Tun Mohamed Salleh bin Ismael (7 Julai 1917-31 Januari 1973) dilahirkan pada 7 Julai 1917 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara Malaysia yang kedua pada 29 Mac 1966. Merupakan anak Melayu pertama menjawat jawatan tertinggi di dalam Pasukan Polis. Usaha gigih beliau telah melahirkan 'Sistem Salleh', di samping Pasukan Kadet Polis dan Pasukan Sukarelawan Polis. Beliau meninggal dunia pada 31 Januari 1973. Antara jawatan yang pernah disandang :
- Menjadi Setiausaha Polis Persekutuan kepada Pesuruhjaya Polis pada 31 Ogos 1957
- Timbalan Pesuruhjaya Polis pada 1 April 1961 - 31 Mac 1962
- Pengarah Hal Ehwal Polis pada 1 April 1962 - 12 Julai 1962
- Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 13 Julai 1962 - 8 Februari 1966
- Ketua Polis Negara pada 29 Mac 1966 - 31 Januari 1973