"...Empat
perkataan tersebut begitu mendalam maksudnya, malah ia boleh dianggap
sebagai satu ikrar untuk kita memperbaharui iltizam dalam menyampaikan
perkhidmatan kita kepada pelbagai lapisan masyarakat secara cekap dan
berkesan, sehinggalah rakyat berpuas hati dengan segala tindak-tanduk
kita dalam menjaga keselamatan nyawa dan harta benda mereka..” -YDH Ketua Polis Negara
Kuala Lumpur, 24 Mac – Berorientasikan motto ‘Komuniti Sejahtera
Komitmen Kami’ sempena sambutan Hari Polis Ke-205 pada tahun ini, PDRM
mengorak satu lagi langkah dalam mengimplementasikan kualiti dan
profesionalime mereka sebagai satu badan penguatkuasa undang-undang yang
terus relevan kepada masyarakat dan negara.
Mengambilkira
segala aspek transformasi dan penambahbaikan seperti yang digagaskan
kerajaan, PDRM terus ke hadapan dalam memacu kepercayaan rakyat dan
kerajaan pemerintah dalam menguatkuasa dan melaksanakan ketelusan
undang-undang demi memastikan kesejahteraan dan keamanan negara
dikekalkan.
Sambutan Hari Polis ini juga adalah sebagai
penghargaan atas sokongan yang tidak berbelah-bagi masyarakat terhadap
PDRM yang sudah lebih dua abad berbakti kepada negara dan selama tempoh
ini juga pelbagai cabaran, onak-duri, dan pahit-getir sudah dirasai oleh
setiap generasi PDRM.
Bermula dari cabaran hakiki memerangi
perlanggaran undang-undang sehinggalah ke cabaran percanggahan tingkat
intelektual dan kebolehpercayaan masyarakat kepada PDRM di era
globalisasi yang serba canggih ini, PDRM terus gah dan komited
mengekalkan kredibiliti dan objektifnya kepada masyarakat dan negara.
Seluruh media perdana dan media alternatif menyaksikan PDRM terus
cemerlang dalam membawa nama Malaysia sebagai antara negara yang paling
selamat di mata dunia melalui pengikitirafan rasmi daripada The World
Justice Project, kajian Indeks Keamanan Global dan Kajian Global
Competitiveness Index in World Economic Forum 2011.
Tidak
berhenti di situ, PDRM terus memperkasakan kualiti 4P pasukan dengan
pendekatan-pendekatan yang baru dan bersama-sama dengan lain-lain agensi
dan jabatan-jabatan dalam kerajaan melaksanakan program transformasi,
World Class Policing, NKRA, NBOS, 3C dan banyak lagi.