminta supaya memasukkan bayaran ke dalam akaun sebuah syarikat tertentu yang diberi oleh saspek.Setelah wang dimasukkan,mangsa akan tertipu kerana tidak menerima projek atau set ternakan tersebut.Contoh kes yang berlaku di Taiping pada tahun 2009 melibatkan kes tipu melibatkan set ternakan ketam nipah.
Orang ramai diingatkan supaya berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran-tawaran yang tidak munasabah daripada mana-mana syarikat hanya kerana ingin cepat mengejar keuntungan.Adalah dinasihatkan supaya orang ramai membuat semakan atau rujukan dengan pihak Bank Negara Malaysia sebelum melibatkan diri dengan mana-mana skim pelaburan untuk menentukan samada mempunyai lesen yang sah.



  • KES PEMALSUAN CEK


Saspek kebiasaannya akan memecah peti surat dan mencuri surat-surat kemudian akan mengambil surat-surat yang mengandungi cek. Cek tersebut kemudiannya akan diubahsuai nama dan nombor akaun dan kemudian akan dimasukkan ke dalam akaun-akaun bagi kegunaan sendiri.

Bagaimana mengenalpasti / langkah-langkah pencegahan;
- Orang ramai dinasihati agar menggunakan cara penghantaran yang lebih selamat atau
- mendepositkan cek tersebut melalui mesin deposit cek.


  • KES PENIPUAN BOMOH CINA


Saspek adalah warganegara China yang dipercayai memasuki negara ini melalui pas lawatan sosial dan mencari sasaran di kawasan pasar pagi serta padang awam taman-taman perumahan.  Mangsa terdiri dari kalangan warga emas tempatan berbangsa Cina.  Saspek meramal keluarga mangsa akan mengalami malapetaka dan perlu mengadakan sembahyang buang sial.  Kemudian saspek memperdaya mangsa untuk menyerahkan barangan kemas atau wang tunai milik mangsa bagi tujuan tersebut. 

Bagaimana mengenalpasti / langkah-langkah pencegahan:
- Jangan dilayan jika dihampiri.
- Kenal pasti saspek dari rupa, perwatakan yang boleh membantu polis
.
 


  • KES PENIPUAN CABUTAN BERTUAH ( GORES Dan MENANG )


Saspek adalah wakil dari syarikat jualan langsung. Menawarkan hadiah berupa barangan elektrik, kereta dan wang tunai. Memperdaya mangsa menyerahkan barang kemas atau wang tunai sebagai cagaran bagi mendapatkan hadiah yang ditawarkan yang kononnya telah dimenangi oleh mangsa.

Bagaimana mengenalpasti / langkah-langkah:

  • Orang ramai hendaklah berhati-hati dengan jurujual yang datang ke rumah dan menawarkan barangan serta hadiah pada harga yang murah;
  • Apabila mereka datang ke rumah, pastikan semakan dibuat dari segi pengenalan diri, pendaftaran syarikat dan lesen jualan langsung; dan
  • Jika tidak pasti, tanya kepada jiran-jiran anda atau pun rakan-rakan yang berpengetahuan berkaitan hal ini.


  • KES PENIPUAN MAHKAMAH


  • Mangsa menerima panggilan telefon daripada saspek yang akan mendakwa mangsa terlibat dalam sindiket pemberi pinjam wang secara haram (Ah Long) di mana mangsa akan dikenakan tindakan dan proses pendakwaan akan dijalankan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
  • Saspek akan mengarahkan mangsa untuk memindahkan semua wang miliknya ke satu akaun yang diberi saspek agar wang tersebut tidak dibekukan oleh pihak mahkamah.
  • Saspek dipercayai warganegara asing kerana panggilan yang diterima memaparkan kod telefon luar negara, iaitu Hong Kong. Pemilik akaun di mana wang dipindahkan adalah milik rakyat tempatan yang telah dikenalpasti.
  • Bagaimana mengenalpasti / langkah-langkah pencegahan sekiranya menerima panggilan telefon dengan MO di atas, sila abaikan.
 
  • KES PENIPUAN MELALUI E-MAIL


Mangsa akan berkomunikasi dengan saspek secara on-line (chatting) melalui e-mail dan memberitahu mangsa yang saspek sedang berada di luar negara. Kemudian saspek memberitahu akan menghantar barang yang ditempah oleh mangsa melalui kourier tetapi mangsa perlu memasukkan wang ka dalam akaun yang diberi sebagai wang proses penghantaran. Selepas mangsa memasukkan wang seperti yang diminta, barang yang ditunggu-tunggu tidak sampai dan saspek juga gagal dihubungi. Bagaimana Mengenalpasti / Langkah-langkah Pencegahan Orang ramai dinasihatkan agar jangan terpedaya dengan tawaran seperti ini. Jangan masukkan wang ke dalam akaun orang yang tidak dikenali dengan sewenang-wenangnya.


  • KES PENIPUAN PINJAMAN YANG TIDAK WUJUD

Mangsa akan menghubungi nombor telefon yang tertera di atas kad-kad perniagaan yang menawarkan pinjaman secara peribadi. Mangsa kemudian akan diarahkan untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun sebagai wang proses sebelum pinjaman diluluskan. Selepas itu, mangsa akan diberitahu yang pinjaman tidak diluluskan dan wang yang dimasukkan juga tidak dikembalikan serta saspek gagal dihubungi. Bagaimana Mengenalpasti / Langkah-langkah Pencegahan Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pinjaman tersebut sebaliknya dapatkan pinjaman peribadi secara sah daripada institusi kewangan yang berlesen.


  • KES PENIPUAN SMS


Mangsa akan menerima panggilan telefon daripada saspek mengatakan mangsa telah memenangi hadiah wang tunai melalui peraduan seperti cabutan simkad bertuah anjuran Petronas Malaysia, Maxis, Digi, Celcom, Shell, syarikat pelancongan di Macau atau persatuan dermawan di Hong Kong.  Saspek akan menggunakan nombor telefon luar negara sebanyak 13 hingga 15 angka yang bermula dengan 00628 dan 00853 yang mana panggilan dengan kod 00628 akan menggunakan bahasa Indonesia manakala kod 00852 akan menggunakan bahasa Kantonis dan Mandarin.  Saspek akan memberitahu mangsa telah memenangi hadiah berupa wang tunai dan akan minta mangsa masukkan sejumlah wang ke dalam akaun mangsa sendiri atau akaun lain.  Bagaimana Mengenalpasti / Langkah-langkah Pencegahan Abaikan panggilan sedemikian.


  • KES PENIPUAN TEMPAHAN MELALUI INTERNET


Mangsa akan melayari internet untuk melihat barangan yang disenaraikan seterusnya memasukkan wang ke dalam akaun yang diberi bagi membeli barang tersebut. Selepas wang dimasukkan, mangsa tidak dapat barang yang dibeli dan nombor telefon yang tertera di dalam website juga tidak dapat dihubungi. Bagaimana Mengenalpasti / Langkah-langkah Pencegahan Orang ramai dinasihatkan untuk membuat pembelian secara langsung dengan si penjual bagi mengelakkan perkara sedemikian berlaku.  

  • KES PENIPUAN WARGA ASING MENUKAR WANG

Mangsa kebiasaannya akan didatangi oleh satu lelaki atau sepasang lelaki dan perempuan warga asing yang dipercayai warga Timur Tengah yang ingin menukar wang kertas RM 100.00 kepada nilai yang kecil. Apabila wang telah ditukarkan, saspek akan memberitahu mangsa yang dia memerlukan wang kertas yang mempunyai tandatangan YDP Agong atau pun tandatangan Gabenor di bahagian tepi wang kertas tersebut.
Saspek akan membantu mangsa mencari wang yang dikehendaki tetapi tanpa mangsa sedari, saspek dengan pantas akan mengambil wang tanpa pengetahuan mangsa dan terus beredar. Mangsa berasakan dirinya seperti telah dipukau dan tidak sedarkan diri. Bagaimana Mengenalpasti / Langkah-langkah Pencegahan Orang ramai dinasihati supaya tidak melayan mereka ini (saspek). 

 

  • KES PENIPUAN WANG PALSU

Mangsa menerima wang palsu semasa transaksi perniagaan dan seringkali mangsa adalah pihak bank di mana wang akan digunakan oleh pelanggan untuk menjelaskan hutang bank. Wang-wang kertas yang seringkali digunakan adalah wang kertas RM 50.00 dan RM 100.00. Ciri-ciri wang palsu :-

1) Jalur benang keselamatan di bahagian belakang adalah lurus manakala wang tulen putus-putus.
2) Warna pada nombor '5' di 'Hologram Stripe' berbeza dengan warna pada nombor '0'.
3) Warna kertas agak kekuningan.
4) Huruf 'BNM' dan 'RM 50' pada 'Hologram Stripe' jelas kelihatan.
5) 'Hologram Stripe' kurang bercahaya dan agak pudar.
6) Jalur benang keselamatan tidak jelas di bahagian hadapan.
Bagaimana Mengenalpasti / Langkah-langkah Pencegahan Teliti dengan betul setiap wang kertas terutamanya wang kertas RM 50.00 semasa membuat urusan.


  • KES PENYAMARAN SEBAGAI VIP

Mangsa akan mendapat panggilan telefon daripada saspek yang mengaku dirinya sebagai Pengarah sesebuah jabatan / syarikat atau Pengetua sesebuah sekolah yang mangsa sendiri kenali. Tujuan panggilan dibuat adalah untuk meminta bantuan kewangan akibat beberapa masalah yang timbul yang tidak dapat diselesaikan dan dielakkan. Wang tersebut akan diminta dimasukkan ke dalam akaun yang diberi oleh saspek. Selepas wang yang diminta dimasukkan, mangsa dapati Pengarah atau Pengetua yang sebenarnya tidak menghubungi mangsa bagi mendapatkan bantuan tersebut. 
Bagaimana Mengenalpasti / Langkah-langkah Pencegahan Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengendahkan panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali sebaliknya pastikan dengan menghubungi sendiri individu yang memerlukan bantuan tersebut sebelum memasukkan wang ke dalam akaun seperti yang diminta oleh saspek.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Dadah RM15.2 juta dalam kain - Kejayaan PDRM



Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
syakir.sazili@kosmo.com.my
ZUL HASNAN (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian pil eramin 5 yang dirampas daripada sebuah gudang di Jalan Kuala Kangsar pada sidang akhbar di Ipoh semalam.

IPOH – Tembelang satu sindiket menyembunyikan 1,015,500 biji pil khayal jenis eramin 5 bernilai RM15.2 juta di dalam 58 gulungan kain terbongkar apabila polis menyerbu sebuah gudang di Jalan Kuala Kangsar di sini petang kelmarin.

Serbuan itu dilakukan hasil kejayaan polis menahan 17 ahli sindiket dadah antarabangsa di Ayer Hitam, Johor 12 Ogos lalu yang menyaksikan polis merampas sebanyak 824,500 biji pil yang sama bernilai RM12.37 juta disembunyikan di dalam patung peragaan pakaian.

Suspek berusia di antara 28 dan 74 tahun itu terdiri daripada sembilan warga tempatan, empat Taiwan, tiga Singapura dan seorang Indonesia.

Difahamkan, di gudang tersebut, sindiket berkenaan menyembunyikan sebanyak 600 papan pil tersebut di dalam setiap gulungan kain.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin berkata, rampasan tersebut merupakan yang terbesar melibatakn pil eramin 5 tahun ini di mana polis menjangkakan dapat menyekat pengedaran hampir 2 juta bahan khayal itu.

“Serbuan dilakukan selepas salah seorang daripada 17 suspek yang ditahan sebelum ini mengaku terlibat menyembunyikan dadah tersebut di situ sebaik kita menjalankan soal siasat terhadapnya,” katanya pada sidang akhbar di mes pegawai kanan polis di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Pengiktirafan Terhadap Polis

Jumaat - 26 Mac 2010
Oleh SUFFIAN ABU BAKAR dan TAN MING WAI
pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR - 25 Mac Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian elaun bulanan sebanyak RM200 kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menjalankan tugas-tugas am di seluruh negara, berkuatkuasa serta merta. Imbuhan sempena ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-203 yang disambut hari ini itu melibatkan peruntukan sebanyak RM84 juta setahun kepada lebih 33,000 anggota lain-lain pangkat. Anggota tugas-tugas am adalah mereka yang menjalankan pelbagai jenis tugas di ibu pejabat polis daerah, balai dan pondok polis di seluruh negara. Antara tugasan mereka ialah berurusan dengan orang ramai di kaunter pertanyaan, menjaga lokap, mengadakan sekatan jalan raya, rondaan di kawasan bertugas dan mengawasi sesuatu acara di kawasan mereka. Perdana Menteri pada masa yang sama turut mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk meminda Pekeliling Perkhidmatan 2009 sekali gus membolehkan kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan atau time-based terhadap seramai 52,000 anggota PDRM pangkat konstabel, lans koperal dan koperal. Berikutan pindaan ini, mereka yang berpangkat konstabel akan dinaikkan pangkat sebagai lans koperal selepas tiga tahun berkhidmat, manakala kenaikan pangkat lans koperal ke koperal selepas lima tahun. Selain itu, balai-balai polis yang cemerlang dan terbaik akan diberi penghargaan khas berdasarkan pencapaian dan prestasi baik yang ditunjukkan, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun Peringatan Hari Polis ke-203 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini hari ini. Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan kedua-dua timbalan beliau, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Jelaing Mersat; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, timbalannya, Tan Sri Ismail Omar serta pegawai-pegawai atasan PDRM. Pengumuman Perdana Menteri ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan untuk semua anggota PDRM berpangkat konstabel hingga koperal yang turut melaksanakan tugas mereka mengawal keselamatan negara. Hishammuddin pada 20 Mac lalu memberitahu, Perdana Menteri akan mengumumkan penyelarasan gaji anggota lain-lain pangkat sempena sambutan ulang tahun Peringatan Hari Polis kali ini. Sebelum ini, pada awal Februari lalu, kerajaan mengumumkan skim gaji dan elaun baru anggota polis berpangkat sarjan ke atas. Sementara itu, menurut Najib, kerajaan memberi jaminan akan terus menyokong PDRM dan Kementerian Dalam Negeri melaksanakan misi mengurangkan kadar jenayah di negara ini. Apabila usaha menurunkan kadar jenayah menjadi misi nasional, ia adalah agenda kerajaan termasuk polis, menteri dan saya selaku Perdana Menteri turut bertanggungjawab memastikan ia berjaya. Jika usaha ini gagal, saya akan turut menanggung bebannya. Namun, janganlah jadikan kegagalan itu sebagai satu pilihan kerana sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia perlu berjuang untuk menjayakan usaha ini, tegas Perdana Menteri. Beliau pada masa yang sama turut melahirkan rasa bangga apabila PDRM berjaya menurunkan kadar jenayah sebanyak 13 peratus di seluruh negara sepanjang Januari dan Februari ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Malah, kata Najib, kerajaan yakin PDRM akan membantu menurunkan kadar jenayah melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu keseluruhan sebanyak 5 peratus dan kadar jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang penghujung tahun 2010. Menurut Perdana Menteri, cabaran yang dihadapi oleh PDRM kini semakin besar kerana perubahan persekitaran dan jangkaan rakyat selain arus permodenan. Namun, bagi beliau, jika setiap anggota dan pegawai PDRM mengamalkan tiga nilai utama iaitu kesetiaan berdasarkan Perlembagaan, integriti serta keberkesanan dan keberhasilan, cabaran itu akan mudah dicapai, khususnya dalam mengurangkan jenayah dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap pasukan ini. .

Selasa, 17 Ogos 2010

98,747 polis dapat 'durian runtuh'



Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 3 Feb. - Seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menikmati pelarasan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP) antara RM1,500 hingga RM6,000 berkuat kuasa 1 Januari 2009.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan berita baik itu berkata, penyelarasan di bawah skim perkhidmatan baru itu disebabkan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun ITKP, bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matriks.

Menurutnya, skim baru itu melibatkan 10,678 orang pegawai kanan polis bermula daripada pangkat Inspektor hingga Timbalan Ketua Polis Negara manakala 88,069 lagi di kalangan anggota berpangkat rendah dari Konstabel hingga Sub Inspektor.

''Saya harap skim perkhidmatan baru ini akan memberikan semangat dan motivasi kepada seluruh warga PDRM sekali gus meningkatkan tekad untuk melahirkan pasukan polis yang lebih berintegriti, berwibawa dan mulia di mata masyarakat.

''Penawaran skim perkhidmatan baru itu sejajar dengan saranan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada 2005 selain bagi memastikan skim perkhidmatan polis sentiasa relevan dan berdaya saing," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pascaKabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Hadir sama timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Hishammuddin, pelaksanaan skim perkhidmatan baru itu yang dilaksanakan secara berperingkat melibatkan perubahan gaji matriks Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) kerana gabungan pangkat SAC I dan SAC II, Timbalan Penguasa Polis (DSP), Penolong Penguasa Polis(ASP) dan Inspektor Polis.

Hishammuddin menjelaskan, bagi fasa seterusnya akan menyaksikan perubahan gaji matriks dan elaun di kalangan pegawai rendah polis dan Konstabel.

''Bagi pangkat Konstabel hingga Koperal, pengurusan tertinggi PDRM masih berurusan dengan pihak agensi pusat untuk menghalusi skala gaji termasuk imbuhan tetap.

Katanya, ini membabitkan Sarjan, Sarjan Mejar dan Sub Inspektor yang akan menikmati penambahan tiga skala tangga gaji akhir dalam skim baru itu.

''Saya akan bertemu dengan semua pihak yang berkepentingan termasuk persatuan-persatuan yang mewakili kumpulan anggota lain-lain pangkat agar usaha ini dapat difahami oleh semua peringkat.

''Skim perkhidmatan baru yang diperkenalkan itu bertujuan menambah baik dalam perkara yang berkaitan kelayakan masuk, penggredan semula struktur pangkat, gaji matriks dan


 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB