Majlis Kejohanan Bolasepak PDRM
Sumber : LAMAN RASMI KONTINJEN PERAK
IPD IPOH - Majlis Kejohanan Bolasepak PDRM telah diadakan pada 26 - 27 Mac 2011 di Ipoh Padang, Ipoh di mana beberapa pasukan dari Balai - balai Polis telah mengambil bahagian di dalam daerah Ipoh. Juara pada kejohanan tersebut adalah pasukan gabungan daripada Balai Polis Sg. Senam dan Kg. Simee.
Pada 27 Mac 2011 jam 4.00 petang bertempat di Ipoh Padang, Ipoh telah diadakan satu perlawanan persahabatan Bolasepak di antara Pasukan Menteri Besar Perak dan Pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (veteran) yang diketuai sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman bin Alias dan beberapa pegawai kanan serta anggota dari balai dalam daerah Ipoh. Majlis penutup telah dihadiri oleh Menteri Besar Perak, Timbalan Ketua Polis Perak, Ketua-ketua Bahagian dan beberapa tetamu jemputan. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Menteri Besar Perak. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah menjadi juara dan tingkatkan lagi usaha kepada yang kurang berjaya.
KETIBAAN MENTERI BESAR PERAK DATO' DR ZAMBRY ABD KADIR |
MENTERI BESAR PERAK MENERIMA PLUK KENANGAN DARIPADA KETUA POLIS DAERAH IPOH |
JUARA - BALAI GABUNGAN SG SENAM. |