Tan Sri Abdul Rahman Bin Hashim (17 Julai 1925 - 7 Jun 1974) adalah Ketua Polis Malaysia yang ketiga. Beliau menyandang jawatan tersebut sehingga ditembak mati oleh anasir Komunis di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974.
Biografi
Kerjaya
Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang ketiga pada 1 Februari 1973.
Antara jawatan yang pernah disandang :-
- Ketua Polis Daerah Baling - Januari 1948
- Pegawai Penyiasat Jenayah di Kajang (Insp.) - Mei 1949
- Ketua Polis Daerah Kulai, Johor - Januari 1952
- Kursus JSJ selama 3 bulan di Mill Mecee Stafford, United Kingdom. Kembali dan bertugas di Cawangan Khas Kuala Lumpur - April 1953
- Kursus di Rynston on Dunsmore atau Bramshill Police Colege, United Kingdom - September 1957
- Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang - 1960
- Timbalan Pengarah Cawangan Khas - 1963
- Pengarah Cawangan Khas - 1971
- Timbalan Ketua Polis Negara - Januari 1972
- Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973 sehingga tarikh kematiannya pada 7 Jun 1974.