Rabu, 30 Mac 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA KETUA POLIS DAERAH IPOH

Majlis Kejohanan Bolasepak PDRM


IPD IPOH - Majlis Kejohanan Bolasepak PDRM telah diadakan pada 26 - 27 Mac 2011 di Ipoh Padang, Ipoh di mana beberapa pasukan dari Balai - balai Polis telah mengambil bahagian di dalam daerah Ipoh. Juara pada kejohanan tersebut adalah pasukan gabungan daripada Balai Polis Sg. Senam dan Kg. Simee.

Pada 27 Mac 2011 jam 4.00 petang bertempat di Ipoh Padang, Ipoh telah diadakan satu perlawanan persahabatan Bolasepak di antara Pasukan Menteri Besar Perak dan Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (veteran) yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman bin Alias dan beberapa pegawai kanan serta anggota dari balai dalam daerah Ipoh. Majlis penutup telah dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Timbalan Ketua Polis Perak, Ketua-ketua Bahagian dan beberapa tetamu jemputan. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah menjadi juara dan tingkatkan lagi usaha kepada yang kurang berjaya.


KETIBAAN MENTERI BESAR PERAK
DATO' DR ZAMBRY ABD KADIR



MENTERI BESAR PERAK MENERIMA PLUK KENANGAN
DARIPADA KETUA POLIS DAERAH IPOH

JUARA - BALAI GABUNGAN SG SENAM.

Jumaat, 25 Mac 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI POLIS KE -204

Kami Bersama Anda : Komited untuk menentukan keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Terima kasih di atas sokongan yang anda semua berikan kepada kami, Polis Diraja Malaysia...Selamat Menyambut Hari Polis ke - 204 Tahun !!!

 
 
Perutusan Ketua Polis Negara :
Saya dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Global Peace Index telah meletakkan Malaysia ditangga ke-22 daripada 149 negara yang paling selamat di dunia, berbanding dengan kedudukan ke-38 pada tahun 2008 dan ke-26 pada tahun 2009. Di peringkat Asia Pasifik pula  negara kita berada di tempat ke 4 di belakang  New Zealand, Japan dan Australia. Ini merupakan satu pencapaian yang memberangsangkan dan kita akan memastikan prestasi ini dapat dipertingkatkan pada masa akan datang.

Dalam konteks keyakinan masyarakat dan rasa takut menjadi mangsa jenayah, kajian yang dijalankan oleh Taylor Nelson Sofres (TNS) Research International Malaysia mendapati keyakinan masyarakat terhadap PDRM telah meningkat kepada 55.8% dalam tempoh suku terakhir tahun 2010 berbanding 42.2% bagi tempoh suku kedua tahun 2010. Sementara itu, dalam tempoh suku terakhir tahun 2010, rasa takut menjadi mangsa jenayah telah menurun kepada 52.8% berbanding 55.1% bagi tempoh suku kedua tahun 2010.

Pendekatan kita berinteraksi dengan masyarakat secara face to face dan amalan stop and talk dilihat sebagai satu kaedah yang sesuai untuk mendampingi rakyat bagi meraih kerjasama di dalam mendapatkan maklumat serta pencegahan jenayah. Pewujudan Facebook merupakan satu sumber yang boleh memberi ruang yang lebih bebas kepada orang ramai untuk berinteraksi dengan PDRM.

Ucapan YB Dato’ Seri Hishamuddin B Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri sempena Perbarisan Sambutan Hari Polis ke 204:

Antara kandungan ucapan.

"Dalam melaksanakan tugas, rakyat mengharapkan anggota yang mesra rakyat dan bersifat membantu. Bagaimanapun dalam menghadapi penjenayah dan pihak yang sengaja mencabar undang-undang, rakyat inginkan PDRM bertindak tegas dalam melaksanakan tugas tanpa pilih kasih. Jangan biarkan mana-mana anggota mencemarkan imej pasukan polis. Bad apples dalam pasukan mesti diperangi dan disingkirkan segera. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, jangan sampai mereka yang sedikit ini merosakkan segala usaha yang telah dibina. Aspek menambah baik kebajikan anggota dan pegawai PDRM telah dilihat secara menyeluruh dari pelbagai sudut merangkumi soal elaun, kenaikan pangkat, beban tugas, penstrukturan koperasi polis dan infrastruktur serta perkakasan yang diperlukan.Saya tidak mahu anggota kita terus bekerja dalam persekitaran yang bukan sahaja tidak kondusif, malah boleh membahayakan diri mereka. Perlu ada peningkatan dari segi perkakasan, agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan memberikan mereka kelebihan ke atas penjenayah.

Sebagai usaha untuk meningkatkan keselesaan anggota polis dan keluarga mereka, saya telah meminta Tan Sri Ismail untuk melihat keperluan perumahan yang lebih baik kerana saya tidak mahu lagi anggota polis dan keluarga mereka tinggal dalam unit yang hanya mempunyai 2 bilik. Usaha-usaha akan dibuat untuk memperkasa, memperkemas serta mengstrukturkan semula koperasi Polis Diraja Malaysia (KPD) agar dapat menjadi payung dan entiti pelaburan serta pendidikan kepada anggota dan anak-anak anggota sekali gus memastikan anggota dan anak-anak anggota mendapat pulangan dan pembelaan yang sewajarnya daripada koperasi ini.
Usaha terkini sedang dijalankan oleh KDN bagi memperkukuhkan skim di bawah PDRM supaya menjadi lebih kompetetif dan berdaya maju, bukan sahaja melibatkan pegawai kanan PDRM tetapi juga perlu lebih menyeluruh melibatkan perubahan gaji matriks dan elaun-elaun di kalangan pegawai rendah polis (PRP) dan Konstabel. Skim perkhidmatan yang akan diperkenalkan ini bertujuan menambah baik dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kelayakan masuk, penggredan semula struktur pangkat, struktur gaji matriks, dan imbuhan tetap sejajar dengan saranan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM bagi memastikan Skim Perkhidmatan Polis sentiasa relevan dan berdaya saing berbanding Skim Perkhidmatan yang lain".

PDRM perlu bersatu sebagai satu pasukan dan bercakap dalam satu nada dan satu suara. Hanya dengan kesatuan fikiran dan tindakan serta melaksanakan tugas sejujur-jujurnya sahaja, tuan-tuan dan puan-puan dapat menjadikan PDRM telus dan berwibawa seperti yang diharapkan oleh rakyat dan seterusnya dapat kita angkat sebaris dengan pasukan polis terbaik di dunia".

Khamis, 24 Mac 2011

Memantapkan lagi Unit Kereta Peronda (MPV) PDRM

Cheras - 21 Mac 2011

Unit Kereta Peronda (MPV) berfungsi sebagai barisan hadapan  (front liner), yang bertindak sebagai first-responder PDRM dan mengendali serta menangani segala kejadian yang dilaporkan kepada pihak Polis melalui Pusat Kawalan DCC/CCC dan MCC.


Unit Kereta Peronda ini juga bertindak sebagai penggerak utama dalam konteks pencegahan jenayah melalui konsep police omni-presence, mobile information centre, mobile bit base, face to face reporting, stop and talk serta sebagai Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTP).


Semenjak tahun 2004 hingga 2008, terdapat 9 bengkel yang dianjurkan oleh Cawangan Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, telah berjaya menghimpunkan arahan-arahan/prosedur kerja MPV. Pada tahun 2008, arahan-arahan/prosedur kerja MPV yang telah dikumpulkan itu telah disusun semula untuk dijadikan sebagai satu Kod Tugas (Codified Task) yang standard.


Selaras dengan itu, YDH Ketua Polis Negara telah mengarahkan supaya ditubuhkan satu jawatankuasa untuk menyemak dan menilai  arahan-arahan/prosedur kerja MPV yang telah disusun pada awal bulan Mei 2009. Jawatankuasa yang ditubuhkan itu dinamakan Jawatankuasa Penyemak dan Penilai yang terdiri daripada wakil-wakil cawangan dari Bukit Aman, Kontinjen dan Daerah.


Pagi ini, bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Ibu Pejabat Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras, satu taklimat  dari Jawatankuasa Penyemak/Penilai kepada YDH Timbalan Ketua Polis Negara yang mewakili YDH Ketua Polis Negara iaitu Taklimat Deraf Cadangan Penambahan Perintah Tetap Ketua Polis Negara A 112A - Unit MPV.


Taklimat telah disampaikan oleh Superintendan Mohd Anuar bin Osman, Penolong Pengarah Gerakan, Jabatan KDN/KA. Antara yang disampaikan ialah Tambahan A 112A-Unit MPV yang menyentuh Bab I: Pentadbiran dan Penyelarasan, Bab II: Titik Cetus (Flash Point) dan Bab III: Standard Operating Procedures (S.O.P).


Sebanyak 51 perkara arahan-arahan/prosedur kerja MPV yang merupakan S.O.P/M.P.K terdapat pertindihan beberapa arahan. Setelah disemak oleh Jawatankuasa Penyemak/Penilai, hasil dari 9 bengkel yang diadakan, arahan-arahan/prosedur kerja MPV dijadikan sebagai 14 perkara. Disamping itu Jawatankuasa Penyemak/Penilai berpendapat 4 lagi S.O.P / M.P.K juga perlu diberi tumpuan iaitu semasa tindakan 'hot pursuit', pemintasan dan sekatan, menahan, memeriksa dan menangkap kenderaan/individu dan tindakan di tempat kejadian yang dilaporkan baru berlaku.


Sementara itu, objektif Perintah Tetap Unit MPV ini adalah untuk memantapkan Urus Tadbir Modal Insan dan Harta Modal bagi peningkatan imej PDRM (image building), memperkasakan kapasiti pengetahuan dan kemahiran (capacity building) dan melaksanakan tugas berdasarkan Konsep 4P sebagai dasar transformasi dari perspektif budaya kerja PDRM bagi mencapai dan meningkatkan mutu perkhidmatan.


Turut hadir di majlis ini ialah YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan, YDH  Dato' Timbalan-timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.


Setelah selesai taklimat, YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah dibawa melawat pameran prototype cadangan kereta peronda berkonsep baru serta presentasi peralatan Patrolmen MPV dan kenderaan MPV oleh vendor-vendor, antaranya ialah Naza Kia, Proton, UMW Toyota Motor, SGT Power, Lava Systems dan Salisa Trading Sdn. Bhd.

Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara disambut oleh YDH Pengarah-pengarah PDRM dan Pegawai-pegawai Kanan di Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Cheras

YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan

Bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara sebelum memulakan mesyuarat

YDH Timbalan Ketua Polis Negara menandatangani Buku Pelawat 

Antara yang hadir mesyuarat pada pagi ini

Ucapan aluan oleh YDH CP Dato' Khalid Bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA)

Taklimat Jawatankuasa Penyemak/Penilai S.O.P & M.P.K, MPV disampaikan oleh YDH Supt. Mohd Anuar bin Osman, Penolong Pengarah Gerakan JKDNKA 

Mesyuarat pagi yang dipengerusikan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Antara AJK yang terlibat di dalam Taklimat Deraf Cadangan Penambahan Perintah Tetap Ketua Polis Negara A 112A - Unit MPV.


Presentasi peralatan Patrolmen MPV dan Kenderaan MPV 

MPV model Proton Inspira yang diubahsuai dengan kelengkapan moden dan canggih

Kia Sportage..Prototype kereta peronda berkonsep baru

Kereta Kia Forte...antara cadangan memantapkan kenderaan Unit MPV

Canggih...Sistem live view menerusi perakam video yang dipasang pada kereta MPV, disalurkan terus menggunakan jalur tanpa wayar ke Pusat Kawalan 

Antara yang dipamerkan...Papan tanda digital "Berhenti, Pemeriksaan Polis"

Antara alat tambahan kelengkapan krew MPV yang dicadangkan

Magnum Spikes..kenderaan yang melanggar MS akan berhenti dalam jarak tidak lebih 275 meter 

Mendengar penerangan daripada Vendor

Toyota Camry yang diubahsuai menjadi kenderaan MPV

Antara peralatan tambahan yang terdapat di dalam kenderaan Toyota Altis

Sistem perkomputeran canggih di dalam Proton Inspira

Dalaman Kia Forte

MPV Inspira..Dinding penghalang dan ruangan yang sempit bagi menghadkan pergerakan penjenayah yang ditangkap 

Set kelengkapan dimuatkan di dalam beg khas semasa tugas

Dilengkapi dengan litar perakam

Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan

Jurufoto/Penyunting  : L/kpl Edwind Indo

Sumber Daripada : LAMAN RASMI PDRM

Isnin, 21 Mac 2011

PERSATUAN SKUAD 69 PDRM

Persatuan Skuad 69 PDRM akan mengadakan Mesyuarat Agong kali ke 4, pada 02 April 2011, bertempat Maktab Polis Di Raja Malaysia , Cheras, Selangor.

Persatuan Skuad 69 PDRM akan mengadakan Mesyuarat Agong kali ke 4, 
Pada 02 April 2011, 
Bertempat Maktab Polis Di Raja Malaysia , Cheras, Selangor.
Semua anda bekas 69 atau bekas bukan 69 di jemput sama-sama hadir dan daftar sebagai ahli. Anda boleh hubungan Pengerusinya 
SI (B) 49541 Hashimi Haron , 
SI (B) Hj Alias Abd Rahman 
tel 012... 3893991 atau 019 2788263, 016 3305120

Selasa, 15 Mac 2011

ULANGTAHUN PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA KE 204


TajukMajlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun
DeskripsiY.A.B Perdana Menteri Malaysia dijangka akan hadir di Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun
DaripadaCawangan Perhubungan Awam
Tarikh Mula24/03/2011
Tarikh Tamat24/03/2011
TempatMasjid Bukit Aman

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun

Tarikh    : 24 Mac 2011
Masa      : 7.00 petang
Tempat  : Masjid Bukit Aman
 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB