Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat KDN Tahun 2012

Rabu, 3 Oktober 2012 0 comments
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF PERINGKAT KDN TAHUN 2012

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Kementerian Dalam Negeri tahun 2012 telah diadakan di Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi mulai 26-29 September 2012. Sebanyak 26 kumpulan KIK dari pelbagai agensi di bawah KDN telah bertanding dalam Kategori Teknikal dan Pengurusan . Empat (4) kumpulan KIK dari PDRM turut mengambil bahagian iatu Kumpulan F Transform (Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya), U7 (Pasukan Simpanan Pesekutuan, Seremban), Roda (Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh) dan Target (Briged Utara).Kumpulan KIK dari PDRM telah membuktikan kejayaan dengan merangkul beberapa hadiah seperti berikut :-

(i) Pameran KIK - Johan (Kumpulan F Transform)
(ii) Persembahan Kumpulan Terbaik - Johan (Kumpulan Target)
(iii) Kumpulan Terbaik Keseluruhan - Naib Johan (Kumpulan U7)
(iV) Persembahan Audio Video - Saguhati (Kumpulan RODA)

DSP Wan Hamzah, Ketua Kumpulan Target menerima hadiah Johan Persembahan Kumpulan Terbaik KIK

Ketua Kumpulan F Transform menerima hadiah Johan Pameran KIK

DSP Lee, Ketua Kumpulan U7 menerima hadiah naib Johan Kumpulan Terbaik Keseluruhan

ASP Zamzairul, Ketua Kumpulan Roda menerima hadiah saguhati bagi Persembahan Audio Video terbaik

Kumpulan Target (Briged Utara)

Kumpulan F Transform (Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya)

Kumpulan U7 (Pasukan Simpanan Pesekutuan, Seremban)

Kumpulan Roda (Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh)

Sumber Foto : Bahagian Bantuan Teknik D6
Penyunting : Insp. Norsuzila bt Kamaruldin

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB