KEGANASAN RUMAHTANGGA - Keganasan seumpama ini adalah pada asasnya suatu bentuk penyalahgunaan kuasa yang sering berlaku apabila seorang pasangan (lazimnya lelaki) cuba untuk mengawal atau mendominasi pasangannya.
Beberapa Contoh Keganasan Rumahtangga?
* Memalukan wanita tersebut di hadapan kawan-kawannya.
* Memutuskan perhubungan wanita daripada kawan-kawan atau saudara-maranya.
* Menyekat beliau dari menggunakan telefon atau kereta.
* Memaksa wanita tersebut sering terpaksa memberitahu ke mana beliau pergi dan dengan siapa beliau berada.
* Penderaan fizikal atau psikologikal ( penghinaan dan tomahan)
* Menjadikan wanita terpaksa bergantung dari segi kewangan.
* Mengasingkan wanita tersebut dari sokongan yang beliau perlukan untuk meninggalkan pendera.
kesan Keganasan Rumahtangga Terhadap Anak-Anak:
* Kanak-kanak yang menyaksikan penderaan tersebut akan lebih mudah menjadi sugul atau berasa kurang berupaya/ berkuasa.
* Mereka mungkin akan merasa bersalah atas penderaan itu atau malu akan kesannya.
* Mereka mungkin akan merasa diketepikan atau takut menyuarakan keadaan emosi mereka.
* Kanak-kanak ini mungkin akan mengalami kepayahan untuk mempercayai orang lain.
* Mereka juga mungkin bertindak agresif terhadap ibu mereka sendiri.
* Ramai kanak-kanak yang menyaksikan penderaan ini di rumah akan samaada menyisihkan diri mereka atau menjadi agresif. , Mereka akan menjadi pasif atau membuli kanak-kanak lain.
* Mereka juga mungkin menjadi kurang peka kepada rasa sakit.
Memahami Keganasan Rumahtangga, mengapa lelaki memukul?
* Memang benar, semua lelaki bukannya besifat pendera, tetapi lazimnya, lelaki adalah pendera dan wanita menjadi mangsa. Lelaki memukul kerana mereka merasakan bahawa mereka mempunyai hak untuk bertindak demikian atau berfikir bahawa perasaan mereka adalah lebih utama dari wanita.
* Lelaki membuat pilihan bagaimana mereka harus meluahkan sikap agresif mereka dan ke atas siapa mereka harus berbuat demikian.
* Selalunya, lelaki yang memukul isteri mereka tidak akan memukul majikan mereka, rakan sepejabat atau sahabat mereka sendiri.
* Mereka selalu memilih seseorang yang mereka anggap sebagai lebih lemah dan tidak dilindungi oleh masyarakat atau seseorang yang mereka tersalah anggap sebagai insan yang haknya lebih rendah dari mereka.
Teori Kitaran Keganasan
* Peringkat Pembangunan: Peningkatan rasa tertekan
* Peringkat Pemerhatian: lelaki tersebut menjadi ancaman
* Keganasan meletus: keganasan berlaku/ bermula
* Peringkat penyelesaian: lelaki tersebut meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi.
* Peringkat Berusaha: Lelaki tersebut berusaha untuk memenangi kembali hati wanita tersebut dengan berjanji untuk berubah.
* Peringkat Bulan Madu: keadaan adalah tenang dan juga mungkin penuh kasih-sayang.
* Peringkat Pembangunan: Rasa tertekan bermula kembali.
Bolehkah pendera itu berubah?
* Lelaki yang mendera mestilah bersedia untuk berubah.
* Lelaki memang boleh belajar untuk mengubah bagaimana mereka bertindak dan mempelajari cara-cara lain bagaimana untuk memahami wanita.
* Jika seseorang lelaki itu betul-betul ingin menghentikan sikap ganasnya terhadap pasangannya, dia mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas setiap tindakan yang dilakukan
* Dia mesti berhenti dari menyalahkan pasangannya, alkohol, dadah atau tekanan yang dihadapinya sebagai alasan sikap ganasnya.
* Lelaki boleh mendapatkan kaunseling dan mestilah bersetuju untuk menghadiri beberapa sesi.
Beberapa tanda yang beliau sedang berubah:
* Dia sudah berhenti sepenuhnya dari mengatakan atau melakukan perkara-perkara yang menakutkan anda.
* Bolehkah anda berasa marah kepadanya tanpa dihukum?
* Bolehkah dia berselisih pendapat tanpa bertindak ganas atau cuba menguasai keadaan?
* Adakah dia menghormati kehendak anda tentang seks dan sentuhan fizikal?
* Sudahkah dia berhenti dari dari mengharapkan anda melakukan perkara untuknya?
* Bolehkah anda bersama rakan-rakan anda tanpa merasa takut yang pasangan anda membantah?
* Bolehkah anda melakukan perkara-perkara penting seperti ke sekolah atau mencari pekerjaan?
* Adakah anda berasa selesa dengan cara beliau berinteraksi dengan anak-anak?
* Adakah anda berasa selamat untuk meninggalkan anak-anak dengannya?
* Adakah dia menyokong anda dan memberi pujian? Adakah dia mendengar apa yang anda katakan?
* Adakah dia melakukan bahagian kerja-kerjanya dalam rumahtangga dan menjaga anak-anak?
Beberapa tanda yang beliau tidak berubah:
* Adakah ianya selamat untuk membangkitkan topik-topik yang anda tahu akan menyebabkan dia marah?
* Bolehkah dia mendengar pendapat anda dan menghormatinya walaupun dia tidak bersetuju?
* Jika dia sedang menerima kaunseling, adakah dia akan menggunakan alasan ini terhadap anda?
* Adakah dia memberitahu anda yang anda ini bersikap pendera?
* Adakah dia menyatakan kepada anda yang anda perlu memberi dia peluang kali kedua?
* Adakah dia menyatakan yang dia tidak boleh berubah tanpa sokongan anda?
* Adakah dia cuba mendapatkan simpati dari anda dan anak-anak?
* Adakah dia cuba untuk menakutkan anak-anak dengan menyatakan tentang masa hadapan, kewangan atau di mana-merka akan tinggal serta sebagainya?
* Adakah anda sentiasa terpaksa mengingatkannya tentang sesi kaunseling yang dia terpaksa hadiri?
* Adakah dia cuba menyatakan yang penderaannya terhadap anda adalah tidak seburuk mana apabila dia bercakap tentangnya?
* Adakah dia memberi tekanan yang berterusan kepada anda untuk menggugurkan Perintah Lindungan terhadapnya?
Apa Yang Mangsa Keganasan Rumahtangga Boleh Lakukan?
* Anda boleh membuat aduan kepada pihak polis dan pejabat kebajikan.
* Anda boleh tinggal di rumah perlindungan jika anda tidak berasa selamat di rumah.
* Anda boleh memohon Perintah Perlindungan Sementara (IPO) dari mahkamah yang akan menghalang pendera tersebut dari memukul anda.
* Anda boleh meminta mahkamah untuk menambah kuasa untuk menangkap kepada perintah tersebut , jika anda khuatir yang pendera akan mencederakan anda lagi.
* Jika anda sedang menjaga seseorang yang didera, ( seperti anak atau orang yang kurang upaya), anda boleh juga memohon Perintah Perlindungan Sementara untuk mereka.
* Jika orang yang melakukan kesalahan itu melanggar perintah tersebut, beliau boleh dihukum oleh mahkamah.