Kejohanan Bola Sepak Piala KPN 2012

Sabtu, 22 September 2012 0 comments
'Prestasi sesebuah pasukan bukan hanya bergantung kepada kemahiran pemain, tetapi semangat, motivasi dan kekuatan pasukan itulah sebenarnya mempunyai korelasi yang signifikan dengan pengendalian dan perlu dititik beratkan oleh jurulatih dan pengurus pasukan'...YDH Ketua Polis Negara

ULU KINTA - 9 September 2012. Pasukan Bola Sepak PDRM ketika ini menyertai Liga Perdana di dalam Liga Malaysia Tahun 2012 dan telah menduduki tangga kelima di dalam Liga Perdana.

"Ini membuktikan PDRM boleh bersaing dengan pasukan yang jauh lebih hebat dengan pemain-pemain kebangsaan dan import, malahan ada pemain-pemain kita yang telah dipinjamkan ke pasukan-pasukan yang tersohor", ucap YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara ketika menutup Kejohanan Bola Sepak Terbuka dan Bola Sepak Veteran 9 Sebelah Piala Ketua Polis Negara 2012.

Kualiti yang ada pada pemain-pemain PDRM, dicungkil melalui Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara seperti ini, bermula pada tahun 2005. Briged Utara, Pasukan Gerakan Am diberi penghormatan untuk mengelolakan kejohanan ini, diketuai oleh SAC Dato' Azman bin Yusof, Komander Briged Utara PGA, merangkap Penasihat Ahli Jawatankuasa Kejohanan Bola Sepak Piala Ketua Polis Negara 2012.

Sebanyak 17 kontinjen telah mengambil bahagian, bermula pada 4 September hingga 9 September 2012, yang turut disertai 13 kontinjen Veteran 9-Sebelah, yang julung-julung kali diadakan bagi memberi peluang kepada warga PDRM yang berusia 40 tahun ke atas.

Johan Bola Sepak Terbuka Piala KPN 2012 dirangkul oleh Kontinjen Briged Tengah PGA bersama Kontinjen PULAPOL Kuala Lumpur (Johan Bersama). Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol pada masa pertama dan di masa kedua, perlawanan terpaksa dihentikan apabila hujan lebat turun. Perlawanan akhir pada petang tadi turut disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Tempat ketiga dimenangi oleh Kontinjen Selangor dan Kontinjen Johor di tempat keempat. Sementara itu, Kontinjen Briged Utara, PGA menewaskan kontinjen Negeri Sembilan, 1-0 di perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Veteran 9-Sebelah. Kontinjen Pulau Pinang ditempat ketiga dan Kontinjen PULAPOL Kuala Lumpur di tempat keempat.

Bagi Piala Fair Play, kategori terbuka disandang oleh Briged Utara PGA dan kontinjen Pulau Pinang bagi kategori veteran

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir Bola Sepak Terbuka Piala KPN 2012, Y.Bhg Datuk Rusnah binti Kassim, ADUN Ulu Kinta, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM, YDH CP Dato' Wira Saleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Wira Mohd Shukri bin Dahalan, Ketua Polis Perak dan Ketua-Ketua Polis Negeri.

Perlawanan Akhir Bola Sepak Veteran 9-Sebelah..Briged Utara PGA
Perlawanan Akhir Bola Sepak Veteran 9-Sebelah...Kontinjen Negeri Sembilan
Perlawanan Akhir Bola Sepak Veteran 9-Sebelah
Jaringan tunggal Briged Utara PGA
Penyokong meraikan jaringan yang dilakukan oleh Briged Utara PGA

Ketibaan YDH Ketua Polis Negara di Padang Utama, Briged Utara PGA
Menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Terbuka Piala Ketua Polis Negara 2012
YDH Ketua Polis Negara diperkenalkan kepada pemain-pemain
Antara aksi-aksi pemain...
Antara aksi-aksi pemain...
Persembahan Seni Silat Gayung Tempur pada waktu rehat perlawanan.
Antara penonton yang hadir...
Antara penonton yang hadir...
Antara penonton yang hadir...
Hujan lebat di masa kedua...
Perlawanan terpaksa dihentikan...
Insp Kamarul Mohammad Salleh mewakili Marvin Jok dari Briged Utara PGA yang dinobatkan pemain terbaik veteran
Eddy Gapil dari Briged tengah PGA dinobatkan pemain terbaik (Terbuka)
Johan Bola Sepak Veteran 9-Sebelah, Briged Utara PGA bersama Piala Pusingan
Johan Bersama Bola Sepak Terbuka Piala KPN 2012, Kontinjen Briged Tengah PGA dan PULAPOL Kuala Lumpur
UcapanPerasmian PenutupanKejohanan oleh YDH Tan Sri Dato' Seri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
Sorakan semangat....
Johan Bersama Bola Sepak Terbuka Piala KPN 2012, Kontinjen Briged Tengah PGA dan PULAPOL Kuala Lumpur

oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Foto : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Mohd Shareel bin Shahriman




Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB