Tan Sri Musa Tan Sri Dato' Hj Hassan merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang ketujuh dan berkhidmat bermula 12 November 2006 hingga kini. Beliau menggantikan Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai polis.
Keluarga
Musa Hassan merupakan anak sulung kepada , Tan Sri Dato' Hassan Azhari, seorang guru al-Quran dan Qiraati yang terkenal di Malaysia. Beliau dipelihara oleh neneknya dan menerima pendidikan di Kuala Lumpur. Adiknya, Mohammad Izzat Hassan megikuti jejak langkah beliau di dalam bidang kepolisan.[1] Adik-adik yang lain terutamanya Dato' Fuad Hassan adadalh seorang ahli perniagaan, pemimpin belia dan ahli politik serta pernah menjadi ADUN kawasan Ulu Klang serta Dato' Jalaluddin Hassan merupakan pelakon terkenal di Malaysia.
Perkhidmatan
Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Dato' Hj. Hassan.
- 1969 -Insp. Pelatih (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru)
- 1970 -Insp. Siasatan Khas (IPD Melaka Tengah, Kontinjen Melaka) / Inspektor Percubaan
- 1973 -Pegawai Pendakwa (IPD Alor Gajah, Kontinjen Malaka) / Inspektor
- 1975 -PT Rekod / Perangkaan CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / Inspektor
- 1981 -PPP Bah. 'A' CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
- 1985 -PPP Pakar Bantuan Teknik CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
- 1986 -Pensyarah Undang-Undang (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / ASP
- 1988 -Timbalan Ketua Sekolah Perundangan (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / DSP
- 1991 -TPP Latihan B1 (Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / DSP
- 1992 -PP Latihan (Peperiksaan)(Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / SP
- 1995 -Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-Undang)(JSJ Bukit Aman) / ACP & SAC II
- 2000 -Timbalan Pengarah II (JSJ Bukit Aman) / SAC I
- 2001 -Timbalan Pengarah I (JSJ Bukit Aman) / DCP
- 2003 -Ketua Polis Johor / DCP
- 2004 -Pengarah JSJ (JSJ Bukit Aman) / CP
- 2005 -Timbalan Ketua Polis Negara / DIGP
- 2006 -Ketua Polis Negara / IGP