Rakan Cops - Sertailah Untuk Membanteras Jenayah

Selasa, 11 Mei 2010 3 comments

Idea 'RAKAN COP' diilhamkan atas kesedaran bahawa pihak Polis adalah elemen pelengkap kepada sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni. RAKAN COP bererti rakan Polis. 'COP' adalah singkatan dari perkataan "Cooper" yang diberikan kepada anggota Polis. Di Amerika Syarikat, panggilan COP kepada Polis amat digemari oleh kerana lebih ringkas dan ledih mesra digunakan.

RAKAN COP adalah medium perantara untuk merapatkan jurang antara Polis dan masyarakat. Ia mengambil konsep yang mudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan hubungan kukuh dengan org ramai melalui pendekatan yang lebih jelas, lebih mudah, bersepadu dan berterusan.

Program RAKAN COP adalah bersifat "Community Oriented Policing" dan "Smart Partnership". Pendekatan ialah dengan menggalakkan pembabitan orang ramai, terutamanya mereka yang terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan masyarakat, termasuk agensi-agensi kerajaan dan swasta supaya menjadi 'mata dan telinga' Polis disamping menggalakkan interaksi dua hala antara kedua-dua pihak melalui saluran yang ditetapkan.

Gandingan usahasama pihak Polis dan orang ramai di bawah naungan RAKAN COP untuk memerangi dan mencegah jenayah telah dipermudahkan melalui penggunakan sistem penyampai maklumat dua hala, iaitu Saluran HOTLINE dan SMS Polis dipasang di Pusat Kawalan Polis (CCC).

Semua pertubuhan masyarakat dan agensi berkaitan amat digalakkan untuk mewujudkan PUSAT SEHENTI (One Stop Centre) untuk memudahkan Polis memyalurkan maklumat melalui CCC agar cepat dan tepat diterima oleh orang ramai. Interaksi pantas dua hala ini sudah pasti akan membantu komitmen PDRM untuk memberi respons dalam masa 15 minit sebaik menerima maklumat

Antara impak positif dari perlaksanaan program RAKAN COP adalah :

1. Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut
keselamatan seperti mencegah jenayah dan keselamatan jalanraya.

2. Mengeratkan hubungan mesra antara Polis dan masyarakat. Ini sekali gus akan
meningkatkan keyakinan masyarakat kepada PDRM.

3. Memberi maklumat tepat untuk manfaat masyarakat.

Harapan dari perlaksanaan RAKAN COP, pihak Polis dan orang ramai akan saling mengembeling tenaga untuk memerangi jenayah dan apa jua masalah keselamatan. Kesemua lapisan masyarakat adalah RAKAN COP, lantas menjadi "mata dan telinga" pihak Polis. Kejayaan program RAKAN COP sudah pasti akan menjanjikan persekitaran yang lebih kondusif dan selamat di seluruh Bandaraya Kuala Lumpur.

LAMAN RASMI RAKAN COPS :


Comments
3 Comments

3 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB