TAN SRI ISMAIL HJ OMAR
NAMA : TAN SRI HJ ISMAIL BIN HJ OMAR
ASAL : KULIM, KEDAH
TARIKH LAHIR : 17HB MEI 1953
ISTERI : PUAN SRI SURIATI BIN MD SOBRI
ANAK : 2 ORANG
CUCU : 3 ORANG
Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar dilahirkan pada 17hb Mei 1953 di Kulim, Kedah. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) pada 13hb September 2010. Beliau merupakan KPN yang ke-9 menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang bersara pada 12hb September lalu. Beliau dikenali sebagai seorang pegawai kanan polis yang amat tegas dan menitikberatkan disiplin dalam kalangan pegawai dan anggota bawahannya serta sangat berterus terang mengenai strategi dan cara pengurusannya untuk mencapai matlamat.
Beliau melihat tugas besar yang harus ditanganinya segera ialah mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap soal keselamatan untuk memperkasakan semula pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Amanat beliau, " Berkerjalah dengan ikhlas, jujur dan amanah. Buat kerja dengan betul dan bantu saya".
"Saya akan berkerja berpaksikan kepada bidang kuasa yang diperuntukkan undang-undang dan memastikan PDRM terus memberi perkhidmatan terbaik bagi kesejahteraan seluruh rakyat dan Negara Malaysia."
REKOD PERKHIDMATAN
1971 - INSP PELATIH MAKTAB POLIS KUALA KUBU BAHRU
1972 - PEGAWAI PENYIASAT JENAYAH IPD SEREMBAN, NG SEMBILAN
1975 - PEGAWAI PENYIASAT JENAYAH IPD KUALA PILAH, NG SEMBILAN
1977 - PEGAWAI PENYIASAT TRAFIK IPD IPOH, PERAK
1978 - PEGAWAI PENYIASAT JENAYAH IPD KRIAN, PERAK
1980 - OC PUSAT LATIHAN KAW. LATIHAN TAIPING, PERAK
1983 - OC PUSAT LATIHAN LUAR PLP TAIPING, PERAK
1983 - PPP SIASATAN (U) TT JABATAN PENGURUSAN, BUKIT AMAN
1986 - PPP SIASATAN (U) TT JABATAN PENGURUSAN, BUKIT AMAN
1992 - TPP SIASATAN (S) TT JABATAN PENGURUSAN, BUKIT AMAN
1993 - DSP BANTUAN TEKNIK TT JABATAN PENGURUSAN, BUKIT AMAN
1993 - DSP RAYUAN TT JABATAN PENGURUSAN, BUKIT AMAN
1994 - PP MAHKAMAH IPD IPOH, PERAK
1996 - KETUA POLIS DAERAH IPD SPT, PULAU PINANG
1999 - ACP PENDAKWAAN/UNDANG-UNDANG JSJ, BUKIT AMAN
2004 - KETUA PEN PENGARAH II (BSJP) JSJ, BUKIT AMAN
2005 - TIMBALAN PENGARAH II JSJN , BUKIT AMAN
2006 - KETUA POLIS SELANGOR
2007 - PENGARAH PENGURUSAN BUKIT AMAN
2007 - TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
2010 - KETUA POLIS NEGARA ( 13hb September 2010 )
* Sumber daripada Akhbar Transisi Edisi 10 - OKTOBER bertarikh 08.10.2010 - 21.10.2010 atau di laman web www.transisi.com.my