Jumaat, 21 Disember 2012

MAJLIS ANUGERAH BALAI LEAGUE TABLE 2012


Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 2 Dan 3/2012oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

SUBANG JAYA - 20 Disember 2012. PDRM telah berjaya menurunkan sebanyak 8.1% kadar Jenayah Indeks dan 42.2% Jenayah Jalanan dari Januari hingga November 2012. Perkembangan ini telah member impak yang positif terhadap usaha meningkatkan kepuasan masyarakat terhadap PDRM dan persepsi mereka terhadap keselamatan.

Sementera itu, penilaian yang di buat oleh Panel Penilaian Antarabangsa (IPR) yang terdiri dari pakar-pakar kepolisan antarabangsa dari Singapura, Hong Kong, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada Julai 2012 telah menjelaskan Malaysia telah mencatat pencapaian yang besar dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam mengurangkan jenayah. Antara elemen-elemen yang telah diberi pengiktirafan melalui laporan tersebut adalah berkaitan pelaksanaan Safe City Programme, Omnipresence Programme dan Blue Ocean Strategy(BOS).

Dalam mencapai matlamat mengurangkan Jenayah Indeks, sebanyak 764 Balai Polis seluruh Malaysia telah bersaing mengikut kategori dari kategori A hingga E dan tempoh penilaian dijalankan setiap 4 bulan sekali.

Penilaian dilaksanakan menggunapakai The Scoring Model dibawah prinsip Sains Pengurusan berasaskan kriteria-kriteria seperti tahap purata jenayah indeks setiap tiga bulan pertama, penambahbaikan yang dilakukan dalam menurunkan jenayah indeks bagi bulan seterusnya.
Kriteria penilaian kini dimantapkan lagi dengan pendekatan yang lebih holistik melalui penilaian daripada aspek kuantitatif dan kualitatif. Aspek kuantitatif aka meliputi jenayah indeks, jenayah pecah rumah, jenayah curi kenderaan dan aktiviti Community Policingmanakala pendekatan kualitatif pula meliputi penilaian secara fizikal dan kajian kepuasan pelanggan.

Pada pagi ini, bertempat di Balai Polis USJ, Subang Jaya, Selangor, YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara telah menyampaikan anugerah kepada pemenang-pemenang sempena Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 2 Dan 3/2012.

Turut hadir di Majlis tersebut, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Encik Eugene Teh, Pengarah NKRA Mengurangkan Jenayah, Jabatan Perdana Menteri, YDH Pengarah-pengarah PDRM, YDH Ketua-ketua Polis Negeri, Pesuruhjaya Polis, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri, Pegawai-pegawai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) serta Pegawai-pegawai Kanan dan anggota PDRM.


Ketibaan YDH Ketua Polis Negara


Nyanyian Lagu Negaraku...







Antara yang hadir di Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 2 Dan 3/2012


Bacaan doa...


Ucapan aluan oleh YDH DCP Dato' Shabudin bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan)
Ucapan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
Pengacara majlis...


Pancaragam Pusat PDRM dari Kedah


Koir PDRM


Johan Kategori E Siri 2/2012 : Balai Polis Bandar Dato' Onn, Johor Bahru Selatan  

 
Johan Kategori E Siri 3/2012: Balai Polis Kota, Rembau Negeri Sembilan

Johan Kategori D Siri 2/2012 : Balai Polis Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor.
Johan Kategori D Siri 3/2012 : Balai Polis Tambun, Ipoh, Perak
Johan Kategori C Siri 2/2012 : Balai Polis Menglembu, Ipoh, Perak
Johan Kategori C Siri 3/2012: Balai Polis Kuala Pilah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Johan Kategori B Siri 2/2012: Balai Polis Lahad Datu, Lahad Datu, Sabah.
Johan Kategori B Siri 3/2012: Balai Polis Pandamaran, Klang Selatan, Selangor
Johan Kategori A Siri 2/2012: Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor
Johan Kategori A Siri 3/2012: Balai Polis Puchong, Serdang, Selangor





Tanda penghargaan, menerima Surat Kepujian Ketua Polis Negara..




Surat Penghargaan KPN, sumbangan bakti demi keselamatan dan keamanan masyarakat di daerah Subang Jaya...


Ahli-ahli Persatuan Penduduk Subang Jaya yang turut hadir...


Dua dari kiri..Insp Ayuni, Setiausaha Persatuan PPKP/CI Kontinjen Selangor mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang dari Kontinjen Selangor
Antara pemenang Anugerah Balai League Table Siri 2 dan 3/2012

Layarilah http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia
Sumber : www.rmp.gov.my

UNIT RONDAAN MOTOSIKAL PDRM DIPERHEBAT


"...PDRM tetap fokus dan komited serta berwawasan untuk meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan serta berkonsep kepada 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam'..." - Ketua Polis Negara 

PUCHONG, 19 Dis
 - "Melalui inisiatif rondaan bermotosikal ini menunjukkan yang PDRM tidak bersikap komplasen dalam hal menjaga kesejahteraan rakyat dan konsultansi yang berterusan dengan PEMANDU dan formulasi strategi yang dipacu oleh Kementerian Dalam Negeri, pelbagai program telah digarap dengan meletakkan sasaran yang jelas telah dikenalpasti serta diperkemaskan untuk memantapkan lagi usaha mengurangkan jenayah bagi faedah masyarakat," ujar YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Majlis Pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal PDRM Padang Awam BK 5, Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, hari ini. 

Sebanyak 560 unit motosikal telah disediakan untuk majlis pelancaran pada petang ini dan jumlah ini merupakan sebahagian daripada seribu unit yang akan diagihkan di kawasan-kawasan perumahan di enam negeri di bawah NKRA Fasa Dua, iaitu 268 unit di Selangor, 145 unit di Kuala Lumpur, 219 di Johor, 133 di Pulau Pinang, 135 di Perak, dan 100 di Kedah. 

Unit Rondaan Bermotosikal ini akan dilaksanakan dengan cara 'buddy system' iaitu dua buah motosikal akan membuat rondaan selama 24 jam di kawasan perumahan dalam tiga syif. 

Motosikal ini juga akan dilengkapi dengan sistem lampu serta siren dan rondaan unit ini akan meliputi kawasan-kawasan sibuk seperti kawasan perniagaan, perindustrian, taman rekreasi dan sekolah. 

Majlis pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim Bin Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta wakil-wakil media. 


YDH Ketua Polis Selangor bersama YDH Timbalan Ketua Polis Selangor




Antara jabatan KDN yang turut hadir



Pendaftaran Persatuan Penduduk




Antara pameran di tapak pelancaran





Gambar sekitar forum "United Against Crime"






Ketibaan YDH Pengarah-Pengarah Jabatan PDRM, Pegawai Kanan Polis dan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri diiringi oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara 


Nyanyian lagu "Negaraku"



Persembahan "War Chant" dari Komando 69



Persembahan Unit Pencaragam PDRM



Bacaan doa oleh YDH Supt. Haji Ghazali bin Haji Daud, Bahagian Agama Dan Kaunseling Bukit Aman


Pentas Utama


Ucapan oleh Wakil Persatuan Penduduk


Ucapan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail Bin Haji Omar, Ketua Polis Negara 


Ucapan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia



Gimik Pelancaran Motosikal



Pemeriksaan motosikal oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia


Penyampaian cenderahati kenangan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia







"Flag-Off" oleh YAB Perdana Menteri Malaysia



YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bermesra dengan anggota Polis Bantuan


Wartawan : L/Kpl Irfan bin Bujang
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan & L/Kpl Edwind Indo

Sumber : www.rmp.gov.my

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB