Pasukan Polis Sabah ditubuhkan pada tahun 1881, atas daya usaha Kapten Harrington, bekas ' Riffle Brigade". Pasukan Polis Sabah lebih dikenali sebagai 'North Borneo Armed Constabulary', yang dianggotai oleh keturunan Sikh dan Pattan dari India. Pasukan Polis Sabah diletakkan di bawah pemerintahan seorang Komandan, Lt. Col. C.H. Harrington. Pada 1882, keanggotaan pasukan ini berjumlah 50 orang. Kapten Harrington kemudiannya diganti oleh Kapten A.M. De Fontaine pada tahun 1883, yang telah menyusun semula pasukan ini. Keanggotaannya meningkat kepada 153 orang, terdiri daripada pelbagai suku kaum termasuk peribumi tempatan. Pada mulanya hanya 15 orang peribumi menganggotai pasukan ini. Tugas Pasukan 'North Borneo Armed Constabulary' termasuklah memelihara ketenteraman, membasmi lanun di laut, mencegah jenayah, pemberontakan dan pencerobohan. Mereka dilengkapi senjata berupa ' Snider Enfields' dan 'Snider Carbines'.
PASUKAN POLIS SABAH
Ahad, 16 Oktober 2011
at
3:10 PG
Bintang Dan Anugerah,
Cawangan PDRM,
Muzium PDRM,
PDRM,
POLIS,
Sejarah PDRM
0
comments
HAKCIPTA TERPELIHARA
Segala maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, video dan susunan serta bahan-bahan didalam blog ini adalah Hak Milik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Tidak dibenarkan sama sekali mengubah, menyalin, mengedar, mempamerkan, menerbit, mengambil, meniru atau apapun bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada pengarang blog. Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya anda melanggar penjelasan dan maklumat ini.
0 Comments
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)