Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak.
i. Melalui SMS 15888
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN
<NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke15888
Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
ii. Melalui Internet
Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :-
- MyEG Services - www.myeg.com.my
- RILEK e-Services - www.rilek.com.my
* Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak pembekal perkhidmatan.
iii. Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di :-
>Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
>Kaunter JPJ yang terpilih
>Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih.