Jumaat, 27 Mei 2011

Proton Inspira Sebagai Kereta Peronda Polis


Shah Alam, Selangor. 25 Mei 2011 - PROTON Holdings Berhad telah menyumbangkan sepuluh unit Proton Inspira 1.8 L (manual) kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk kegunaan pihak polis dalam melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. 

YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar telah menerima sumbangan kereta peronda tersebut daripada Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, YBhg. Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di Litar Ujian PROTON.

Di majlis ini juga, seramai 200 orang tetamu turut hadir, antaranya YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan pihak pengurusan PROTON.

Sempena majlis ini, PROTON Holdings turut memperagakan model PROTON Inspira 1.8L dipandu uji oleh pihak PDRM untuk kegunaan tugas seharian mereka. Ini adalah sebahagian dari usaha kedua-dua pihak untuk menguji prestasi dan kemampuan Proton Inspira serta mendapatkan maklumbalas untuk inisiatif PROTON dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PDRM dalam membangunkan prototaip kereta peronda polis dari model Proton Inspira.

Berbeza dengan sesi pandu uji kereta yang biasa dilakukan oleh pelanggan, kereta peronda ini telah dipandu uji oleh PDRM sendiri bagi menentukan kesesuaian model kereta mengikut kesesuaian tugas seharian. Disamping ujian terhadap prestasi dan kemampuan serta pemanduan dan pengendalian dalam menangani sitiuasi tugas mencabar, kereta ini juga telah diubahsuai mengikut spesifikasi serta kelengkapan yang digunakan oleh sebuah kereta peronda polis. 

Sehubungan dengan perkara ini, PROTON telah mengambil inisiatif untuk mengubahsuai sepuluh Proton Inspiranya untuk dijadikan kereta peronda polis sebelum ianya disumbangkan kepada PDRM. Kereta tersebut dilengkapi sistem lampu amaran dan siren bersepadu, pelekat pembalik cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak.

"PROTON sentiasa komited dalam menambahbaik kualiti produknya dengan setiap model baru yang dikeluarkan. Di dalam konteks ini, pihak PDRM pastinya akan turut berkongsi manfaat daripada usaha penambahbaikan ini apabila model terbaru tersebut dijadikan kereta peronda. Kami berharap Proton Inspira, dengan kemampuan prestasinya serta tahap pemanduan dan pengendaliannya yang mantap, akan dapat memenuhi keperluan dan kesesuaian demi membantu pihak PDRM menjalankan tanggungjawab mereka," kata Dato' Seri Syed Zainal dalam ucapannya.

Di majlis tersebut juga, PROTON turut mengumumkan hasrat syarikat itu untuk berkerjasama dengan PDRM dalam mengurangkan kadar berlakunya jenayah. Melalui kerjasama ini, PROTON akan melaksanakan beberapa inisiatif utama seperti melancarkan kempen kesedaran kepada pelanggannya. PROTON juga akan menjalankan kempen untuk mengalakkan lebih ramai kakitangannya untuk mendaftar sebagai sukarelawan Rakan COP. Melalui inisiatif ini, PROTON akan menjemput wakil dari PDRM untuk memberikan penerangan serta membuka kiosk pendaftaran di kawasan kilang dan pejabat PROTON serta anak-anak syarikatnya. Setakat ini, keahlian Rakan COP di Proton Tanjung Malim telah mencecah seramai 980 orang dan merupakan ahli yang paling ramai di antara syarikat-syarikat di negeri Perak.

Disamping itu, YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada PROTON Holdings kerana telah menyumbangkan sepuluh buah kereta peronda polis model Proton Inspira kepada PDRM.

"Kereta peronda polis atau MPV (Mobile Patrol Vehicle) merupakan barisan hadapan PDRM, dan jumlah MPV yang mencukupi sangat penting bagi membolehkan PDRM meningkatkan kehadiran polis atau "omnipresence" di sesuatu tempat, bagi tujuan meningkatkan keberkesanan mencegah jenayah serta menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Kehadiran MPV dapat memberi keyakinan dan keselesaan kepada orang ramai bahawa keselamatan dan ketenteraman awam di sesuatu tempat itu, adalah terkawal dan mendapat perhatian polis, sekaligus dapat mengurangkan kemungkinan berlaku kejadian jenayah." kata YDH Ketua Polis Negara dalam ucapannya.

Majlis tersebut juga telah diserikan dengan persembahan demonstrasi istimewa daripada pihak PDRM dan pihak Proton, menunjukkan kebolehan dalam situasi yang memerlukan kecekapan pemanduan, pengendalian serta prestasi kelajuan yang tinggi.

YBhg. Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir memberikan ucapan.
YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar turut memberikan ucapan balas.

Antara demonstrasi yang diadakan.





YBhg. Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyerahkan replika kunci kepada YDH Ketua Polis Negara.

YDH Ketua Polis Negara menunjukkan isyarat bagus setelah memeriksa kenderaan tersebut.

YBhg. Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara di akhir majlis tersebut.

Kereta Peronda Polis (MPV) terbaru.

Wartawan/Jurufoto: L/Kpl Shareel
Jurufoto : L/Kpl Helmi
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahlan

Khamis, 26 Mei 2011

KENDERAAN BARU PDRM - PROTON INSPIRA

TAHNIAH BUAT WARGA POLIS DIRAJA MALAYSIA DIATAS KEPENTINGAN MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN SEJAJAR DENGAN KEHENDAK KERAJAAN UNTUK MENGURANGKAN KADAR JENAYAH DI MALAYSIA. DENGAN PEMBAHARUAN UNIT-UNIT KENDERAAN MPV ( MOBILE PATROL VEHICHLE) INI MAKA MENINGKATLAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT MUTU KEUNGGULAN PDRM SEBAGAI PENGUATKUASA NO.1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA.

KINI WARGA PDRM TELAH MENGORAK LANGKAH KE ARAH MASA DEPAN YANG LEBIH EFISIEN DAN PRODUKTIF DENGAN KENDERAAN YANG LEBIH BARU DAN CANGGIH. PROTON INSIPIRA KINI TELAH MENJADI SALAH SATU  GADJET POLIS UNTUK MEMBANTERAS JENAYAH. ANGGAPLAH INI SATU CABARAN BARU DI ERA KEMODENAN.

Anggota polis bergambar bersama kereta peronda Proton Inspira semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Proton Inspira kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Kecermerlangan Proton di Shah Alam, Rabu. Proton Holdings Berhad telah menyumbang sepuluh unit Proton Inspira 1.8L (manual) kepada PDRM. - Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT DARUS

BERITA SELANJUTNYA :- UTUSAN MALAYSIA

SHAH ALAM 25 Mei Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mahu tempoh bertindak kereta peronda polis dipercepatkan daripada masa yang ditetapkan sekarang iaitu tidak melebihi 12 minit.

Sebagai contoh, katanya, masa bertindak sesebuah kereta peronda yang berada dalam satu kilometer daripada tempat kejadian perlu sampai ke lokasi tidak melebihi empat minit daripada masa laporan diterima.

"Ini adalah satu cabaran yang boleh jadi kenyataan. Ia tidak mustahil untuk dicapai, jika ada kesungguhan dan komitmen anggota-anggota PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang diamanahkan untuk menjalankan tugas tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan 10 kereta Proton Inspira oleh Proton Holdings Bhd kepada polis, di sini.

Sambil menghargai sumbangan Proton untuk kereta Inspira 1.8 liter manual sebagai kereta peronda (MPV), Ismail berkata, keperluan logistik iaitu kereta peronda adalah penting bagi melaksanakan tugasan harian polis dengan cepat, berkesan dan efisien kerana ia merupakan barisan hadapan PDRM.

Ismail berkata, jumlah MPV yang mencukupi sangat penting kerana faktor ini boleh meningkatkan kehadiran polis di sesuatu tempat bagi meningkatkan keberkesanan mencegah jenayah serta menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau berkata, Proton telah menjalin kerjasama dengan PDRM sejak 1985 lagi bermula dengan model Proton Saga yang dijadikan kereta peronda dan sehingga kini sebanyak 3,752 model kereta Proton telah digunakan di seluruh negara sebagai kereta peronda.

Proton dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PDRM telah bekerjasama di dalam menghasilkan prototaip kereta peronda polis yang diubah suai daripada Proton Inspira, katanya.

"Program ini dijalankan setelah mengambil kira keperluan PDRM untuk menggantikan 3,647 buah kereta peronda yang telah mencapai had usia penggantian yang diperoleh sejak 2006,” katanya. - Bernama

sumber: [Utusan Online]
 

Jumaat, 6 Mei 2011

KADAR SAMAN BARU 2011

Pihak Kerajaan telah menyeragam dan menyelaras sistem pembayaran saman oleh PDRM, JPJ dan DBKL berdasarkan prinsip 'The More You Delay', 'The More You Pay . Mekanisme penyeragaman kompaun ini adalah seperti berikut dan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011.

Kategori Pertama : Kesalahan yang menjadi penyumbang utama kemalangan, keselamatan, pengguna, kesesakan lalu lintas dan perkhidmatan pengangkutan awam. Paparan lebih jelas : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=221074151236233&set=pu.161086313901684&type=1&theater

Kategori Kedua: Kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbang secara aktif kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam. Paparan lebih jelas : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=221074514569530&set=pu.161086313901684&type=1&theater

Kategori Ketiga: Kesalahan teknikal pada kenderaan yang secara pasif boleh meningkatkan risiko kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam. paparan lebih jelas : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=221074924569489&set=pu.161086313901684&type=1&theater

Kategori Keempat: Lain-lain kesalahan selain daripada di atas yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam. Paparan lebih jelas : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=221075341236114&set=pu.161086313901684&type=1&theater
 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB