HARI INOVASI KDN 2012

Ahad, 16 Disember 2012 0 comments

'Mereka (Pegawai Penjawat Awam) perlu berfikir di luar daripada kotak tentang perkara yang akan mereka lakukan seterusnya untuk bergerak ke hadapan dan bukannya mengatakan bahawa mereka telah melakukan segala yang mungkin'...Dato' Sri Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

oleh : Sjn Zaiddin Dahalan
Sumber : www.rmp.gov.my

PUTRAJAYA - 12 Disember 2012. Sambutan Hari Inovasi Kementerian Dalam Negeri Tahun 2012 menjulang tema "Inovasi Pemacu Transformasi KDN" telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri di Auditorium Kompleks D, Putrajaya pada pagi ini.

Bagi merealisasikan matlamat yang terkandung dalam tema tersebut, KDN telah menganjurkan tiga pertandingan iaitu Pertandingan Anugerah Inovasi yang melibatkan 31 penyertaan projek inovasi jabatan dan agensi, Pertandingan Kumpulan Inovasi dan Kreatif yang melibatkan 26 kumpulan dan Pertandingan Pameran Inovasi yang melibatkan 8 jabatan.

Polis Diraja Malaysia telah merangkul Johan di Pertandingan Pameran Inovasi dan YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA telah mewakili PDRM untuk menerima anugerah itu dari YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop.

Unit 7 Pasukan Simpanan Persekutuan, IPD Ipoh Perak, IPD Petaling Jaya dan Briged Utara, PGA telah mewakili PDRM dalam Pertandingan Kumpulan Inovasi dan Kreatif sementara IPK Selangor mewakili PDRM di Pertandingan Anugerah Inovasi. 


Ucapan aluan Y.Bhg Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri


Ucapan perasmian oleh YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri 



Antara yang hadir...




Penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderamata...


YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA telah mewakili PDRM untuk menerima anugerah itu dari YB Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop.






Pameran Polis Diraja Malaysia
Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB