Blue Ocean Strategy

Sabtu, 15 Oktober 2011 3 comments
Kolaborasi PDRM-ATM Perkasakan Objektif Utama Blue Ocean Strategy

"...Tidak ada yang mustahil, malah jika menggunakan pemangkin yang betul, air dan minyak juga boleh berbaur di dalam bekas yang sama...." - YDH Ketua Polis Negara

Kuala Lumpur , 14 Oktober - "Pada awalnya kesemua bentuk kolaborasi yang kita jalinkan ini nampak agak janggal dan luar biasa kerana kedua-dua organisasi ATM dan PDRM mempunyai peranan, fungsi, budaya, prosedur kerja dan legal environment yang berbeza, namun keadaan ini dapat diatasi dalam masa yang singkat hasil daripada kerjasama dan persefahaman pucuk pimpinan kedua-dua organisasi ini," ujar YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dalam ucapannya sempena Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan NSES-NBOS (PDRM-ATM) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, hari ini.

Menyokong kenyataannya itu, Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang merupakan satu pengiktirafan daripada kerajaan atas daya usaha kedua-dua organisasi serta membuktikan bahawa kerjasama strategik dan inovatif di antara ATM dan PDRM berhasil.

Sebelumnya, beliau telah menyentuh berkenaan Blue Ocean Strategy yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) di mana ianya merupakan satu cetusan strategik terbaru dan kerjasama di antara ATM dan PDRM yang telah bermula secara 'piece-meal' dan 'ad-hoc' sejak tahun 1960-an lagi terutamanya dalam konteks membanteras ancaman komunis di era tersebut, juga kerjasama rapat dalam kawalan sempadan - 'border committee' serta dalam bidang percambahan pengetahuan dan kemahiran seperti kursus Diploma Kepolisan di Maktab PDRM dan Pengajian Strategi Keselamatan di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT).

Tambah beliau lagi, tiga bentuk kerjasama baru ATM dan PDRM telah berjaya dilaksanakan secara bersistematik dalam usaha memperkasakan keselamatan dan pertahanan negara dan ianya merupakan pengambilan anggota baru daripada bekas-bekas tentera, menggunakan dua pusat latihan tentera sebagai fasiliti untuk melatih rekrut-rekrut baru PDRM dan rondaan bersama PDRM dan ATM terutamanya di dalam aspek pencegahan jenayah.

Beliau turut menjelaskan, kerjasama padu yang terjalin hasil persefahaman dan komitmen jitu yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak ini telah menyumbang kepada penurunan kadar jenayah yang ketara, serta mengurangkan perasaan fear of becoming the victim of crime dan seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi PDRM dan ATM.

Majlis pada hari ini, adalah sebagai pengiktirafan daripada PDRM kepada seramai 61 orang pegawai dan anggota dari ATM dan PDRM, iaitu dua orang pegawai dari KD Sultan Ismail dan enam orang pegawai dari PUSASDA, dan selebihnya adalah dari PDRM, yang telah terlibat secara langsung di dalam menjayakan kerjasama strategik ATM/PDRM dengan menggunakan pendekatan Blue Ocean Strategy.

Turut hadir dalam majlis hari ini, YDH CP Dato' Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, YDH Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) merangkap Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM, Y.Bhg Laksamana Muda Dato' Tan Eng Seng, Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia, Y.Bhg Brigedier Jeneral Dato' Ranjit Singh Ramday, Pengarah Pengurusan Latihan Markas Latihan Tentera Darat, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan pihak media.



Ketibaan YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara


Antara Barisan - Barisan Kehormat Yang Berada Di Atas Pentas


YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara ketika Menyampaikan Ucapan


Para Pegawai Dan Anggota Yang Turut Hadir Bagi Memeriahkan majlis Tersebut

*Antara Mereka Yang Bertuah Menerima Sijil Penghargaan NSES-NBOS (PDRM-ATM)*















Berjiwa Pemimpin Mendekati Anggota Bawahannya...YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Sempat Bersalaman Dengan Para Tetamu Yang Hadir



Bergambar Kenangan Dengan sijil Yang Telah Diperolehi



Sesi Sarapan Pagi...


YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara Ketika Memberi Kenyataan Media


YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara Menandatangani Buku Pelawat Pulapol Kuala Lumpur.

Jurufoto       :    L/Kpl Mohd Helmi bin Saadin
Wartawan    :    L/Kpl Irfan bin Bujang
Sumber        :    http://www.rmp.gov.my
Comments
3 Comments

3 comments:

Catat Ulasan

Share

Followers

 

©Copyright 2011 Galeri PDRM | TNB