PENILAIAN PRODUK INOVASI PDRM

Ahad, 16 Disember 2012 0 comments

Oleh : Cawangan R&D, Bukit Aman

Satu ujian penilaian produk inovasi PDRM telahpun dijalankan oleh pegawai dari Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Jabatan Perdana Menteri di lapang sasar, Briged Tengah PGA, Cheras pada 8 November lalu. Ujian penilaian diketuai oleh En. Raguraman Gurusamy, Naib Presiden, Pengkomersialan Teknologi Malaysia, AIM serta ahli rombongan lain iaitu En. Muhammad Lofty Abd. Karim dan Dr. Lo Mee Wah.

Turut hadir dalam ujian penilaian tersebut adalah YDH ACP Junaid Bin Haji Zakaria, Timbalan Komander Briged Tengah PGA, Cheras, ACP Ahmad Sofi Bin Zakaria, ACP Seksyen Pengurusan Kualiti, pegawai-pegawai Seksyen Penyelidikan, Urusetia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) serta tujuh Ketua Kumpulan dan ahli kumpulan KIK PDRM.

Dalam ujian penilaian berkenaan, semua Ketua Kumpulan telah memberi taklimat kepada Pegawai Agensi Penilaian Malaysia tentang latar belakang produk, spesifikasi/teknikal produk, kelebihan serta kos produk. Pegawai dari AIM juga telah dibawa ke lapang sasar untuk melihat dan menguji secara dekat setiap produk inovasi. Pegawai-pegawai AIM berpuas hati dengan produk inovasi PDRM dan berpendapat ianya mempunyai potensi untuk dikomersialkan.

Ketua Kumpulan The Mariner

Taklimat Oleh Kumpulan F Transform, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya

Taklimat Oleh Kumpulan GT-Stride, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak

Taklimat Oleh Kumpulan Roda, bu Pejabat Polis Daerah Ipoh

Taklimat Oleh Kumpulan Target, Briged Utara, Ulu Kinta


Taklimat Oleh Kumpulan T-Ganu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu


Taklimat Oleh Kumpulan The Mariner, Pulau Pinang 


Taklimat Oleh Kumpulan U7, Pasukan Simpanan Persekutuan Seremban 


Timbalan Komander Briged Tengah PGA dan En. Raguraman Gurusamy, Agensi Inovasi Malaysia, Jabatan Perdana Menteri


Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB