Isnin, 21 November 2011

SAMBUTAN HARI INOVASI KDN 2011

Putrajaya-21 November 2011, Kementerian Dalam Negeri telah menganjurkan Sambutan Hari Inovasi Peringkat KDN di Pejabat Kerajaan Putrajaya hari ini. Ia telah disertai oleh semua jabatan didalam Kementerian Dalam Negeri. Hari Inovasi ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Berteraskan "Inovasi Pemangkin Transformasi" ia telah memberi satu galakkan kepada warga KDN memberi idea yang kreatif dan menjana pemikiran yang inovatif. Y.B Dato Seri juga telah menyampaikan Hadiah kepada pemenang Anugerah Hari Inovasi KDN bagi tahun 2011.










Senarai pemenang Anugerah Hari Inovasi KDN Tahun 2011

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) - Kategori Pengurusan

JOHAN - Anggerik - JPN Selangor
NAIB JOHAN - MyRos - JPPM Sabah
TEMPAT KETIGA -
PEMIDATO TERBAIK -

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) - Kategori Teknikal

JOHAN - The Mariners - PDRM
NAIB JOHAN - Kristal - JPN
TEMPAT KETIGA - Prostar - Jabatan Penjara Alor Setar
PEMIDATO TERBAIK - The Mariners (PGM wilayah 1)
Tahniah buat pemenang...

Sabtu, 19 November 2011

HARI INOVASI KDN 2011

SINOPSIS RINGKASAN PROJEK

PROJEK INI CUBA MENGATASI MASALAH KEROSAKAN PERALATAN DIDALAM BAGAGE ROOM TRIM BOOT KERETA PERONDA POLIS (MPV) DI KONTINJEN PERAK. KEROSAKAN PERALATAN DIKESAN MENERUSI PEMERHATIAN YANG DILAKUKAN OLEH ANGGOTA-ANGGOTA YANG MENGENDALIKAN KERETA PERONDA POLIS (MPV) DAN KETIKA PEMERIKSAAN KIT DIJALANKAN SEBELUM DAN SELEPAS MENJALANKAN TUGAS. 


TERDAPAT SEKURANG-KURANGNYA 20 PERALATAN SEDIA TERPASANG DIDALAM BOOT KERETA POLIS (MPV) TERMASUK ALAT KOMUNIKASI (VHF – VERY HIGH FREQUENCY) DAN DARI PEMERHATIAN SERTA PEMERIKSAAN YANG DIJALANKAN, SEBANYAK 6 PERALATAN PALING KERAP MENGALAMI KEROSAKAN YANG MENGAKIBATKAN KOS PEMBAIKAN DAN ALAT GANTI MENINGGKAT.

SOAL SELIDIK DALAMAN TELAH DIJALANKAN MELIBATKAN 200 ORANG ANGGOTA KERETA PERONDA POLIS (MPV) DAN SEBANYAK 80% ANGGOTA TELAH MEMBERI MAKLUM BALAS DENGAN MENYATAKAN BAHAWA KEROSAKAN YANG BERLAKU ADALAH DISEBABKAN OLEH PERGERAKAN-PERGERAKAN PETI YANG YANG MENYIMPAN ALAT BANTUAN KERJA TERUTAMANYA KETIKA KERETA PERONDA POLIS (MPV) MELALUI LALUAN RONDAAN YANG BERBONGGOL, SELEKOH TAJAM, PUSINGAN ‘U’, TRANS BAR, BERBUKIT, LOPAK/LUBANG, LAMPU ISYARAT, PERSIMPANGAN, JALAN LICIN, JAMBATAN/JEJANTAS DAN MEMBAIKI JALAN.

BAGI MENGATASI KEROSAKAN YANG TERJADI, KIK RODA TELAH MENGEMUKAKAN SATU INOVASI BERUPA BEKAS YANG BOLEH MENYIMPAN ALAT BANTUAN KERJA BAGI MENGGANTIKAN PETI YANG DIBEKALKAN PENGELUAR KERETA SEMENJAK 7 TAHUN YANG LALU. BEKAS TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI “BEG KANVAS ALAT BANTUAN KERJA (ABK)” DIPERBUAT DARIPADA BAHAN TAHAN LASAK, KALIS AIR, MUDAH DIGUNAKAN, KALIS BUNYI, MEMPUNYAI BILANGAN POKET (COMPARTMENT) DAN TALI PENGIKAT PERALATAN YANG MENCUKUPI SERTA TALI PENGGALAS SUPAYA MUDAH DIBAWA, MEMPUNYAI TANDA NAMA PERALATAN SERTA MEMASANG PELEKAT ZIPPON BAGI MENGELAKKAN PERGERAKAN BEG KANVAS.

INOVASI YANG DIHASILKAN OLEH KIK RODA, TERBUKTI BERJAYA MENGURANGKAN KEROSAKAN PERALATAN SEBANYAK 96% DAN MENJIMATKAN KOS PEMBAIKAN DAN ALAT GANTI SEBANYAK 99% DALAM TEMPOH 6 BULAN. 


Jumaat, 4 November 2011

UNIT UDARA PDRM

Unit Udara Polis Diraja Malaysia telah dilancarkan pada 19 Disember 1997 oleh YDH Tan Sri Hj. Mohd Haniff B. Omar, Ketua Polis Negara. Pelancaran tersebut telah diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dua buah pesawat jenis Cassena 206 berharga kira-kira RM 300.000 telah diterima daripada Pengarah Urusan Heli Orient (PTE) Ltd. Upacara penyampaian sayap kepada 4 orang Inspektor Polis telah tamat menjalani kursus juruterbang dilakukan oleh Ketua Polis Negara. Dengan itu, bermulalah era baru didalam sejarah Pasukan Polis Diraja Malaysia. Unit Udara Polis Diraja Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya didalam membanteras penyeludupan, rompakan di laut dan juga bantuan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, mengawasi kekacauan terhadap kententeraman awam serta mengesan, mencari dan membantu cawangan jenayah memberkas penjenayah.


UNIT PENGESAN (K9) PDRM

Unit Pengesan PDRM telah ditubuhkan dan dipratikkan pada bulan Jun 1968. Unit ini ialah di Bahagian Sains dan Bantuan Teknik, Jabatan Siasatan Jenayah. Bagi permulaan, seorang pegawai telah dihantar ke United Kingdom di mana beliau telah mengikuti latihan anjing asas selama 6 bulan. Selepas itu, beliau kembali ke tanahair dengan 6 ekor anjing jenis Jerman Shreped yang kemudiannya dilatih sebagai Anjing Serbaguna. Ketika ini Unit Pengesan mempunyai sebanyak 70 ekor anjing serbaguna.


Sabtu, 29 Oktober 2011

UNIT BERKUDA PDRM

Pada tahun 1882 semasa Kapten R.S.F Walker dilantik menjadi Timbalan Pesuruhjaya Polis Perak, Beliau membentuk dan menubuhkan Pasukan Polis Berkuda. Pasukan ini telah diberikan tanggungjawab untuk menghapuskan perompak yang bermaharajalela di Segenting Kamunting, Perak. Dalam tahun 1915. Pasukan Polis Berkuda dikembangkan peranannya, iaitu sebagai Pengawal Peribadi kepada DYMM Sultan Perak. Anggota Pasukan Polis Berkuda pada masa itu terdiri daripada mereka yang dipinjamkan daripada Pasukan Malay States Guides.


CAWANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PDRM

Bahagaian Komputer Polis Diraja Malaysia telah diwujudkan pada tahun 1975, Bahagian ini dianggotai sepenuhnya oleh Pegawai-Pegawai Polis beruniform yang mempunyai kepakaran untuk mengendalikan aplikasi komputer yang berkenaan untuk POLIS DIRAJA MALAYSIA. Mesin komputer yang digunakan dahulunya ialah jenama "ICL Series 39 Level 80" yang telah diperolehi pada tahun 1988. Tanggungjawab utama bahagian ini ialah untuk mengendalikan sistem manual yang ada sekarang ke sistem komputer bagi membantu cawangan-cawangan lain dalam aspek pentadbiran, operasi, perancangan dan sistem penyimpanan maklumat yang lengkap dan kemaskini untuk melaksanakan tugas harian dengan lebih berkesan dan efisien.


CAWANGAN PERSENJATAAN PDRM

Pada awal tahun 1930-an, Cawangan Persenjataan telah ditubuhkan dibawah kelolaan Pegawai Inggeris yang dinamakan "Inspector of Small Arms" dan dibawahnya ada beberapa orang kakitangan awam yang dipanggil "Civillian Armourers". Tugas Cawangan tersebut pada masa itu ialah semata-mata untuk menjalankan penyelenggaraan keatas senjata-senjata yang terdapat di dalam pasukan. Dalam masa darurat pertama, Cawangan Persenjataan mula mengambil kakitangan daripada ahli-ahli pangkat rendah (APR), dan bilangan keanggotaanya pula bertambah oleh kerana senjata-senjata pasukan telah bertambah bilangannya.
 

Sabtu, 22 Oktober 2011

UNIT PELANCONG PDRM

Dalam usaha untuk menarik lebih ramai pelancong, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Unit Polis Pelancong pada tahun 1985. Unit ini hanya dikhaskan kepada negeri-negeri yang mempunyai kesan-kesan sejarah atau tempat-tempat menarik para pelancong. Unit Polis Pelancong ditubuhkan dan telah diamanahkan untuk memberi bantuan perlindungan dan keselamatan kepada para pelancong dalam dan luar negeri.


PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN (FRU) PDRM

Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (PSP) adalah satu cawangan Polis Diraja Malaysia yang boleh digerakkan dengan cepat dan telah dilatih khas. Unit ini telah dijadikan Pasukan Simpanan Ketua Polis Negara (KPN). Tugas serta fungsi unit ini adalah menjaga keamanan dan kenteteraman awam bagi tujuan menyuraikan perhimpunan haram dan rusuhan serta bertindak membantu Cawangan Tugas Am, Jabatan Siasatan Jenayah dan sebagainya.


PASUKAN GERAKAN AM (PGA) PDRM

Pasukan Gerakan Am (PGA) yang dahulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan (PPH) telah ditubuhkan berasaskan kepada penubuhan Pasukan Pengawal Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (MALAY STATES GUIDES) pada tahun 1826. Pasukan yang berbentuk separa tentera ini pada mulanya mempunyai anggota seramai 900 orang dan telah mengambil bahagian dalam Perang Dunia Pertama bersama-sama dengan Pasukan "Field Force Aden" menentang tentera Turki di barat selatan Arab Saudi selama lima tahun.


Rabu, 19 Oktober 2011

Keratan Akhbar - Community Policing

Tanjung Rambutan, Perak - Langkah pihak POLIS turun padang dengan menempatkan anggota dikawasan-kawasan 'PANAS' telah menyumbang kepada penurunan kadar jenayah di Ipoh, Perak. Ini membuktikan bahawa pihak Polis kini sedang berusaha mendekati masyarakat dengan lebih dekat lagi dengan program-program 'Mesra Rakyat'. Dengan perlaksanaan Convoy Community Oriented Policing, Community Policing, dan banyak lagi telah memberi kesan yang baik terhadap penurunan kadar jenayah. 

Keratan Akhbar SUARA PERAK edisi (3) 9 2011

Isnin, 17 Oktober 2011

PASUKAN GERAK KHAS PDRM

Pada awal tahun 1975, Kerajaan telah menubuhkan satu unit Khas Pasukan Polis Diraja Malaysia dan unit tersebut telah dinamakan Unit Tindakan Khas (UTK). Penubuhan UTK memang tepat pada masanya. Pada bulan Ogos 1975, berlaku peristiwa rampasan Bangunan AIA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur oleh Pasukan Tentera Merah Jepun ( Japanese Red Army-JRA). UTK telah memainkan peranan yang berkesan walaupun baru saja ditubuhkan.
 

CAWANGAN PANCARAGAM PDRM

Pancaragam Pusat Polis Diraja Malaysia yang terdapat pada hari ini ialah hasil daripada perkembangan Pancaragam Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) yang ditubuhkan dalam tahun 1932 oleh Encik J.D. Hussey, seorang pegawai polis berbangsa Inggeris. diperingkat permulaan, pancaragam ini dianggotai oleh 10 orang yang dibawah pimpinan Encik Chico dan kemudiannya digantikan oleh Professor Gulvesi. Pada tahun 1937, Pancaragam ini telah mendapat khidmat penuh seorang "Pemimpin Muzik" yang bertauliah berkelulusan Maktab Muzik Tentera British (RMCM). Beliau ialah A.W. Crofts, AMN,MBE,ARCM, yang juga sebagai pelopor Pancaragam Polis Diraja.


CAWANGAN LATIHAN PDRM

Cawangan Latihan yang berpusat di Bukit Aman adalah dibawah kawalan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) yang bertanggunjawab kepada Ketua Polis Negara menerusi Pengarah Pengurusan. Cawangan Latihan bertanggungjawab sepenuhnya bagi melatih pegawai dan anggota polis dalam pasukan polis. Disamping itu, pegawai dan anggota dan Cawangan Latihan juga bertindak untuk meningkatkan pretasi pegawai dan anggota polis bersesuaian dengan matlamat untuk menjadikan polis sebagai satu kerjaya yang bertaraf profesional.


Ahad, 16 Oktober 2011

CAWANGAN KOMUNIKASI PDRM

Cawangan Komunikasi dalam Pasukan Polis di negara ini telah pun wujud bersama-sama penubuhannya sejak 1808, Walaupun ia boleh dibayangkan sebagai peniup tetuang atau pemukul gendang, teknologi elektronik hari ini telah berjaya melahirkan teknik yang lebih canggih berasaskan pemprosesan mikro. Secara formalnya, Cawangan Komunikasi telah ditubuhkan dalam tahun 1948 iaitu ketika meletusnya darurat pertama menentang pengganas komunis. Beberapa orang pemuda bekas perajurit Perang Dunia Kedua telah dipilih menganggotai cawangan ini dan diberi kursus insentif wayarles di Cable and Wireless LTD di Singapura dan Jabatan Telekom di Kuala Lumpur.


CAWANGAN TRAFIK PDRM

Masalah lalulintasdi negara kita bermula pada akhir tahun 1920-an apabila kenderaan bermotor mula berlegar dijalan raya yang dahulunya hanya dipenuhi oleh basikal, beca, lanca dan kereta lembu. Keadaan ini mewujudkan satu lagi tugas baru bagi polis, iaitu menjaga dan mengawal lalulintas. Pada tahun 1928 dan 1929 Cawangan Trafik ditubuhkan di bandar-bandar besar yang semakin sibuk lalulintasnya, iaitu Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban, Singapura yang pada masa itu merupakan sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat menubuhkan Cawangan Trafiknya lebih awal, iaitu pada tahun 1918. Dibandar-bandar lain, tugas mengawal lalulintas dijalankan oleh anggota tugas am.


CAWANGAN PENGANGKUTAN PDRM

Cawangan Pengangkutan Polis telah ditubuhkan pada tahun 1948 dengan hanya 100 buah kenderaan pelbagai jenis. Dalam tahun 1950, keanggotaan Cawangan Pengangkutan Pasukan ialah sembilan orang Pegawai Kanan Yang DiWartakan, 26 orang Polis Leftenan berbangsa Eropah serta 2,000 orang yang terdiri daripada Anggota Pangkat Rendah dan Konstabel. Pada tahun-tahun berikutnya, Cawangan Pengangkutan Pasukan telah mengalami perkembangan dan kemajuan yang begitu pesat. Tahun 1960 hingga 1965, hampir keseluruhan keanggotaan di cawangan ini adalah disandang oleh warganegara Malaysia.

PASUKAN POLIS MARIN

Pasukan Polis Marinyang dahulunya dikenali sebagai ' Malay Water Police ' bertanggungjawab dalam mengawal keselamatan di pelabuhan-pelabuhan di Pulau Pinang dan Selat Johor. Berikutan penambahan aktiviti-aktiviti dilaut, Pasukan Polis Marin (PPM) telah ditubuhkan pada 1 September 1947 dengan hanya 19 buah lonci yang disumbangkan oleh Jabatan Kastam dan Tentera Laut Simpanan Diraja Malaysia dengan keanggotaan seramai 90 orang. Peranan Pasukan Polis Marin ketika itu adalah terhad.


PASUKAN POLIS SARAWAK

 Dalam tahun 1842, James Brooke telah menubuhkan sebuah pasukan untuk menjaga keamanan dan keselamatan Negeri Sarawak. Kubu atau kota kecil didirikan di kawasan genting di Sarawak dan dikawal oleh pasukan Garison. Daripada pengawal Garison inilah Pasukan Polis Sarawak dan Renjer Sarawak ditubuhkan. Pasukan Renjer ini telah berjaya menumpaskan penentangan dan pemberontakkan daripada Rentap (1857-1861), Julau Dayak (1856), Kayan Besar (1863), Katibas (1868-1871) dan Ulu Ai (1875).


PASUKAN POLIS SABAH

Pasukan Polis Sabah ditubuhkan pada tahun 1881, atas daya usaha Kapten Harrington, bekas ' Riffle Brigade". Pasukan Polis Sabah lebih dikenali sebagai 'North Borneo Armed Constabulary', yang dianggotai oleh keturunan Sikh dan Pattan dari India. Pasukan Polis Sabah diletakkan di bawah pemerintahan seorang Komandan, Lt. Col. C.H. Harrington. Pada 1882, keanggotaan pasukan ini berjumlah 50 orang. Kapten Harrington kemudiannya diganti oleh Kapten A.M. De Fontaine pada tahun 1883, yang telah menyusun semula pasukan ini. Keanggotaannya meningkat kepada 153 orang, terdiri daripada pelbagai suku kaum termasuk peribumi tempatan. Pada mulanya hanya 15 orang peribumi menganggotai pasukan ini. Tugas Pasukan 'North Borneo Armed Constabulary' termasuklah memelihara ketenteraman, membasmi lanun di laut, mencegah jenayah, pemberontakan dan pencerobohan. Mereka dilengkapi senjata berupa ' Snider Enfields' dan 'Snider Carbines'.


PASUKAN POLIS NEGERI-NEGERI SELAT

Pada tahun 1825, Pasukan Polis Pulau Pinang, Melaka, dan Singapura disatukan bawah satu pentadbiran berpusat di Pulau Pinang. Ini memulakan sejarah Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1830 pentadbiran Negeri-Negeri Selat diturunkan kepada taraf residensi dan diletakkan bawah kekuasaan Residen Bengal dengan Robert Fullerton dilantik sebagai Residen. Dua tahun kemudian, pentadbiran Negeri-Negeri Selat telah disatukan pentadbiranya dengan diketuai oleh seorang Gabenor dan Timbalan-Timbalan Residen yang dilantik untuk melicinkan pentadbiran. Daripada segi perlaksanaan tugas dan panduan perundangan, Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat banyak menerima pengaruh dari India.

Sabtu, 15 Oktober 2011

SEJARAN PASUKAN POLIS NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU

Berikutan penubuhan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, Pasukan Polis Perlis, Kedah, Johor, Kelantan dan Terangganu telah dicantumkan sebagai Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.



PASUKAN POLIS NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU

Berikutan penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896, Pasukan Polis Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang telah dicantumkan sebagai Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pakaian seragam Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu direka khas berwarna biru. Butang dan lencana melambangkan negeri masing-masing. Kapt. H.C. Syers dilantik menjadi Pesuruhjaya Polis yang pertama dan berperanan sebagai Pegawai Penyelia. Residen Inggeris pula bertindak mengawasi pasukan polis di peringkat negeri yang diketuai oleh Ketua Polis Negeri.
 

SEJARAH PASUKAN POLIS MALAYAN UNION

Pada akhir tahun 1945 dan awal 1946, British telah berusaha menubuhkan Malayan Union yang telah dirancang di London. Gagasan Malayan Union mendapat tentangan hebat daripada orang melayu menerusi UMNO. Malayan Union dilihat sebagai usaha menukar kedudukan negeri-negeri melayu kepada sebuah negara jajahan. Namun rancangan itu telah dilaksanakan pada 11 April 1946. Perkembangan ke arah penubuhan Malayan Union dan penetangan terhadap gagasan itu menjadikan tugas pasukan polis semakin mencabar.


SEJARAH PASUKAN POLIS SEMASA DARURAT

Perjuangan dan pengorbanan Pasukan Polis menghadapi pemberontakan bersenjata komunis dalam tempoh darurat dari tahun 1948 hingga 1960 tercatat megah didalam lipatan sejarah negara. Semangat perjuangan dan pengorbanan anggota polis dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara dewasa itu dari ancaman komunis amat mengagumkan. Berbekalkan kesetiaan kepada raja dan negara serta profesionalisme yang tinggi, pasukan polis telah menunjukkan sikap perjuangan yang kental. Ini terbukti dengan beribu anggota polis yang gugur sewaktu mempertahankan negara.


SEJARAH PASUKAN POLIS SEMASA DARURAT

Perjuangan dan pengorbanan pasukan polis menghadapi pemberontakkan bersenjata komunis dalam tempoh darurat dari tahun 1948 hingga 1960 tercatat megah didalam lipatan sejarah negara. Sebagai pasukan keselamatan yang terbesar ketika itu yang dianggotai oleh 161,281 anggota, termasuk 31,164 anggota tetap, 44,117 Polis Khas (BC) dan 88,000 Polis Tambahan (AP), pasukan polis berperanan penting menggagalkan niat Parti Komunis Malaya untuk menegakkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu kerana ia berperanan menjaga keamanan, kesejahteraan dan menguatkuasakan undang-undang.


PENGANUGERAHAN GELARAN DIRAJA

Pada 24 Julai 1958, Duli Yang Amat Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad, telah berkenan mengurniakan gelaran 'DIRAJA' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Pengurniaan ini adalah lambang penghormatan terhadap khidmat bakti yang cemerlang dan penuh taat setia yang ditunjukkan oleh setiap anggota pasukan menentang ancaman Parti Komunis Malaya (PKM).


KENAIKAN PANGKAT "TIME BASED"



"Saya juga berharap kenaikan pangkat ini akan menjadi pemangkin ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang di masa akan datang.." - YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi

Kenaikan Pangkat Sejajar Dengan Kualiti Perkhidmatan Yang Akan Diberikan

Bukit Aman , 12 Oktober - "Anda semua pastinya telah bersedia untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang lebih berat sejajar dengan pangkat yang disandang dan ianya merupakan satu pengiktirafan pucuk pimpinan PDRM di atas prestasi kerja yang telah dipamerkan sepanjang perkhidmatan," ujar YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan, sempena Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Koperal 'Time Base', anggota Jabatan Pengurusan Bukit Aman di Perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman, hari ini.

Seramai 110 anggota Jabatan Pengurusan Bukit Aman yang terdiri daripada anggota Skim Perkhidmatan Regular dan Skim Perkhidmatan Sokongan telah dinaikkan pangkat secara 'time base' ke pangkat Koperal pada hari ini.

Di dalam majlis ini juga, terdapat tiga upacara pemakaian pangkat iaitu Upacara Pemakaian Pangkat Pasangan Suami dan Isteri Awam, Upacara Pemakaian Pangkat Suami dan Isteri yang kedua-duanya dinaikkan pangkat dan Upacara Pemakaian Pangkat Oleh YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan

Calon Kenaikan Pangkat Secara 'Time Base' Akan Dikeluarkan Secara Berperingkat

"Baki calon yang sesuai akan dikeluarkan secara berperingkat dalam masa terdekat dan jumlah ini akan bertambah berdasarkan kelayakan calon semasa," tambahnya lagi.

Beliau turut menyeru kepada anggota-anggota berpangkat Lans Koperal yang tidak dapat dinaikkan pangkat secara 'Time Base' kerana tidak layak secara asas, iaitu tidak lulus Perperiksaan Undang-undang Rendah Pasukan agar terus berusaha bagi menjamin kenaikan pangkat mereka pada masa akan datang.

Turut hadir dalam majlis pada hari ini, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), YDH SAC Dato' Dr. Haji Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.


Antara sebahagian Pegawai Kanan PDRM yang hadir.


Antara anggota yang menerima kenaikkan pangkat Koperal 'Time Based'.


YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan  ketika bacaan doa.


YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi ketika memberi ucapan.



Sesi Pemakaian Pangkat Suami dan Isteri yang kedua-duanya di naikkan Pangkat Koperal...


Sesi Pemakaian Pangkat Oleh YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi, Pemangku Pengarah Pengurusan.


Barisan Pancaragam.


YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Hj. Hanafi menerima cenderahati YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran).


Penerima Pemakaian Pangkat Suami dan Isteri yang kedua-duanya di naikkan Pangkat Koperal bergambar bersama.


Rezeki anak... KPL Tun Jahfar bersama isteri yang sedang mengandung.


Antara penerima Kenaikkan Pangkat Koperal 'Time Based' daripada Cawangan Kem Komandan Bukit Aman.
Wartawan       :     L/Kpl Irfan Bujang
Jurufoto         :     L/Kpl Shareel & Konst. Shanter
Penyunting     :     Sjn Zaiddin.
 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB