Tun Mohammed Hanif bin Omar (lahir 16 Januari 1939) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keempat dan juga Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat di Malaysia iaitu selama 20 tahun. Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang telah terbunuh akibat serangan komunis.
Dilahirkan di Teluk Intan, Perak, Haniff Omar menjadi Ketua Polis Melaka pada 7 September 1970, dan Ketua Polis Selangor pada 6 Disember 1971. Pada 1 Februari 1973, beliau menjadi Timbalan Ketua Polis Negara.
Kerjaya
- Pegawai Penyiasat Melaka Tengah - April 1960
- Penolong Ketua Polis Daerah Jasin, Melaka - 20 November 1960
- Penolong Pegawai Penjaga Siasatan Jenayah (Selatan) Pahang - 2 Disember 1960
- Pegawai Turus Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur - 16 Januari 1962
- Pegawai Turus Cawangan Khas Selangor - 8 Ogos 1966
- Ketua Polis Daerah Ipoh, Perak - 20 Julai 1967
- Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara - 18 Mei 1969
- Ketua Cawangan Khas Selangor - 20 Disember 1969
- Ketua Polis Melaka - 7 September 1970
- Ketua Polis Selangor - 6 Disember 1971
- Pengarah Cawangan Khas - 31 Januari 1973
- Timbalan Ketua Polis Negara - 1 Februari 1973
- Ketua Polis Negara - 8 Jun 1974 hingga 15 Januari 1994