Menara Satu Bukit Aman Manifestasi Kemajuan PDRM

Ahad, 15 April 2012 1 comments
MENARA SATU BUKIT AMAN MANIFESTASI KEMAJUAN PDRM
  
“… Mengambil kira kepada kemajuan teknologi komunikasi dan negara tidak lagi terpisah dari batasan sempadan, maka PDRM perlu mengubah budaya kepada tanda aras transformasi. Penjenayah telah menukar modus operandi melalui pendekatan informasi teknologi yang tinggi, maka warga PDRM juga perlu mencegah, mengesan dan menangkap penjenayah melalui kolaborasi ‘man, machine and science’…” – Ketua Polis Negara
Bukit Aman, 12 April - Seiring laungan transformasi kerajaan, diperhalusi dengan penyerapan elemen 4P, 3C dan sebagainya telah menjadi penggerak dalam memperkembangkan sayap PDRM ke seantero dunia sebagai satu agensi penguatkuasaan undang-undang yang disegani.

Ironi dengan pencapaian ini, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada hari ini telah menyempurnakan Upacara Perasmian Bangunan Menara 1 Bukit Aman – ‘menara bongsu’ yang turut merupakan mercu tanda baharu di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.

Dalam ucapan Ketua Polis Negara hari ini, beliau menjelaskan manifestasi keberhasilan pembangunan ini juga melalui penambahan struktur fizikal seperti bangunan Menara 1 di samping perasmian Pusat Saringan Kesihatan Bukit Aman dan Taska PDRM Bukit Aman.

Ini juga turut membalas sorotan ungkapan YAB Perdana Menteri pada 2 April lalu; ‘Kita dambakan sebuah negara yang memiliki prasarana asas yang moden yang dapat dinikmati semua warga Malaysia dan kita impikan sebuah negara di mana persekitarannya sejahtera daripada jenayah’.

“Pemesatan pembangunan terus dipacu kerajaan daripada bangunan kayu Bluff Road Hill Police Station, kemudiannya beralih ke bangunan empat tingkat- sekarang dikenali sebagai Kompleks Tiga seterusnya ditambah dengan bangunan baru Menara Dua yang pada suatu masa dahulu merupakan mercu tanda struktur tertinggi di Kuala Lumpur dan kini, Menara Satu Bukit Aman.

Berita selanjutnya sila layari www.rmp.gov.my
Comments
1 Comments

1 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB