PENIPUAN PINJAMAN BANK

Jumaat, 31 Oktober 2014 1 comments


SCAM ALERT : Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana iklan yang dipaparkan samaada menggunakan poster yang ditampal di tempat awam, risalah yang diedarkan di peti pos rumah dan kenderaan selain menyebarkan iklan sms ataupun kain rentang yang bertujuan menawarkan pinjaman palsu menggunakan nama dan logo bank-bank di Malaysia.

Modus operandi :

1. Suspek atau sindiket akan mengiklankan pinjaman wang dalam pelbagai cara yang mengandungi butiran tawaran pinjaman bank tempatan.
2. Tawaran pinjaman yang diiklankan dilihat lebih baik dengan menawarkan pakej tanpa cagaran, penjamin, kertas kerja dan sebagainya.
3. Mangsa akan menelefon nombor yang tertera pada iklan itu dan mereka diminta memasukkan sejumlah wang deposit antara dua hingga 10 peratus dari jumlah pinjaman yang hendak dipinjam ke akaun sebagai yuran pemprosesan.
4. Suspek kemudian berjanji wang akan dimasukkan ke akaun mangsa dalam tempoh dua atau tiga hari selepas deposit dibayar namun suspek gagal dihubungi selepas itu.

Sasaran mereka adalah mangsa yang terdesak mahukan wang. Adalah dinasihatkan kepada orang ramai supaya berhubung dengan pihak bank sendiri untuk mendapatkan maklumat yang sah berkaitan sebarang pinjaman mahupun pembiayaan.
Comments
1 Comments

1 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB