Proton Inspira Sebagai Kereta Peronda Polis

Jumaat, 27 Mei 2011 5 comments

Shah Alam, Selangor. 25 Mei 2011 - PROTON Holdings Berhad telah menyumbangkan sepuluh unit Proton Inspira 1.8 L (manual) kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk kegunaan pihak polis dalam melaksanakan tugas dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat. 

YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar telah menerima sumbangan kereta peronda tersebut daripada Pengarah Urusan Kumpulan PROTON, YBhg. Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di Litar Ujian PROTON.

Di majlis ini juga, seramai 200 orang tetamu turut hadir, antaranya YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH CP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah, Pengarah Jabatan Logistik, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan pihak pengurusan PROTON.

Sempena majlis ini, PROTON Holdings turut memperagakan model PROTON Inspira 1.8L dipandu uji oleh pihak PDRM untuk kegunaan tugas seharian mereka. Ini adalah sebahagian dari usaha kedua-dua pihak untuk menguji prestasi dan kemampuan Proton Inspira serta mendapatkan maklumbalas untuk inisiatif PROTON dan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PDRM dalam membangunkan prototaip kereta peronda polis dari model Proton Inspira.

Berbeza dengan sesi pandu uji kereta yang biasa dilakukan oleh pelanggan, kereta peronda ini telah dipandu uji oleh PDRM sendiri bagi menentukan kesesuaian model kereta mengikut kesesuaian tugas seharian. Disamping ujian terhadap prestasi dan kemampuan serta pemanduan dan pengendalian dalam menangani sitiuasi tugas mencabar, kereta ini juga telah diubahsuai mengikut spesifikasi serta kelengkapan yang digunakan oleh sebuah kereta peronda polis. 

Sehubungan dengan perkara ini, PROTON telah mengambil inisiatif untuk mengubahsuai sepuluh Proton Inspiranya untuk dijadikan kereta peronda polis sebelum ianya disumbangkan kepada PDRM. Kereta tersebut dilengkapi sistem lampu amaran dan siren bersepadu, pelekat pembalik cahaya berlogo PDRM dan sistem telekomunikasi radio bergerak.

"PROTON sentiasa komited dalam menambahbaik kualiti produknya dengan setiap model baru yang dikeluarkan. Di dalam konteks ini, pihak PDRM pastinya akan turut berkongsi manfaat daripada usaha penambahbaikan ini apabila model terbaru tersebut dijadikan kereta peronda. Kami berharap Proton Inspira, dengan kemampuan prestasinya serta tahap pemanduan dan pengendaliannya yang mantap, akan dapat memenuhi keperluan dan kesesuaian demi membantu pihak PDRM menjalankan tanggungjawab mereka," kata Dato' Seri Syed Zainal dalam ucapannya.

Di majlis tersebut juga, PROTON turut mengumumkan hasrat syarikat itu untuk berkerjasama dengan PDRM dalam mengurangkan kadar berlakunya jenayah. Melalui kerjasama ini, PROTON akan melaksanakan beberapa inisiatif utama seperti melancarkan kempen kesedaran kepada pelanggannya. PROTON juga akan menjalankan kempen untuk mengalakkan lebih ramai kakitangannya untuk mendaftar sebagai sukarelawan Rakan COP. Melalui inisiatif ini, PROTON akan menjemput wakil dari PDRM untuk memberikan penerangan serta membuka kiosk pendaftaran di kawasan kilang dan pejabat PROTON serta anak-anak syarikatnya. Setakat ini, keahlian Rakan COP di Proton Tanjung Malim telah mencecah seramai 980 orang dan merupakan ahli yang paling ramai di antara syarikat-syarikat di negeri Perak.

Disamping itu, YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada PROTON Holdings kerana telah menyumbangkan sepuluh buah kereta peronda polis model Proton Inspira kepada PDRM.

"Kereta peronda polis atau MPV (Mobile Patrol Vehicle) merupakan barisan hadapan PDRM, dan jumlah MPV yang mencukupi sangat penting bagi membolehkan PDRM meningkatkan kehadiran polis atau "omnipresence" di sesuatu tempat, bagi tujuan meningkatkan keberkesanan mencegah jenayah serta menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Kehadiran MPV dapat memberi keyakinan dan keselesaan kepada orang ramai bahawa keselamatan dan ketenteraman awam di sesuatu tempat itu, adalah terkawal dan mendapat perhatian polis, sekaligus dapat mengurangkan kemungkinan berlaku kejadian jenayah." kata YDH Ketua Polis Negara dalam ucapannya.

Majlis tersebut juga telah diserikan dengan persembahan demonstrasi istimewa daripada pihak PDRM dan pihak Proton, menunjukkan kebolehan dalam situasi yang memerlukan kecekapan pemanduan, pengendalian serta prestasi kelajuan yang tinggi.

YBhg. Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir memberikan ucapan.
YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar turut memberikan ucapan balas.

Antara demonstrasi yang diadakan.





YBhg. Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyerahkan replika kunci kepada YDH Ketua Polis Negara.

YDH Ketua Polis Negara menunjukkan isyarat bagus setelah memeriksa kenderaan tersebut.

YBhg. Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyampaikan cenderahati kepada YDH Ketua Polis Negara di akhir majlis tersebut.

Kereta Peronda Polis (MPV) terbaru.

Wartawan/Jurufoto: L/Kpl Shareel
Jurufoto : L/Kpl Helmi
Penyunting : Sjn Zaiddin Dahlan

Comments
5 Comments

5 comments:

  • Tanpa Nama berkata...

    Hiya! I just would like to give an enormous thumbs up
    for the good information you’ve gotten here on this post.
    I might be coming back to your blog for extra soon.


    Also visit my weblog semantic web definition

  • Tanpa Nama berkata...

    Hey! I simply want to give an enormous thumbs up for the great data you will have right here on this post.
    I will probably be coming again to your blog for
    more soon.

    Also visit my site :: seoul subway map chinese pdf

  • Tanpa Nama berkata...

    Hiya! I just want to give an enormous thumbs up for the great information you have got right here on this post.
    I will be coming again to your weblog for more soon.


    Visit my weblog define semiotics analysis

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB