Selasa, 24 Julai 2012

PDRM RANGKUL ANUGERAH EMAS KONVENSYEN ICC


PDRM Peroleh Anugerah Emas Dalam Konvensyen ICC


Melaka, 18 Julai - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menganjurkan Innovative And Creative Circle Convention (ICC) Peringkat Wilayah Selatan tahun 2012 di Hotel Renaissance, Melaka mulai 17 hingga 18 Julai 2012.

Konvensyen ini diadakan bertujuan menggalakkan pemesatan aktiviti ICC di seluruh negara, memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek produktiviti dan kualiti dalam ICC, menimba pengetahuan dari organisasi yang berpengetahuan dalam melaksanakan aktiviti ICC dan memilih kumpulan KIK yang terbaik untuk menyertai Konvensyen ICC Peringkat Kebangsaan.
Polis Diraja Malaysia telah menghantar dua kumpulan KIK iaitu Kumpulan RODA, diketuai oleh DSP Vijaya Rao A/L Samachulu dari IPPD Ipoh dan Kumpulan F TRANSFORM diketuai oleh ASP Shahabudin Bin Hassan dari IPPD Petaling Jaya.

Kedua-dua kumpulan KIK berkenaan telah berjaya menerima Anugerah Emas dan akan dijemput untuk menyertai Konvensyen ICC Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 yang akan diadakan di KLCC pada 14 hingga 17 Okt. 2012.

Kumpulan RODA..
Kumpulan F Transform
Semasa sesi soal jawab..
Mesin mengetuk kelongsong peluru oleh Kumpulan F Transform..
Kumpulan F Transform menerima anugerah..
Kumpulan RODA, F Transform, D6 dan Urus Setia Pertandingan KIK PDRM...


Sabtu, 14 Julai 2012

Pameran Inovasi PDRM 2012


Bukit Aman - 9 Julai 2012.
Pameran Inovasi PDRM telah diadakan di Lobi Menara 1 Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pameran ini merupakan kesinambungan daripada Sambutan Hari Inovasi PDRM 2012 yang telah berlangsung 25 Jun 2012 di Cindai Ballroom, Ri-Yaz Heritage Resorts & SPA, Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Pameran tersebut terbahagi kepada 2 kategori iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal. Antara yang terlibat dalam pameran ini ialah Kumpulan 'F' Transform dari IPD Petaling Jaya yang telah memenangi Kategori Teknikal dan Kumpulan Roda, IPD Ipoh, Perak pula menjuarai Kategori Pengurusan.
Hadir sama pada pameran ini ialah YDH SAC Dato' Rusli bin Ahmad, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan) dan YDH SAC Dato' Shamsiah Binti Mohd Shariff, Ketua Penolong Pengarah (Penyelidikan Dan Pembangunan).

YDH SAC Dato' Rusli bin Ahmad mendengar taklimat mengenai i-Smart Tactical Vest daripada kumpulan 'U-7' dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan.
Sekitar pameran.
Sekitar pameran.
Sekitar pameran.
i-Slit daripada Kumpulan 'Target', Briged Utara PGA Ulu Kinta.
Kumpulan Roda, IPD Ipoh, Perak.
Sekitar pameran.
Kumpulan T-Ganu Team dari IPPK Terengganu.
T-PAST dari Kumpulan T-Ganu Team.
i-Smart Tactical Vest daripada kumpulan 'U-7' dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan.
Hasil daripada mesin "Catridge Collector and Scraper"
Catridge Collector and Scraper ialah mesin mengutip dan mengetuk kelongsong peluru.
Antara piala yang dimenangi.
Sekitar pameran.
i-Slit digunakan semasa latihan menembak.
Sekitar pameran.
Jurufoto & Wartawan : L/Kpl Mohd Shareel Bin ShahrimanSumber : WWW.RMP.GOV.MY
 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB