PDRM RANGKUL ANUGERAH EMAS KONVENSYEN ICC

Selasa, 24 Julai 2012 0 comments

PDRM Peroleh Anugerah Emas Dalam Konvensyen ICC


Melaka, 18 Julai - Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menganjurkan Innovative And Creative Circle Convention (ICC) Peringkat Wilayah Selatan tahun 2012 di Hotel Renaissance, Melaka mulai 17 hingga 18 Julai 2012.

Konvensyen ini diadakan bertujuan menggalakkan pemesatan aktiviti ICC di seluruh negara, memberi pendedahan kepada peserta mengenai aspek produktiviti dan kualiti dalam ICC, menimba pengetahuan dari organisasi yang berpengetahuan dalam melaksanakan aktiviti ICC dan memilih kumpulan KIK yang terbaik untuk menyertai Konvensyen ICC Peringkat Kebangsaan.
Polis Diraja Malaysia telah menghantar dua kumpulan KIK iaitu Kumpulan RODA, diketuai oleh DSP Vijaya Rao A/L Samachulu dari IPPD Ipoh dan Kumpulan F TRANSFORM diketuai oleh ASP Shahabudin Bin Hassan dari IPPD Petaling Jaya.

Kedua-dua kumpulan KIK berkenaan telah berjaya menerima Anugerah Emas dan akan dijemput untuk menyertai Konvensyen ICC Peringkat Kebangsaan Tahun 2012 yang akan diadakan di KLCC pada 14 hingga 17 Okt. 2012.

Kumpulan RODA..
Kumpulan F Transform
Semasa sesi soal jawab..
Mesin mengetuk kelongsong peluru oleh Kumpulan F Transform..
Kumpulan F Transform menerima anugerah..
Kumpulan RODA, F Transform, D6 dan Urus Setia Pertandingan KIK PDRM...


Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB