KEPUTUSAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PDRM 2011

Isnin, 27 Jun 2011 0 comments

Ipoh, 25 Jun 2011 - Bertempat di Royal Perak Golf Club (RPGC), berlangsungnya upacara penutupan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat PDRM 2011 oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Khalid Abu Bakar. Majlis ini juga turut dihadiri oleh pengarah-pengarah Bukit Aman, Ketua Polis Negeri dan Ketua-Ketua Jabatan seluruh Malaysia.

Dimajlis ini juga diumumkan pemenang-pemenang Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat PDRM 2011 bagi kategori Pengurusan Dan Teknikal. 

Kategori Pengurusan
JOHAN - TARGET BRIGED UTARA PGA
NAIB JOHAN - F-TRANSFORM IPD PETALING JAYA
KETIGA - TRAFIK 11 BUKIT AMAN

Kategori Teknikal
JOHAN - 'THE MARINERS' PGM WILAYAH 1 PULAU PINANG
NAIB JOHAN - G7 SEREMBAN
KETIGA - RODA IPD IPOH

Berita Lain Dari PDRM Website -

'The Mariners' dan Target' juara KIK PDRM Tahun 2011

Ipoh - 25 Jun 2011. Setelah 2 hari berlangsungnya Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Polis Diraja Malaysia Tahun 2011, pada petang ini bertempat di Ballroom Kelab Golf DiRaja Perak, Kumpulan 'The Mariners' dan Kumpulan 'Target' dinobatkan sebagai juara bagi Kategori Teknikal dan juga Kategori Pengurusan.

'The Mariners' dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah (1), Pulau Pinang menjuarai Kategori Teknikal dengan mengetengahkan projek bertajuk Peningkatan Kerosakan Bateri 'Lead Acid' Bot Ronda 'Strike Craft' dan Kumpulan Target dari Briged Utara, Ulu Kinta, Perak pula menjuarai Kategori Pengurusan dengan tajuk projek, Kertas Sasaran Pistol A4R Yang Sedia Ada Tidak Ekonomik.

Juara berjaya membawa pulang trofi, sijil penyertaan, RM5,000.00 dan RM500 saguhati penyertaan, sementera Naib Juara membawa pulang sijil penyertaan, RM3,000.00 dan RM500 saguhati penyertaan dan tempat Ketiga, sijil penyertaan, RM2,000.00 dan RM500 saguhati penyertaan.

Sebanyak 11 kumpulan mengambil bahagian, 7 Kategori Pengurusan dan 4 Kategori Teknikal dengan 7 kumpulan mewakili 6 kontinjen dan 4 kumpulan mewakili 1 jabatan.

Selain The Mariners dan Target, kumpulan yang mengambil bahagian bagi Ketegori Teknikal ialah Kumpulan G7 dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan yang menduduki tempat Kedua, Kumpulan Roda dari Ibu Pejabat Polis Ipoh (Ketiga) dan Kumpulan Sambar Biru dari Ibu Pejabat Polis Hilir Perak.

Bagi Kategori Teknikal pula, Kumpulan 'F' Transform dari IPD Petaling Jaya (Kedua), Kumpulan Trafik 11 dari Cawangan Trafik Bukit Aman (Ketiga), Kumpulan Rebana dari Kem Komandan IPK Kelantan, Kumpulan Polaris dari IPD Batu Pahat Johor, Kumpulan Camar Mutiara dari IPD Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dan Kumpulan E-Smart dari IPD Putrajaya.

YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara telah menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada semua kumpulan yang bertanding, bersempena dengan Perasmian Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia di Kelab Golf DiRaja Perak, Ipoh, Perak

Turut hadir dimajlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan, Ketua Polis Perak, Y.Bhg Tan Sri Lee lam Thye, Naib Pengerusi 1, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, YDH Ketua-Ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan serta tetamu jemputan.


Johan Kategori Teknikal... The Mariners dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah (1), Pulau Pinang.

Johan Kategori Pengurusan...Kumpulan Target dari Briged Utara, Ulu Kinta, Perak

Kumpulan G7 dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan

Kumpulan Trafik 11 dari Cawangan Trafik, Bukit Aman

Kumpulan 'F' Transform dari IPD Petaling Jaya. Selangor

Kumpulan Roda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh

The Mariners bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Kumpulan Target...


Gambar sekitar berlangsungnya konvensyen di Grand Ballroom, Hotel Ritz Garden

Cabutan undi...

Panel Hakim KIK PDRM Tahun 2011

Kumpulan G7 dari Pasukan Simpanan Persekutuan Negeri Sembilan dengan tajuk projek: Command Vehicle kurang efektif dan tidak praktikal semasa menyuraikan rusuhan

IPD Ipoh dengan tajuk projek: Mengatasi kekerapan kerosakan peralatan di dalam baggage room trim (boot)

Trafik 11 dengan tajuk projek: Proses pengeluaran saman secara manual tidak efisien

IPD Batu Pahat dengan tajuk projek :Kesukaran mengawal samun ragut wanita

Tajuk projek: Kertas Sasaran Pistol A4R Yang Sedia Ada Tidak Ekonomik oleh Briged Utara

The Mariners dengan tajuk projek : Peningkatan Kerosakan Bateri 'Lead Acid' Bot Ronda 'Strike Craft'

IPD Putrajaya dengan projek : Mengurangkan kadar jenayah di IPD Putrajaya

IPD Seberang Perai Tengah dengan tajuk projek : Lambakan barang kes tidak berdaftar

Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto    : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
Sumber     : www.rmp.gov.my/


Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB