Khamis, 27 Januari 2011

SASARAN PENURUNAN KADAR KEMALANGAN JALAN RAYA PADA MUSIM PERAYAAN TAHUN BARU CINA


PETALING JAYA, 26 Januari 2011 - Ops Sikap ke-23 diharapkan dapat menurunkan kadar kemalangan maut pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini. Berikut adalah harapan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Polis DiRaja Malaysia (PDRM), YDH CP Dato' Khalid Abu Bakar berkenaan objektif utama Ops Sikap ke-23 yang dilancarkan di Dewan Bankuet, Bangunan Persada PLUS di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mewakili PDRM turut mengharapkan usaha-usaha seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang demi memastikan matlamat untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini tercapai. Menyentuh mengenai Ops Sikap ke-23, YDH Dato' Khalid turut menjelaskan pada musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, dijangkakan jumlah kenderaan yang lebih banyak di jalan raya dan ini menyumbang kepada peningkatan risiko berlakunya kemalangan.

Sehubungan itu, PDRM sentiasa berusaha mengambil langkah sewajarnya dalam mengurangkan kadar kemalangan serta memastikan pengguna jalan raya sentiasa berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya. Menurutnya lagi, daripada statistik Ops Sikap ke-19 pada 2009, jumlah kemalangan adalah sebanyak 14,618 kes dengan jumlah kemalangan maut sebanyak 198 kes yang melibatkan kematian seramai 212 orang berbanding Ops Sikap ke-21 pada 2010, jumlah kemalangan adalah sebanyak 14,183 kes, iaitu penurunan sebanyak 435 kes dengan jumlah kemalangan maut sebanyak 179 kes, menunjukkan pengurangan 19 kes berbanding tahun 2009.
Tahun 2010 juga mencatatkan kematian seramai 201 orang, menunjukkan pengurangan seramai 11 orang dan kali ini, PDRM telah menyusun beberapa strategi yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya melalui pendekatan secara stategik 'creative enforcement' dengan penglibatan pegawai dan anggota polis dari pelbagai cawangan.

PDRM akan melaksanakan tugas secara;
- rondaan dengan kehadiran polis di sektor Ops Sikap.
- Strategi dan penguatkuasaan sepanjang ops adalah berterusan dan dilakukan secara 'overt dan covert'. 
- Penekanan penguatkuasaan 'POBC' (Perception Of Being Caught) terhadap motosikal, motokar dan juga pejalan kaki.

Dalam konteks ini juga, PDRM juga akan memfokuskan kepada 6 kesalahan di sepanjang Ops Sikap 23 ini; 
 - kemalangan jalan raya.
 - pemanduan yang melebihi had laju. 
 - tidak mematuhi isyarat lampu merah.
 - memotong garisan berkembar.
 - memotong barisan
 - menggunakan lorong kecemasan.

Selain daripada itu, PDRM juga akan menggunakan 19 menara pemerhati polis untuk membuat pemantauan di jalan-jalan persekutuan dan juga di lebuh raya serta mempertingkatkan rondaan penguatkuasaan trafik dan sekatan jalan raya dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, PLUS, St. John Ambulance, Persatuan Bulan Sabit Merah, Miros dan lain-lain lagi.
 
Kesedaran juga dipupuk kepada pengguna jalan raya dengan memberikan nasihat kepada pesalah-pesalah trafik yang telah disaman, dengan harapan akan memotivasikan mereka supaya lebih berhemah di masa hadapan.  YDH CP Dato' Khalid juga menekankan pentingnya fokus strategi Ops Sikap dengan konsep 'creative inforcement' bagi memberikan perkhidmatan kepada pengguna jalan raya dalam konteks 'omni presence of police'- kerjasama masyarakat dalam membendung berlakunya kemalangan.

Di akhir ucapannya, beliau menyarankan pengguna jalan raya mengambil inisiatif dengan mematuhi segala peraturan jalan raya bukan hanya ketika melihat kehadiran polis, tetapi setiap kali berada di jalan raya, sepertimana slogan Ops Sikap - 'Selamat Sampai Di Destinasi'.

Muzium Bukit Kepong - Abadikan semangat juang pasukan polis


Sebut saja Peristiwa Bukit Kepong yang berlaku berhampiran Muar, Johor, pasti ramai yang mengetahui tragedi sedih tersebut.Apa tidaknya, ramai anggota polis termasuk keluarga dan anak-anak mereka terbunuh akibat serangan pengganas komunis yang tidak berhati perut itu. Namun, kematian anggota-anggota polis serta keluarga mereka itu tidak sia-sia. Mereka telah mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dengan mempertaruhkan nyawa sendiri.

Peristiwa Bukit Kepong yang berlaku pada 23 Februari1950 itu juga memperlihatkan bahawa anggota-anggota polis itu berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Malah, lebih menarik lagi ketika berjuang mempertahankan serangan hampir 200 pengganas komunis itu, keluarga anggota-anggota berkenaan turut mengangkat senjata dan berjuang bersama suami masing-masing. Setiap detik yang berlaku ketika Peristiwa Bukit Kepong itu merupakan sejarah amat bermakna kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Lipatan sejarah itu telah mengangkat martabat pasukan polis.

Moral daripada peristiwa itu ialah setiap anggota polis sanggup mempertahankan negara walaupun nyawa sendiri terkorban. Dengan kata lain, mereka berjuang demi bangsa, negara dan agama. Inilah kenyataan yang tidak boleh dikikiskan daripada lipatan sejarah tersebut. Namun, sejarah yang berlaku itu mungkin diketahui dan dihayati oleh kebanyakan generasi lama terutama pasukan keselamatan sendiri.

Persoalannya apakah generasi muda kini memahami serta menghayati sepenuhnya Peristiwa Bukit Kepong itu?. Apakah kalangan generasi muda itu mengambil inisiatif untuk mengenai melalui pembacaan buku-buku berkaitan peristiwa yang berlaku? Apa pun jawapannya, tepuk dada tanya selera.

Namun, usaha-usaha kini dilakukan oleh PDRM untuk mengabadikan peristiwa tersebut. Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Saharudin Samsudin berkata, PDRM dalam perancangan untuk membina Muzium Bukit Kepong di tapak bekas balai polis berkenaan. "Muzium Bukit Kepong itu sebagai mengabadikan fakta sejarah perjuangan polis ketika mempertahankan balai Bukit Kepong dari serangan pengganas komunis.

"Muzium itu juga sebagai bukti bahawa pasukan polis sanggup berjuang hingga titisan darah terakhir tanpa merelakan balai polis ditawan oleh pihak musuh. "Ia juga membuktikan bahawa setiap anggota polis tidak pernah terlintas untuk menyerah diri ketika berhadapan dengan situasi sedemikian,'' katanya.

 

Pembinaan Muzium Bukit Kepong itu dirasakan tepat pada waktunya walaupun sejarah tersebut sudah berlalu sekian lama. Melalui muzium itu juga, PDRM dapat mengekalkan fakta yang berlaku untuk dihayati oleh generasi-generasi akan datang. "Penghayatan terhadap peristiwa yang berlaku itu juga amat penting bagi generasi muda dalam pasukan polis sendiri. "Kita mahu setiap anggota polis generasi muda mengetahui perjuangan orang-orang sebelum mereka. "Kita mahu semangat perjuangan anggota-anggota terdahulu bukan sahaja dikenang, malah dijadikan idola serta perangsang oleh setiap anggota polis generasi masa kini,'' katanya.

Menurut Saharudin, langkah mewujudkan Muzium Bukit Kepong antara lain mengekalkan fakta sejarah supaya tidak luput. "Jika bahan-bahan serta fakta sejarah mengenai peristiwa itu tidak diabadikan, kemungkinan orang akan lupa. "Kita mahu, apabila disebut sahaja Peristiwa Bukit Kepong, orang akan mengingatinya sebagai satu lipatan sejarah yang amat ternilai.

"Melalui muzium itu nanti, PDRM mahu ketengahkan bahawa semangat juang yang ditunjukkan setiap anggota polis ketika itu telah membawa kepada negara mencapai kemerdekaan dan seterusnya kita bebas dari ancaman pengganas komunis. "Perjuangan pasukan keselamatan itu sebenarnya telah memberi penghidupan baru kepada setiap rakyat untuk hidup dengan aman dan tenteram,'' katanya. Beliau berkata, PDRM juga merancang supaya Peristiwa Bukit Kepong itu dididik di peringkat sekolah. Jelasnya, pegawai-pegawai PDRM yang memberi ceramah di sekolah-sekolah akan menyelitkan peristiwa yang berlaku.

"Melalui langkah ini, PDRM dapat mendidik golongan pelajar sekolah mengenai semangat juang yang dipamerkan oleh anggota-anggota polis. "Kita harap langkah ini juga dapat menyemaikan rasa cinta dan sayang generasi muda terhadap keamanan yang dikecapi masa kini,'' katanya. Saharudin berharap, melalui Muzium Bukit Kepong itu, orang ramai dapat menghargai perjuangan pasukan polis."Jika sejarah Perang Dunia Kedua ramai yang tahu kejayaan pasukan Bersekutu seperti Amerika Syarikat, kita juga mahu rakyat dan pelancong asing tahu Peristiwa Bukit Kepong."Muzium Bukit Kepong ini adalah mengenai semangat juang, pengorbanan dan jati diri anggota-anggota polis dalam mempertahankan negara,'' katanya.

Ahad, 23 Januari 2011

INSURANS KOPERASI PDRM DINAIKKAN KADAR PRIMIUM BARU -


INSURANS SKIM TAKAFUL KEMASUKAN HOSPITAL DAN PEMBEDAHAN BERKELOMPOK (KOP PERUBATAN KPD) TELAH MENCADANGKAN HARGA PREMIUM BARU BAGI SKIM INI
KENAIKAN KADAR PRIMIAM UNTUK SKIM INSURANS KOP PERUBATAN TELAH DINAIKKAN SEPERTI JADUAL DIBAWAH :-

PELAN
KATEGORI
KADAR PRIMIAM LAMA
(RM)
KADAR PRIMIAM BARU
(RM)
A
AHLI SAHAJA
RM 42.00
RM 67.00
B
AHLI DAN PASANGAN
RM 88.00
RM 168.00
C
AHLI DAN ANAK-ANAK
RM 128.00
RM 168.00
D
AHLI DAN KELUARGA
RM 169.00
RM 267.00

PENAMBAHBAIKAN SERTA PENINGKATAN MANFAAT ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

BIL
MANFAAT
MANFAAT LAMA
MANFAAT BARU
1
BILIK HOSPITAL & MAKAN
( SEHINGGA 150 HARI )
RM 125.00 / SEHARI
RM 160.00 / SEHARI
2
UNIT RAWATAN RAPI
( SEHINGGA 30 HARI )
RM 250.00 / SEHARI
RM 300.00 / SEHARI
3
ELAUN TUNAI DI HOSPITAL KERAJAAN
( SEHINGGA 150 HARI )
RM 100.00 / SEHARI
DIKEKALKAN

ANDA BOLEH MENERUSKAN ATAU BERHENTI DARI MENYERTAI SKIM INI DENGAN MENGHANTAR EMAIL ATAU BERHUBUNG TERUS DENGAN KPD SEPERTI DIBAWAH : 

JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN MAHUPUN KEMUSYIKILAN ANDA BOLEH BERHUBUNG TERUS MELALUI EMAIL : INSURANS@KPD.COM.MY ATAU MELALUI TALIAN TELEFON 03-22749299 SAMBUNGAN 181/182/147/153/166/141/136 FAKS : 03-22731181

ATAU ANDA BOLEH LAYARI LAMAN WEB RASMI KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD DI :-

Sabtu, 1 Januari 2011

TAHUKAH ANDA !!! MAKNA LAMBANG PDRM

Lambang PDRM yang digunapakai sekarang mempunyai signifikan dan pengertian tersendiri. Bulan bintang melambangkan Islam sebagai Agama Rasmi Negara. Kalimah Allah melambangkan unsur keimanan sebagai wadah kedaulatan Agama Islam. Mahkota mencerminkan bahawa Pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu penghormatan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di atas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada Pasukan. Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Parang Elang atau Kelewang melambangkan negeri Sabah dan Sarawak. Harimau melambangkan keberanian dan ketangkasan dalam menghadapi cabaran musuh. Bunga padi melambangkan makanan asasi serta kemakmuran negara. Motto "POLIS DIRAJA MALAYSIA" menunjukkan ketinggian semangat serta keazaman anggota Pasukan.

Bulan dan bintang

Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Mahkota

Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. PerkataanAllah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah Saws.jpg sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

Keris dan parang

Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.

Kepala harimau

Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.

Bunga padi

Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.

Moto

Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.
 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB