Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-205

Ahad, 25 Mac 2012 0 comments
"KOMUNITI SEJAHTERA KOMITMEN KAMI"
"...Empat perkataan tersebut begitu mendalam maksudnya, malah ia boleh dianggap sebagai satu ikrar untuk kita memperbaharui iltizam dalam menyampaikan perkhidmatan kita kepada pelbagai lapisan masyarakat secara cekap dan berkesan, sehinggalah rakyat berpuas hati dengan segala tindak-tanduk kita dalam menjaga keselamatan nyawa dan harta benda mereka..
-YDH Ketua Polis Negara

Kuala Lumpur, 24 Mac – Berorientasikan motto ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ sempena sambutan Hari Polis Ke-205 pada tahun ini, PDRM mengorak satu lagi langkah dalam mengimplementasikan kualiti dan profesionalime mereka sebagai satu badan penguatkuasa undang-undang yang terus relevan kepada masyarakat dan negara.

Mengambilkira segala aspek transformasi dan penambahbaikan seperti yang digagaskan kerajaan, PDRM terus ke hadapan dalam memacu kepercayaan rakyat dan kerajaan pemerintah dalam menguatkuasa dan melaksanakan ketelusan undang-undang demi memastikan kesejahteraan dan keamanan negara dikekalkan.

Sambutan Hari Polis ini juga adalah sebagai penghargaan atas sokongan yang tidak berbelah-bagi masyarakat terhadap PDRM yang sudah lebih dua abad berbakti kepada negara dan selama tempoh ini juga pelbagai cabaran, onak-duri, dan pahit-getir sudah dirasai oleh setiap generasi PDRM.

Bermula dari cabaran hakiki memerangi perlanggaran undang-undang sehinggalah ke cabaran percanggahan tingkat intelektual dan kebolehpercayaan masyarakat kepada PDRM di era globalisasi yang serba canggih ini, PDRM terus gah dan komited mengekalkan kredibiliti dan objektifnya kepada masyarakat dan negara.

Seluruh media perdana dan media alternatif menyaksikan PDRM terus cemerlang dalam membawa nama Malaysia sebagai antara negara yang paling selamat di mata dunia melalui pengikitirafan rasmi daripada The World Justice Project, kajian Indeks Keamanan Global dan Kajian Global Competitiveness Index in World Economic Forum 2011.

Tidak berhenti di situ, PDRM terus memperkasakan kualiti 4P pasukan dengan pendekatan-pendekatan yang baru dan bersama-sama dengan lain-lain agensi dan jabatan-jabatan dalam kerajaan melaksanakan program transformasi, World Class Policing, NKRA, NBOS, 3C dan banyak lagi.

Berita penuh sila layari www.rmp.gov.my
 
Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB