BINTANG PANGLIMA GAGAH BERANI (PGB)
Darjah gagah perkasa ini dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960. Penghormatan ini diberikan kepada mereka yang berkhidmat dalam Angkatan Bersenjata dan telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa sewaktu menghadapi musuh. Anugerah ini boleh dikurniakan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Lambang penghormatan ini berbentuk bintang pecah lima yang diperbuat daripada perak. Di atasnya terterap dua bilah keris bersilang yang menjulang Mahkota Diraja Malaysia. Bintang ini digantung pada reben 1 inci lebar yang berjalur-jalur, menyerong ke bawah empat puluh lima darjah ke kanan pemakainya. Tiap-tiap jalur lebarnya seperlapan inci dan mengikut susunan warna merah, putih, biru dan kuning.
SENARAI PENERIMA PINGAT
- INSPEKTOR I/4891 WILFRED GOMEZ MALONG
- ASISTEN KOMISIONER POLIS G/1681 S. KULAISINGAM A/L SABARATNAM
- SUB INSPEKTOR 2534 ABDUL KADIR BIN MAT JANA
- ASISTEN SUPERINTENDEN POLIS G/2813 EDWARD GUI POH CHOON
- SARJAN MEJAR 60899 MOHAMAD BIN SALIM
- SUB INSPEKTOR 63889 MOHD NOH BIN HASHIM
- INSPEKTOR PERCUBAAN I/5744 MAT ZIN BIN MAT YASSIN
- SUB INSPEKTOR 51286 SALIHUDDIN BIN SAISI
- INSPEKTOR I/8294 GUNASEGARAN NAIDU A/L RATINUM
- CIF INSPEKTOR I/10093 LONG A/L PANDAK
- SARJAN 51940 MOHD AZIZ BIN MOHD. YUSOF
- SUPERINTENDEN G/2241 DESMOND GODFREY LAWRENCE
- SUB INSPEKTOR 52716 MOHD MASHKOR BIN MURADI
- SARJAN 40895 NAZARUDDIN BIN MD. ZAIN
- CIF INSPEKTOR I/8902 VOON KEN HONG
- SUPERINTENDEN G/9624 BORHAN BIN HAJI DAUD
- DEPUTI SUPERINTENDEN POLIS G/9045 MOHD NOOR BIN RAZAK
- INSPEKTOR I/15483 MOHD ZAHIR BIN MAMAT @ MOHAMAD
- SARJAN 118759 AZMAN BIN MUDA
- LANS KOPERAL 112477 ADA BIN KULIM
- SARJAN 57282 MOHD. SHAH BIN AHMAD
- SARJAN 59151 SAGADEVAN A/L RAJOO
- KONSTABEL 152925 MOHD FAKARUDDIN BIN ZAKARIA