Jumaat, 31 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU - WARGA PDRM



ASSALAMMUALAIKUM..

BUAT WARGA MALAYSIA SELURUH DUNIA SERTA WARGA POLIS DIRAJA MALAYSIA, SAYA DISINI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2O11 DENGAN AZAM BARU DAN DENGAN HARAPAN BARU SEMOGA SENTIASA DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T.  BAGI MEREKA YANG MASIH BERADA DI TAHUN 2010, KELUARLAH DARI PEKUNG KEGELAPAN. LUPAKANLAH SENGKETA, LUPAKANLAH SALAH DAN SILAP... MULAKANLAH 2011 DENGAN AZAM DAN SEMANGAT YANG BARU YANG LEBIH BERFAEDAH... SALAM 1 MALAYSIA

Khamis, 30 Disember 2010

TAHUKAH ANDA !!! SEJARAH MAKMAL FORENSIK PDRM

Bermula pada tahun 1974, tercetusnya ilham penubuhan Makmal Forensik PDRM oleh Ketua Polis Negara ketika itu iaitu YDH Tun Haniff Omar yang mana diharapkan dapat membantu mengurangkan beban kerja penyiasatan yang dihadapi oleh makmal Jabatan Kimia dan hospital seluruh negara. Selain itu penubuhan makmal ini juga diharapkan dapat membantu dalam penyiasatan yang lebih saintifik. Namun begitu hanya pada tahun 1986 penubuhannya mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kimia dan semua Hospital Besar. Pada tahun 1987 makmal kecil yang dikenali sebagai Makmal Latihan ditubuhkan di Maktab Siasatan Jenayah di PULAPOL, Kuala Lumpur. Di Makmal Latihan inilah pegawai-pegawai polis diberikan latihan berhubung sains forensik yang tidak hanya terhad kepada forensik kimia tetapi termasuk juga forensik pathologi.

Makmal ini telah digunakan untuk demonstrasi dan latihan dalam bidang "Plaster Casting", pengesanan cap jari, Pengajian Balistik, Pengajian Keterangan Pecahan Kaca, Serpihan Cat, "Blood Spatter Pattern". Perbandingan sampel dengan menggunakan Mikroskop dan lain-lain.

Pada tahun 1994, Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor telah meluluskan penubuhan Makmal Forensik PDRM dan hanyalah pada tahun 1996 barulah pihak Kementerian Dalam Negeri meluluskan cadangan itu. Tan Sri Rahim Noor telah merasmikan tapak pembinaan Makmal Forensik PDRM pada 23 September 1997.

    

Pada tahun yang sama Syarikat Rofin dari Australia telah ditawarkan Surat Niat bagi membekalkan peralatan dan latihan dalam menyediakan Makmal Forensik PDRM yang boleh beroperasi. Langkah yang seterusnya ialah perlantikan Timbalan Pengarah 1 JSJ sebagai pengerusi jawatankuasa penubuhan pada tahun 1998. Pada tahun 1999 bermulalah pembinaan Makmal Forensik PDRM.
    
    Makmal Forensik PDRM telah mengalami perkembangan pesat. Peralatan yang telah di tauliah pada 30 Jun 2001 telah mula digunakan. Semua peralatan yang berharga RM15.0 juta telah diterima dan diperiksa. Bangunan Makmal Forensik PDRM telah diserahkan kepada kerajaan pada 30 Mei 2001. Majlis rasmi penyerahan telah diadakan pada 21 Februari 2002.



    Sebagai langkah permulaan penubuhan, seramai 28 orang pegawai telah dihantar untuk menjalani Kursus Asas Forensik Sains dan Pengendaliaan Makmal di Victoria Forensic Science Centre, Melbourne, Australia. Di sana pegawai-pegawai didedahkan dengan kaedah-kaedah yang digunakan dalam pengendaliaan peralatan dan juga pengenalan terhadap apa itu sains forensik.
    Sebagai lanjutan kepada kursus yang telah dianjurkan satu lagi Kursus Forensik telah diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia yang dihadiri seramai 34 orang pegawai selama 3� bulan. Kursus ini telah diadakan pada Mac 2001. Pada 16 April 2001 semua pegawai-pegawai yang telah dipilih melapurkan diri dan memulakan operasi Makmal Forensik.


    Pada 12 Mei 2005 maka bermulalah sejarah baru apabila YDH IG Tan Sri Mohd Bakri bin Hj. Omar telah merasmikan Makmal Forensik PDRM.

TAHUKAH ANDA !!! PERKEP PDRM - SEJARAH DAN INFO


SEJARAH PERKEP

Inspirasi penubuhan Persatuan Keluarga Polis atau nama ringkasnya PERKEP lahir atas dasar inginkan kaum wanita maju dan meraih apa yang tertinggal selama ini, dengan keahlian lebih kurang 80,000 orang di seluruh Malaysia, persatuan ini terus berdiri tegap dan mantap sehingga ke hari ini.

Menyingkap kepada sejarah penubuhannya di mana persatuan yang pada asalnya dikenali sebagai ‘Perkumpulan Kaum Ibu Polis’ (Women Police Institute) buat pertama kalinya telah mengadakan mesyuarat pada 26 julai 1967 yang dipengerusi oleh Y.Bhg. Tan Sri Hj. Hussain B. Hj. Mohd. Sidek, Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu. Hasil dari itu satu Perintah Pasukan dikeluarkan pada 20 Oktober 1967 (Force Order 447/67) memaklumkan pada semua Ibu Pejabat Kontinjen dan Ibu Pejabat Daerah berkenaan dengan penubuhan persatuan wanita ini di Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia, Kuala Lumpur dan menyatakan juga undang-undang berkenaan penubuhannya.

Ekoran dari itu pada 3 Ogos 1968 satu lagi mesyuarat diadakan dipengerusikan oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajah Saodah isteri kepada Y.Bhg. Tan Sri Mohd. Salleh B. Ismail, Ketua Polis Negara ketika itu bertempat di Bilik Gerakan lama Ibu Pejabat Polis Jalan Bluff, Kuala Lumpur. Turut hadir sama adalah isteri-isteri Ketua Polis Negeri dan isteri-isteri PJP Sabah dan Sarawak. Di dalam mesyuarat tersebut satu kata sepakat telah dicapai iaitu memberi nama baru bagi persatuan.

Bermula dari sinilah Persatuan Keluarga Polis atau singkatannya PERKEP mendapat nama. Natijah dari itu PERKEP didaftarkan pada 10 jun 1969 (Bil. R.S.M. 779/68(6) PPP/SEL. 197/68) dengan diterajui oleh Pengerusi-Pengerusinya yang berkaliber yang menjadi asas kejayaan dan pencapaian yang membanggakan hingga ke hari ini.


UNTUK KETERANGAN LANJUT KLIK DISINI !!!

SEMAKAN SAMAN - PDRM DAN JPJ

BERIKUT ADALAH PERTANYAAN SAMAN DAN SENARAI HITAM OLEH POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM ) DAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) SILA SEMAK SAMAN ANDA SEBELUM TERLEWAT.... 

Senarai hitam ini mengandungi pesalah / kenderaan yang telah dikenakan saman tetapi masih belum membayar denda selepas satu masa yang ditetapkan oleh pihak berkenaan. Sila hubungi agensi berkenaan untuk mendapat butiran lanjut mengenai saman atau saman yang belum lagi dimasukkan sebagai senarai hitam ini.
This blacklist contains only offenders / vehicles with summons which have been
issued but the offenders have failed to settle their fines after a specified period as decided
by the authorities. Please contact the relevant agencies concerned for summons details or
the latest summons that have not been included in this blacklist.


Untuk pembayaran saman JPJ secara online, sila lawati laman web seperti di bawah: Sila baca arahan dan ikuti panduan dengan teliti
For easy and fast JPJ online summon payment, please visit our Electronic Government
Service Providers, as listed below: Please read and follow the instructions given 


TAHUKAH ANDA !!! PDRM MEMPUNYAI FACEBOOK

JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG MASALAH ATAU KOMEN ANDA BOLEH MENGUNJUNGI LAMAN RASMI FACEBOOK PDRM. IA JUGA SEBAGAI SALAH SATU ALAT UNTUK PDRM MENYALURKAN MAKLUMAT SERTA INFORMASI TERKINI MENGENAI JENAYAH DAN LAIN-LAIN. TAHNIAH PDRM KERANA MEMPUNYAI GADJET BARU MEMERANGI JENAYAH.

KENDERAAN BARU PDRM - NAZA FORTE

PDRM KINI SEMAKIN MAJU DAN BERPENDIRIAN TEGUH MEMERANGI JENAYAH. KINI SETELAH DIILHAMKAN DENGAN KENDERAAN EVO, PDRM MULA MENGORAK LANGKAH DENGAN MEMPERKENALKAN KENDERAAN YANG LEBIH MANTAP DAN CANGGIH UNTUK KEPERLUAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM). NAZA FORTE MUNCUL SEBAGAI ALAT CANGGIH PDRM MEMERANGI KADAR JENAYAH. UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN BUAT KETUA POLIS NEGARA KERANA SENTIASA BERJIWA MURNI MEMPERTAHANKAN PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA SEBAGAI PASUKAN PENGUATKUASA TERBAIK DIDUNIA. WALAUPUN RAMAI YANG MENCERCA DAN MENGHINA MARTABAT PASUKAN POLIS, PDRM TETAP BERDIRI TEGUH SERTA MENGANALISIS DAN MENCARI KAEDAH TERBAIK MEMERANGI JENAYAH... TAHNIAH BUAT WARGA PDRM... JASAMU TETAP DIKENANG.








Ahad, 26 Disember 2010

KAEDAH PEMBAYARAN SAMAN - PDRM



Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak.

      i.   Melalui SMS 15888

            
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN
            
<NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke15888

            
Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
            
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

    
ii.    Melalui Internet
            Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :-


            *
Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak pembekal perkhidmatan.

    
iii.    Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di :-

            >
Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
            >
Kaunter JPJ yang terpilih
            >Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih.

JENIS-JENIS SAMAN TRAFIK - PDRM


Terdapat 2 jenis saman yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik PDRM

1. Notis Saman POL. 170A
- Saman yang di-isu samada secara postal atau diletak pada kenderaan (tidak di-isu secara langsung kepada Pesalah)

Apa Itu POL.170A?
- Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah.

Kesalahan-kesalahan yang boleh digunakan POL. 170A seperti berikut:-
  • Meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalulintas -Sek. 79 (2) APJ 1987
  • Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalanraya - Sek.16(1) LN 166/59
  • Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan yang tidak selari dengan jalan -Sek. 16(2) LN 166/59
  •  Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan rapat ke kiri/bahu jalan -
  • Sek. 16(2) LN 166/59
  • Melakukan galangan dengan meletakkan kenderaan bertentangan dengan aliran trafik di jalan sehala. - Sek. 16(3) LN 166/59
  • Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada simpang atau selekoh jalan. - Sek.12 (2) LN 166/59
  • Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 10 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(2)LN 166/59
  • Meletakkan kenderaan dalam lingkungan 30 kaki daripada pili bomba.- Sek. 12(3)LN 166/59
  • Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai dua garisan, satu garisan bersambung dan satu garisan putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
  • Meletakkan kenderaan di jalan yang mempunyai garisan bersambung/dua garisan, satu bersambung dan satu putus-putus.- Sek. 17B(3) LN 166/59
  • Nombor pendaftaran kenderaan tidak dipamerkan mengikut undang-undang/tidak mudahdicam/tidak disuarkan mengikut peruntukkan undang-undang. - Sek. 14(4) APJ 1987 1.1.12 
  • Tidak mempamerkan Lesen Kenderaan Motor/Cukai Jalan. Sek. 20(1) APJ 1987
  • Salinan pendua POl.170A yang telah ditulis itu dideraikan dari Pol.170A dan diletakkan pada wiper kenderaan atau ditempat duduk bagi motosikal.
2. Saman POL. 257
- Saman yang dikeluarkan secara langsung kepada pesalah trafik apabila kesalahan dikesan.

Apakah Itu Saman POL. 257

POL. 257 boleh digunakan dalam keadaan berikut:-
  • Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan/pengguna jalanraya yang ada bersama-sama pada masa kesalahan itu dilakukan
  • Diserahkan kepada mana-mana pemandu kenderaan selepas selesai satu-satu siasatan ke atasnya dijalankan.
  • Diserahkan kepada mana-mana pemandu atau tuanpunya kenderaan selepas tindakan susulan atau siasatan dijalankan ekoran dari pengeluaran Notis POL.170A/170/171


Jumaat, 24 Disember 2010

TAHUKAH ANDA !!! SEJARAH PENUBUHAN PASUKAN POLIS KEDAH


 
Sejarah Penubuhan Pasukan Polis Negeri Kedah Darul Aman

Kerja-kerja menangkap penjenayah dan menyediakan pegawai menjaga penjara dan alat-alat menghukum orang salah menjadi tanggungjawab Temenggung. Orang-orang yang membantu Temenggung ialah orang-orang yang melakukan kerja polis. Mereka juga dipertanggungjawab untuk menjalankan hukuman bunuh setelah dijatuhkan hukumannya oleh hakim. Orang-orang Temenggung juga memungut hasil mahsul untuk Sultan.

Oleh kerana Sultan yang melantik Temenggung menjalankan tugasnya, maka seluruh rakyat berdiri teguh menyokong Temenggung menjalankan tugasnya. Jadi, Temenggung mendapat kerjasama daripada ketua mukim, penghulu, tok kewing, imam dan orang sepuluh masjid.

Jika melibatkan orang-orang Cina umpamanya, Kapitan China yang dilantik oleh Sultan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada orang-orang Temenggung.

Negeri Kedah yang telah dijajah oleh Siam sejak lama dahulu menubuhkan pasukan polis, seperti yang terdapat di negara Thailand. Anggota-anggota "polis"nya tiada beruniform dan tiada latihan pada bidang-bidang berkawad, menggunakan senjata atau penegakan disiplin. Mereka ini dipangil mata-mata. Mata-mata membuat rondaan di sebelah malam seperti memeriksa orang berjalan tanpa jamung, orang yang enggan memperkenalkan diri dan berkelakuan ganjil di tengah malam. Ada juga orang yang bukan mata-mata diarahkan oleh Temenggung untuk membuat rondaan dalam pekan dan pelabuhan atau di dalam kampung supaya ringan sedikit tugas mata-mata. Orang yang meronda ini dipanggil "sembang". Sekarang "sembang" bermaksud berbual-bual pula iaitu kerja yang dilakukan oleh mata-mata dan bukan mata-mata ketika membuat rondaan.


Dalam bulan November 1870, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) telah melantik seorang Inggeris dari Singapura bernama Captain Pallet mengajar sekumpulan orang-orang Melayu menjadi "Sepahi". Boleh dikatakan Captain Pallet ialah ketua polis yang pertama di negeri Kedah. Di bawahnya dilantik pula beberapa orang Inspektor dari orang-orang Melayu juga.

Perkataan "Sepahi" ini berasal dari Parsi yang bermaksud tentera atau askar, bukan polis. British telah menubuhkan pasukan tentera dari orang-orang India yang berasal dari Punjab Benggala serta melatihkan mereka menggunakan senjata, berkawad dan berdisiplin serta memangil mereka "Sepoy". British membawa askar-askar "Sepoi" atau "Sepahi" ini berkhidmat di Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) dan juga Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan) sejak British menjejak kaki di negeri-negeri tersebut.

Lima belas orang Sepahi pernah diambil mengawal Kota Kuala Kedah dalam bulan Mei 1983. Mereka mempertahankan kota tersebut dari serangan Siam bersama-sama dua ratus orang satria Melayu di bawah arahan Tunku Muhammad Saad. Sepahi-Sepahi ini di arah menggunakan meriam membedil perahu-perahu Siam yang memasuki kuala. Sepahi-Sepahi ini tidak berganjak dari meriam-meriam mereka selagi ubat bedil dibawakan oleh orang-orang Melayu kepada mereka.

Malangnya apabila Sepahi-Sepahi ini melihat beberapa buah kapal perang British di pintu Kuala Kedah membantu orang-orang Siam, mereka bertindak meninggalkan kota dan terjun ke dalam sungai. Mereka tahu siapapun tidak akan menang menentang British. Malangnya lagi apabila Sepahi-Sepahi ini tidak pandai berenang, lima belas mayat mereka didapati tersadai di belat batang-batang nibung yang dipacak oleh kapal "Hyacinth" bertujuan menyekat-menyekat perahu-perahu Melayu dari laut, maksudnya dari Langkawi, Setol atau Merbuk, masuk membantu Tunku Muhammad Saad di dalam kota.

Tempat mayat-mayat Sepahi ini ditemui, dikenali hari ini sebagai "Alor Benggali".

Harapan Sultan Ahmad Tajuddin ialah hendak menubuhkan pasukan polis yang berdisiplin dan terlatih seperti Sepahi-Sepahi yang mengawal ketenteraman dan keamanan di negeri-negeri di bawah perintahan British. Captain Pallet membawa beberapa orang Sepahi ke Kedah untuk mengajar kawad dan menembak kepada beberapa orang Melayu dari kampung menganggotai pasukan polis Kedah. Dalam bulan Julai 1875, Captain Pallet diganti oleh seorang British lain dari Singapura yang bernama Captain Thorndale.

Captain Thorndale digantikan pula oleh Belanda Islam bernama Abdul Rahman Belanda dalam tahun 1880 iaitu beberapa bulan selepas Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah mangkat ke Rahmatullah. Abdul Rahman Belanda merupakan Penguasa Polis atau "Superintendent of Police" yang pertama beragama Islam. Dalam bulan Jun 1885, Abdul Rahman digantikan oleh seorang yang dipangil Captain Duyung. Captain Duyung berbangsa British tetapi ejaan namanya sebagai seorang dari Nusantara atau Belanda - de jong.

Pasukan Polis Kedah pada masa itu belum juga teratur dan sempurna betul kerana terdapat mata-mata yang bersubahat dengan penjenayah, bermain judi, menghisap mandat dan menerima rasuah.

Dalam tahun 1889, Sultan Abdul Halim Shah (1882-1943) melantik Tunku Bahadur Syah Ibni Tunku Dziauddin iaitu putera kepada Tunku Kudin Klang menjadi Inspektor Jeneral pasukan Polis Negeri. Seorang pegawai polis British bernama Ben Mitchell di arah membentuk sebuah kontijen polis militari mententeramkan pergaduhan-pergaduhan kongsi gelap di negeri Perak dan Pulau Pinang.

Ben Mitchell terus dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis Selatan dan Encik Ismail Bin Muhammad Hassan menjadi Pesuruhjaya Polis Utara berpejabat di Alor Setar.

Pasukan Polis Kedah meningkat prestasi apabila dua orang pegawai polis British dilantik menjadi Ketua Inspektor ("Chief Inspector") dalam tahun 1906. W.E. Speers menjadi ketua Inspektor di Kuala Muda dan P. F. Joyce menjadi Ketua Inspektor di Alor Setar.

Dalam bulan Jun 1907, Tunku Ibrahim, putera sulung Sultan Abdul Hamid dilantik menjadi Inspektor Jeneral menggantikan Tunku Bahadur Syah. Dalam tahun 1970 inilah Kerajaan Negeri membina bangunan pajabat polis berhampiran Penjara Lama berhadapan dengan Pejabat Pos Besar di Jalan Raja. Sebelum 1907, Pejabat Polis ialah di sebuah pintu bangunan di kedai di Jalan Pekan Melayu berhampiran Masjid Raja (Masjid Zahir sekarang).

Pemegang-pemegang jawatan inspektor ditambah lebih ramai dan tiap seorangnya diberi latihan di Pulau Pinang. Malahan pada masa itu ramai anak-anak Melayu Pulau Pinang menjadi inspektor polis di Kedah. Selain daripada itu, diambil juga inspektor-inspektor dari Negeri-Negeri Bersekutu berkhidmat di sini.

Tunku Ibrahim (Tunku Sulung) terpaksa meningalkan jawatan Inspektor Jeneral kerana ditabal menjadi Rejen atau Pemangku Sultan dalam bulan Julai 1913. Jawatan Inspektor Jeneral dipegang oleh pegawai awam bernama Tunku Ismail.

Dalam tahun 1909, Kedah menjadi sebuah negeri yang dinaungi oleh British dan tidak lagi dinaungi oleh Siam. Penasihat British yang pertama ialah W.G. Maxwell. Beliau membubarkan kontinjen polis Sikh dan meletakkan anggota-anggotanya di dalam polis biasa.

Ben E. Mitchell bersara dalam tahun 1910. Masa ini mata-mata dibayar sepuluh ringgit sebulan dan kopral mendapat lima belas ringgit. Pakaian seragam mereka ialah songkok bulat, baju kot tangan panjang dengan lima butang dari dada hingga ke leher. Seluarnya panjang hingga ke bawah lutut. Betis berpatis dan memakai kasut but.

W.E. Speers berkhidmat sebagai Ketua Inspektor di Kota Kuala Muda sejak 1906, akhirnya memberhentikan perkhidmatannya dalam tahun 1929 sebagai Pesuruhjaya Polis. Beliau berkhidmat selama 23 tahun dengan Kerajaan Kedah. Semasa beliau bertugas sebagai Pesuruhjaya Polis, W.E. Speers menubuhkan sebuah kontinjen khas polis Sikh yang dipanggil Polis Sepahi. Tugas mereka ialah mengawal istana Yamtuan dan Istana Rejen serta rumah kediaman Penasihat British.

Dalam tahun 1929, kekuatan Pasukan Polis Kedah yang dianggotai oleh orang Melayu dan Sikh, termasuk Ketua Inspektor dan Inspektor-Inspektor semuanya berjumlah 764 orang. Masa itu tidak ada polis trafik. Segelintir daripada 164 tadi ialah mata-mata gelap.

A.W. Hamilton datang menggantikan W.E. Speers dalam tahun 1929 dan berusaha meningkatkan disiplin dan kemahiran polis dalam bidang menembak, kawad dan meronda kawasan orang-orang ramai. Begitu juga diperkenalkan pengetahuan psikologi ketika menangkap penjahat dan orang gila. Di kawasan Kulim diletakkan seorang Pesuruhjaya Polis bernama P. K. Hazlitt.

Selepas ini Kedah dibahagikan kepada tiga kawasan polis di bawah tiga orang Pegawai Penguasa Polis, E.P. Colgan menjadi Pegawai Polis Penguasa di Alor Setar, A.F. Sheady menjadi Pegawai Penguasa di Kulim dan D.Kenny di Sungai Petani. D.Kenny juga menjadi Pegawai Penjara Cawangan Mata-Mata Gelap seluruh negeri berpejabat di Sungai Petani.

A.W. Hamilton tidak lama berkhidmat di Kedah. Minatnya kepada bahasa kebudayaan Melayu amat mendalam sehingga beliau pernah menyarungkan pakaian Melayu dan berserban masuk ke dalam Masjid Zahir bersembahyang Jumaat bersama-sama orang Melayu. Atas laporan dari Syaikul Islam, Tunku Mahmud menjadi Presiden Dewan Mesyuarat Negeri telah bertindak.

A.W. Hamilton ditukarkan ke negeri lain. Buku Pantun Kanak-Kanak iaitu "Nursery Rumes" dwi-bahasa Inggeris-Melayu karya A.W. Hamilton masih menarik dibaca. Beliau digantikan oleh Ketua Pegawai Penguasa Polis (C.P.O) yang baru : Penny - Father Evans yang tidak tahu berbahasa Melayu.

TAHUKAH ANDA !!! SEJARAH PASUKAN POLIS NEGERI PERAK


Pasukan Polis Perak bermula sejak akhir abad ke 10. Kemangkatan Sultan Ali telah menimbulkan keadaan kucar kacir di Negeri Perak kerana berlakunya perebutan takhta. Ketegangan juga berlaku akibat insiden yang dicetuskan oleh imigran-imigran yang semakin ramai. Untuk mengatasinya Menteri Larut telah menubuhkan Pasukan Polis yang dianggotai oleh 40 orang Melayu tetapi tidak dapat mengawal kekacauan yang dicetuskan oleh ahli kongsi gelap Cina. Kapten Tristram Speedy, kemudiannya membantu Menteri Larut membentuk Pasukan Polis yang lebih mantap pada akhir tahun 1873. Seramai 110 anggota Polis Punjabi dan Pathan dari di India beserta senjata api 'Krupp Guns'. Gabenor Sir Andrew Clerk yang mengambil keputusan untuk campur tangan Inggeris di Perak telah mengadakan Perjanjian Pangkor dalam bulan Januari 1874.

Residen Perak yang pertama ialah J.W.W Birch dan Kapten Tristram Speedy dilantik sebagai Penolong Residen. Pasukan Polis diperbesarkan menjadi 160 anggota termasuk beberapa orang Melayu dan Cina. Pasukan ini ditempatkan berhampiran Taiping. Campur tangan Inggeris di Perak menerima tentangan hebat pribumi tempatan. J. W. W. Birch telah dibunuh pada 2 November 1875. Pembunuhan J. W. W. Birch menyebabkan campur tangan secara langsung Inggeris dan dapat memperkukuhkan kedudukan Pasukan Polis.

Paul Swinburne telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pasukan Polis Perak yang pertama pada Disember 1876. Anggota Polis yang direkrut oleh Kapten Tristram Speedy diserap ke pasukan ini dengan tambahan beberapa anggota Polis Melayu dari Negeri-negeri Selat. Pasukan ini dikenali dengan nama 'Polis Bersenjata Perak' (Perak Armed Police). Sejak itu usaha untuk mewujudkan sebuah pasukan yang bersistematik telah bermula di mana Kompleks Balai Baru dibina di Tanjung Piandang, Kuala Larut dan Durian Sebatang. Pakaian seragam baru juga diperolehi dari England.

Keseimbangan kecekapan polis di bawah kepimpinan Paul Swinburne diteruskan oleh Kapten R.S.F. Walker dalam tahun 1882. Kapten Walker membentuk Pasukan Berkuda atau 'Mounted Battery‘ di bawah pimpinan Inspektor James Ma Keon. Satu prosedur penyiasatan yang bersistematik telah disusun oleh Walker dan Pasukan Polis terus berkembang.

Penglibatan Kapten Tristram Speedy dan seterusnya rakan Inggeris lain tidak dapat sepenuhnya mengubah sikap Masyarakat Melayu yang memandang negatif terhadap Pasukan Polis. Perlantikan Yang Teramat Mulia Raja Alang Iskandar sebagai Penolong PesuruhJaya Melayu pertama pada 1 Ogos 1905 turut mengubah pandangan orang-orang Melayu ketika itu. Yang Teramat Mulia Raja Alang Iskandar merupakan seorang Putera yang bersemangat dan mempunyai tingkah laku yang menyenangkan. Atas daya usaha dan kegigihan Baginda, pandangan negatif orang-orang Melayu terhadap Polis dapat dikikis dan Baginda telah dapat menarik pertambahan penglibatan orang Melayu. Bermula dari era tersebut Pasukan Polis Perak terus berkembang sehinggalah kemudiannya bersatu dengan Pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Jumaat, 17 Disember 2010

TAHUKAH ANDA ! KETUA POLIS NEGARA KE - 9

TAN SRI ISMAIL HJ OMAR

NAMA                 : TAN SRI HJ ISMAIL BIN HJ OMAR
ASAL                  : KULIM, KEDAH
TARIKH LAHIR : 17HB MEI 1953
ISTERI              : PUAN SRI SURIATI BIN MD SOBRI
ANAK                 : 2 ORANG
CUCU                 : 3 ORANG


Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar dilahirkan pada 17hb Mei 1953 di Kulim, Kedah. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) pada 13hb September 2010. Beliau merupakan KPN yang ke-9 menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang bersara pada 12hb September lalu. Beliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin dalam kalangan pegawai dan anggota bawahannya serta sangat berterus terang mengenai strategi dan cara pengurusannya untuk mencapai matlamat.

Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Amanat beliau, " Berkerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya".

"Saya akan berkerja berpaksikan kepada bidang kuasa yang diperuntukkan undang-undang dan memastikan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik bagi kesejahteraan seluruh rakyat dan Negara Malaysia."

REKOD PERKHIDMATAN

1971 - INSP PELATIH MAKTAB POLIS KUALA KUBU BAHRU
1972 - PEGAWAI PENYIASAT JENAYAH IPD SEREMBAN, NG SEMBILAN
1975 - PEGAWAI PENYIASAT JENAYAH IPD KUALA PILAH, NG SEMBILAN
1977 - PEGAWAI PENYIASAT TRAFIK IPD IPOH, PERAK
1978 - PEGAWAI PENYIASAT JENAYAH IPD KRIAN, PERAK
1980 - OC PUSAT LATIHAN KAW. LATIHAN TAIPING, PERAK
1983 - OC PUSAT LATIHAN LUAR PLP TAIPING, PERAK
1983 - PPP SIASATAN (U) TT JABATAN PENGURUSAN, BUKIT AMAN
1986 - PPP SIASATAN (U) TT JABATAN PENGURUSAN, BUKIT AMAN
1992 - TPP SIASATAN (S) TT JABATAN PENGURUSAN, BUKIT AMAN
1993 - DSP BANTUAN TEKNIK TT JABATAN PENGURUSAN, BUKIT AMAN
1993 - DSP RAYUAN TT JABATAN PENGURUSAN, BUKIT AMAN
1994 - PP MAHKAMAH IPD IPOH, PERAK
1996 - KETUA POLIS DAERAH IPD SPT, PULAU PINANG
1999 - ACP PENDAKWAAN/UNDANG-UNDANG JSJ, BUKIT AMAN
2004 - KETUA PEN PENGARAH II (BSJP) JSJ, BUKIT AMAN
2005 - TIMBALAN PENGARAH II JSJN , BUKIT AMAN
2006 - KETUA POLIS SELANGOR
2007 - PENGARAH PENGURUSAN BUKIT AMAN
2007 - TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
2010 - KETUA POLIS NEGARA ( 13hb September 2010 )

* Sumber daripada Akhbar Transisi Edisi 10 - OKTOBER bertarikh 08.10.2010 - 21.10.2010 atau di laman web www.transisi.com.my

Selasa, 7 Disember 2010

TAHUKAH ANDA ! KONSEP 4P | POLIS DIRAJA MALAYSIA |

Konsep 4P 
Merujuk kembali ungkapan pertama YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 13 September 2010, beliau berjanji akan bekerja berasaskan kepada 3 elemen,iaitu pertama; berpaksikan kepada bidangkuasa yang diperuntukan oleh undang-undang, kedua; memastikan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan ketiga; menentukan kesejahteraan rakyat dan negara.

Sebagai mengulas mengenai elemen ketiga-tiga ungkapan tersebut dalam memberi perkhidmatan terbaik, YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar pada 30 September 2010 telah melancarkan 4P iaitu satu hala tuju PDRM di bawah kepimpinan beliau sebagai kesinambungan kepada misi dan visi PDRM. YDH IGP Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar juga menyeru agar semua lapisan warga Polis Diraja Malaysia menjiwai serta melaksanakan Konsep 4P iaitu:

1. Protective
2. Performance and outcome oriented
3. Proactive
4. People oriented

Protective
Seorang pegawai polis hendaklah bersikap protective dan pelindung kepada semua lapisan masyarakat. Semangat (spirit) ini sebenarnya tersirat di dalam peruntukan Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, di mana peranan polis adalah untuk menjaga keselamatan, ketenteraman dan sebagai penguatkuasa undang-undang. Sebagai pelindung, PDRM seharusnya mampu menanam keyakinan kepada orang ramai dan seterusnya berupaya untuk mendapatkan penghormatan, sanjungan dan dihargai oleh masyarakat.

Performance and Outcome Oriented
Bakti seorang pegawai polis hendaklah berteraskan kepada keupayaan untuk melaksanakan tugas yang terbaik dan berprestasi tinggi. Menjadikan integriti sebagai amalan dan berpegang kepada motoTegas, Adil dan Berhemah. Demikian itu, organisasi berupaya untuk menjana hasil yang bermutu berasaskan kepada:

a. Penetapan sasaran (Target setting)

b. Petunjuk IndeksPrestasi (KPIs)

c. Pencapaian berperingkat yang boleh diukur (Milestone)

d. Keberhasilanberkualiti (Quality results)

Proactive
Menyedari cabaran semasa yang sentiasa berubah-ubah dari sudut senario politik, sosial, ekonomi dan sebagainya, maka PDRM perlu bersifat proaktif,kreatif dan inovatif dalam perlaksanaan semua bentuk tugas kepolisan.

People Oriented
Sejajar dengan konsep Gagasan 1 Malaysia, di mana モRakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakanヤ,maka segala urusan dan tugas adalah semata-mata untuk kesejahteraan rakyat.

Adalah menjadi hasrat YDH Ketua Polis Negara agar mesej ini dijadikan agenda utama dalam semua forum di peringkat kontinjen, formasi dan daerah.

PENGUMUMAN !!! | KADAR BARU KOMPAUN SAMAN TRAFIK |

BAGI MEREKA YANG MASIH MEMPUNYAI SAMAN, SEGERALAH BERBUAT DEMIKIAN KERANA PDRM TELAH MEMBUAT PAKEJ BARU UNTUK PEMBAYARAN SAMAN. SILA JELASKAN DALAM TEMPOH YANG DIBERIKAN KERANA KEGAGALAN ANDA BERBUAT DEMIKIAN ANDA TIDAK BERPELUANG MENDAPAT INSENTIF ATAUPUN DISKAUN TERHEBAT DI PASARAN.

KUNJUNGI LAMAN WEB WWW.RMP.GOV.MY UNTUK KETERANGAN LANJUT

Sabtu, 4 Disember 2010

RAKAN COPS | VERSI BARU |


APA ITU RAKANCOP?

RAKAN COP (Community Oriented Policing) adalah bererti rakan Polis. Ia merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalinkan hubungan yang kukuh antara Polis dan masyarakat bagi mewujudkan Bandar Selamat dengan slogan "Bersama Memerangi Jenayah". Maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Polis (CCC) yang beroperasi 24 jam melalui perkhidmatan telefon (hotline, SMS, MMS) dan komputer (e-mail dan website). Sehubungan itu, maklumat mengenai kemalangan jalan raya, kesalahan lalulintas atau kesesakan lalulintas juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Polis.

Menghantar Maklumat melalui SMS:

POLIS[negeri] [maklumat/aduan]
hantar ke DAPAT|32728

Untuk mendapat maklumat taip:
POLIS[negeri]

Pendaftaran Individu:
POLIS[negeri] DAFTAR [nama pengenalan]

Pendaftaran Unit(Kumpulan):
RAKANCOP UNIT WUJUD [nama unit]

Menyertai Unit:
RAKANCOP UNIT SERTAI [nama unit]

Menyemak pendaftaran:
RAKANCOP SEMAK

Berchat dengan RakanCOP lain:
RAKANCOP CHAT [nama/no ahli] [mesej]

Ubah nama:
RAKANCOP UBAH [nama pengenalan baru]

Tukar telefon
RAKANCOP TUKAR [no tel lama] [no tel baru] [no keahlian RakanCOP]

Menghantar MMS, mulakan mesej dengan:
POLIS[negeri] [mesej] hantar ke mms@dapat.com

HANTAR SEMUA SMS KE : DAPAT / 32728

SMS ID Negeri

Negeri SMS ID Negeri
KUALA LUMPUR KL
SELANGOR SL
PERLIS PL
KEDAH KD
PENANG PP
PERAK PK
MELAKA MLK
JOHOR JHR
TERENGGANU TRG
KELANTAN KTN
PAHANG PHG
SABAH SBH
SARAWAK SWK

PENGADUAN AWAM
Sila click link ini --->  

Rogol | Tips dan langkah pencegahan |




Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada peringkat umur yang masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol. Bagi yang masih hidup, mangsa akan membayangkan kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka.

Bagi menghindari rogol, sedikit tips pencegahan digariskan agar kaum wanita boleh berwaspada sentiasa:-
 
Bagaimana boleh berlaku?

  • Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi
  • Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
  • Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
  • Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.

Bagaimana mengelakkannya?

  • Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
  • Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.
  • Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
  • Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesen bas dan sebagainya).
  • Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.

Apakah langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa rogol?

  • Sentiasa gunakan jalan yang dilalui oleh orang ramai, jangan mengikut jalan yang dekat tetapi gelap dan sunyi.
  • Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai.
  • Berpakaian dengan sempurna kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik perhatian perogol.
  • Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali/baru dikenali.
  • Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi
  • Elakkan balik rumah larut malam dan berseorangan.
  • Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan lain atau tidur di perhentian bas.
  • Biasakan diri bersiar-siar atau berjoging dalam kumpulan.
  • Ibu bapa atau penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan pergi ke kedai untuk membeli barang berseorangan.
  • Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.
  • Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk melepaskan diri.
  • Lapor kepada polis dengan segera apabila anda diganggu.

Jika Berlaku Ancaman

  • Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
  • Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
  • Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
  • Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan.  Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
  • Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
  • Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.
 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB