KENDERAAN BARU PDRM - PROTON INSPIRA

Khamis, 26 Mei 2011 1 comments
TAHNIAH BUAT WARGA POLIS DIRAJA MALAYSIA DIATAS KEPENTINGAN MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN SEJAJAR DENGAN KEHENDAK KERAJAAN UNTUK MENGURANGKAN KADAR JENAYAH DI MALAYSIA. DENGAN PEMBAHARUAN UNIT-UNIT KENDERAAN MPV ( MOBILE PATROL VEHICHLE) INI MAKA MENINGKATLAH SEDIKIT DEMI SEDIKIT MUTU KEUNGGULAN PDRM SEBAGAI PENGUATKUASA NO.1 UNDANG-UNDANG MALAYSIA.

KINI WARGA PDRM TELAH MENGORAK LANGKAH KE ARAH MASA DEPAN YANG LEBIH EFISIEN DAN PRODUKTIF DENGAN KENDERAAN YANG LEBIH BARU DAN CANGGIH. PROTON INSIPIRA KINI TELAH MENJADI SALAH SATU  GADJET POLIS UNTUK MEMBANTERAS JENAYAH. ANGGAPLAH INI SATU CABARAN BARU DI ERA KEMODENAN.

Anggota polis bergambar bersama kereta peronda Proton Inspira semasa Majlis Penyerahan Sumbangan Proton Inspira kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Kecermerlangan Proton di Shah Alam, Rabu. Proton Holdings Berhad telah menyumbang sepuluh unit Proton Inspira 1.8L (manual) kepada PDRM. - Foto THE STAR Oleh: ROHAIZAT DARUS

BERITA SELANJUTNYA :- UTUSAN MALAYSIA

SHAH ALAM 25 Mei Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mahu tempoh bertindak kereta peronda polis dipercepatkan daripada masa yang ditetapkan sekarang iaitu tidak melebihi 12 minit.

Sebagai contoh, katanya, masa bertindak sesebuah kereta peronda yang berada dalam satu kilometer daripada tempat kejadian perlu sampai ke lokasi tidak melebihi empat minit daripada masa laporan diterima.

"Ini adalah satu cabaran yang boleh jadi kenyataan. Ia tidak mustahil untuk dicapai, jika ada kesungguhan dan komitmen anggota-anggota PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang diamanahkan untuk menjalankan tugas tersebut,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan 10 kereta Proton Inspira oleh Proton Holdings Bhd kepada polis, di sini.

Sambil menghargai sumbangan Proton untuk kereta Inspira 1.8 liter manual sebagai kereta peronda (MPV), Ismail berkata, keperluan logistik iaitu kereta peronda adalah penting bagi melaksanakan tugasan harian polis dengan cepat, berkesan dan efisien kerana ia merupakan barisan hadapan PDRM.

Ismail berkata, jumlah MPV yang mencukupi sangat penting kerana faktor ini boleh meningkatkan kehadiran polis di sesuatu tempat bagi meningkatkan keberkesanan mencegah jenayah serta menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau berkata, Proton telah menjalin kerjasama dengan PDRM sejak 1985 lagi bermula dengan model Proton Saga yang dijadikan kereta peronda dan sehingga kini sebanyak 3,752 model kereta Proton telah digunakan di seluruh negara sebagai kereta peronda.

Proton dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PDRM telah bekerjasama di dalam menghasilkan prototaip kereta peronda polis yang diubah suai daripada Proton Inspira, katanya.

"Program ini dijalankan setelah mengambil kira keperluan PDRM untuk menggantikan 3,647 buah kereta peronda yang telah mencapai had usia penggantian yang diperoleh sejak 2006,” katanya. - Bernama

sumber: [Utusan Online]
 
Comments
1 Comments

1 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB